21.06.2019 Views

MamaPapa_Dec2018

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak

Keadaan najis: Warna dan bentuk

Seperti orang dewasa, warna dan bentuk najis anak berbeza-beza mengikut keadaan kesihatan usus dalaman. Formasi

warna dan bentuk najis juga bergantung kepada jenis susu yang diminum sama ada susu ibu, atau susu formula.

Najis bayi mempunyai lebih kurang sembilan keadaan warna yang berbeza mengikut keadaan dalaman usus mereka.

Dengan begitu banyak keadaan warna najis, tentunya anda ingin tahu warna najis yang bagaimanakah normal atau tidak

normal bagi seorang bayi.

Berikut adalah warna-warna najis yang dikenalpasti dan maksudnya dari segi kesihatan.

1. Kuning mustard

Warna najis ini biasa didapati pada bayi yang menyusu susu badan. Warna najis ini menggambarkan sistem

penghadaman bayi yang sihat dan normal. Bau najis jenis ini tidak terlalu kuat. Najis bayi akan kekal berwarna

sedemikian sehinggalah anda menukar susunya ke susu formula.

2. Hijau gelap

Warna najis seperti ini lazimnya berlaku disebabkan zat besi dalam susu formula atau vitamin tambahan yang

diambil oleh bayi anda. Ia boleh dianggap normal dan ibu bapa tidak perlu risau mengenainya. Keadaan najis

bertukar kepada hijau gelap hanyalah disebabkan tindakan yang berlaku di antara bakteria dalam usus dengan

kandungan zat besi tersebut. Zat besi adalah ramuan normal yang terkandung dalam susu formula bayi.

3. Hijau muda/hijau cerah

Warna najis seperti ini menandakan adanya ketidakseimbangan kandungan lemak dalam susu ibu ( bagi bayi

yang menyusu. badan). Susu ibu biasanya lebih berlemak pada waktu akhir penyusuan, dan kurang lemak

pada awal penyusuan. Untuk memastikan bayi anda mendapat susu yang lebih berlemak, cubalah panjangkan

tempoh penyusuan bayi di kedua-dua payu dara anda.

4. Hijau kecoklatan

Warna najis ini berlaku apabila bayi mula menerima makanan pepejal. Bau najis menjadi lebih kuat dan

kepekatannya juga semakin likat. Warna dan keadaan najis seperti ini normal bagi seorang bayi yang baru

mula makan makanan pejal.

5. Coklat cair

Najis berwarna coklat dan agak cair menunjukkan usus mereka tidak sihat. Kemungkinan besar bayi mengalami

cirit-birit atau mungkin berlaku jangkitan dalam usus. Jika bayi berterusan membuang najis yang cair seperti

ini, dehidrasi mungkin berlaku, dan ini akan memudaratkan kesihatan bayi. Satu cara baik untuk mengawal

keadaan ini adalah dengan menyusu bayi dengan lebih kerap. Bagai mana pun, jika keadaan berlarutan,

dapatkanlah rawatan dan nasihat doktor.

6. Perang

Keadaan najis yang berwarna perang dan teksturnya pekat adalah agak normal bagi bayi yang sedang

menyusu formula atau campuran formula dan susu badan. Warna najis seperti ini dianggap normal dan

menunjukkan keadaan usus yang sihat dan tidak bermasalah.

7. Merah

Najis berwarna merah menunjukkan percampuran darah dan najis. Keadaan ini boleh berlaku apabila bayi

mengalami sembelit yang teruk menyebabkan kesukaran dalam membuang najis. Kelukaan mungkin berlaku

di bahagian penghujung usus besar semasa bayi meneran untuk menyingkirkan najis dari dubur. Biasanya

jika bayi tidak lagi sembelit, keadaan ini akan kembali normal. Namun jika keadaan najis berterusan begini,

segeralah bawa bayi anda berjumpa dengan doktor.

8. Hitam

Najis berwarna hitam merupakan satu keadaan yang tidak normal bagi seorang bayi. Najis seperti ini

mempunyai warna hitam yang pekat dan lebih likat. Keadaan ini berlaku disebabkan darah yang memasuki

bahagian usus sistem pencernaan. Segera bawa bayi anda berjumpa doktor untuk rawatan segera.

9. Awas: Najis berwarna pucat/ putih

Warna najis yang sangat pucat dan hampir berwarna putih adalah tanda bahawa kesihatan hati dan hempedu

terjejas. Segeralah bawa bayi anda berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

34 MamaPapa | Disember 2018

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!