WADAH 2013

15.05.2019 Views

Wadah Pendidik! Edisi 1 2013 RUJUKAN Bolton, G.E.J. (2010) Reflective Practice : Writing and Professional Development. Third Edition. London : Paul Chapman Publishers Hardbattle, D., Fisher, K. and Chalk, P. (2009) Engaging First Year Programming Students in Reflective Practice by Means of an Online Interactive Learning Object. International Blended Learning Conference, Universitty of Hertfordshire. www.studynet2.herts.ac.uk/ hhtp:// Lea, S. and Correy, D. (2009) The Writing Project : Bridging the gap into undergraduate study. http://www.heacademy.ac.uk/ Tuson, J. (2009) Encouraging Reflective Writing with International Students. http:// www.heacademy.ac.uk/ SEBELAS ANJAKAN UNTUK TRANSFORMASI SISTEM ........ Sambungan di Halaman 28 ! Muka Surat 29

Wadah Pendidik! Edisi 1 2013 KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN GURU Oleh: JOY NESAMALAR SAMUEL Penghijrahan manusia dari zaman dahulu sehingga kini telah membawa kepada kepelbagaian etnik, agama dan bahasa dalam lanskap sesetengah negara dan Malaysia tidak terkecuali daripada fenomena ini. Pergerakan manusia ini telah membawa kepada transformasi dalam komposisi masyarakat di Malaysia. Pemerhatian ke atas warga Malaysia menunjukkan bahawa kita tidak boleh memberi satu set ciri fizikal yang boleh dijelaskan sebagai profil warga Malaysia. Ini kerana bangsa Malaysia merupakan adunan yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan beberapa kaum lain seperti Kadazan, Murut, Bajau, Dayak, Iban, Sri Lanka, Serani, Baba Cina dan Arab. Kini, lanskap kepelbagaian kaum Malaysia diwarnai lagi dengan kehadiran pekerja-pekerja asing daripada negara-negara seperti Indonesia, Filipina, India, China, Bangladesh, Myanmar, Cambodia, Pakistan dan Sri Lanka. Ramai dikalangan pekerja asing ini telah menjadikan Malaysia sebagai tempat tinggal tetap dan anak-anak mereka mendapat peluang pendidikan di sekolah. Komuniti daripada masyarakat pelbagai kaum ini mempunyai kepercayaan, amalan serta bahasa yang berbeza namun hidup bersama sebagai jiran dan dalam masa yang sama, mengekalkan identiti masing-masing. Budaya boleh dijelaskan seba gai satu himpunan pengetahuan, ide, pengalaman, kepercayaan, nilai, sikap, amalan, agama, tingkah laku, peraturan, objek dan kepunyaan yang diperolehi dan diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi berikutnya. Menurut Hall (1976), budaya seseorang boleh kelihatan secara nyata (misalnya melalui pergerakan tubuh badan, simbol, pakaian, makanan) ataupun secara tidak nyata (misalnya melalui cara berfikir dan cara menyelesaikan masalah). Ini bermaksud, terdapat dua dimensi penting yang mendefinisikan cara budaya mempengaruhi kehidupan seseorang. Dimensi yang pertama merujuk kepada yang nyata atau kebendaan seperti cara pemakaian, pertuturan, makanan yang digemari dan juga cara menghias rumah. Dimensi kedua pula merujuk kepada yang tidak nyata ataupun terselindung dan ia diperlihatkan melalui tingkah laku seseorang, dimana sikap, perasaan dan nilai muncul. Sikap, perasaan dan nilai yang ditunjukkan berakar umbi dalam budaya individu tersebut misalnya reaksi emosi terhadap sesuatu peristiwa ataupun cara menyambut tetamu di rumah. Samada nyata atau tidak, budaya menyediakan satu struktur atau skema yang diketahui oleh ahli atau pengamal budaya tersebut. Str uktur atau skema ini mempunyai peraturan, nilai, kepercayaan dan prinsip yang diikuti oleh ahli-ahlinya. Walaupun sesuatu peraturan dalam satu-satu budaya mungkin kelihatan tidak masuk akal kepada orang lain, tetapi ia amat logikal kepada ahli budaya tersebut. Dan apabila peraturan ini diamal dan dipatuhi, ia memberi satu identiti kepada ahli dan kumpulan tersebut. Identiti ini mempengaruhi cara mereka melihat dan menginterpretasi persekitaran dan dunia. Oleh yang demikian, murid daripada satu budaya akan melihat persekitaran dengan caranya tersendiri. Dalam masa yang sama, guru yang mengamal budaya yang lain juga mungkin akan menterjemah persekitaran dengan cara yang berbeza daripada anak murid mereka. Perbezaan interpretasi ini boleh menjadi sumber ketidakpuasan serta kegagalan dalam sistem pendidikan di Malaysia sekiranya guru tidak mampu menyediakan suasana pembelajaran yang memperakui kewujudan kepelbagaian budaya dan etnik dalam bilik darjah beliau. Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat majmuk ini telah memperkaya kehidupan rakyat di Malaysia kerana ia memberi peluang pengalaman budaya yang berbeza. Kumpulan etnik yang pelbagai di negara ini telah membawa bersama mereka pengetahuan daripada negara asal melalui bahasa, tradisi, adat resam dan juga cerita rakyat. Seseorang guru dapat melihat kepelbagaian ini dalam bilik darjah beliau melalui makanan yang dibawa ke sekolah, perkataan atau frasa yang digunakan oleh kanak-kanak ini, ide tentang hubungan sosial dan kekeluargaan, perayaan serta fesyen kegemaran kanak-kanak tersebut. Para guru tidak seharusnya merasa tergugat malah melihat kepelbagaian ini sebagai satu cabaran dan juga peluang untuk menghadapi perbezaan yang wujud dalam bilik darjah mereka. Keupayaan guru ! Muka Surat 30

Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN GURU

Oleh:

JOY NESAMALAR SAMUEL

Penghijrahan manusia dari zaman dahulu

sehingga kini telah membawa kepada kepelbagaian

etnik, agama dan bahasa dalam lanskap sesetengah

negara dan Malaysia tidak terkecuali daripada

fenomena ini. Pergerakan manusia ini telah

membawa kepada transformasi dalam komposisi

masyarakat di Malaysia. Pemerhatian ke atas

warga Malaysia menunjukkan bahawa kita tidak

boleh memberi satu set ciri fizikal yang boleh

dijelaskan sebagai profil warga Malaysia. Ini kerana

bangsa Malaysia merupakan adunan yang terdiri

daripada kaum Melayu, Cina, India dan beberapa

kaum lain seperti Kadazan, Murut, Bajau, Dayak,

Iban, Sri Lanka, Serani, Baba Cina dan Arab. Kini,

lanskap kepelbagaian kaum Malaysia diwarnai lagi

dengan kehadiran pekerja-pekerja asing daripada

negara-negara seperti Indonesia, Filipina, India,

China, Bangladesh, Myanmar, Cambodia, Pakistan

dan Sri Lanka. Ramai dikalangan pekerja asing ini

telah menjadikan Malaysia sebagai tempat tinggal

tetap dan anak-anak mereka mendapat peluang

pendidikan di sekolah. Komuniti daripada

masyarakat pelbagai kaum ini mempunyai

kepercayaan, amalan serta bahasa yang berbeza

namun hidup bersama sebagai jiran dan dalam masa

yang sama, mengekalkan identiti masing-masing.

Budaya boleh dijelaskan seba gai satu

himpunan pengetahuan, ide, pengalaman,

kepercayaan, nilai, sikap, amalan, agama, tingkah

laku, peraturan, objek dan kepunyaan yang

diperolehi dan diperturunkan daripada satu

generasi kepada generasi berikutnya. Menurut

Hall (1976), budaya seseorang boleh kelihatan

secara nyata (misalnya melalui pergerakan tubuh

badan, simbol, pakaian, makanan) ataupun secara

tidak nyata (misalnya melalui cara berfikir dan cara

menyelesaikan masalah). Ini bermaksud, terdapat

dua dimensi penting yang mendefinisikan cara

budaya mempengaruhi kehidupan seseorang.

Dimensi yang pertama merujuk kepada yang nyata

atau kebendaan seperti cara pemakaian,

pertuturan, makanan yang digemari dan juga cara

menghias rumah. Dimensi kedua pula merujuk

kepada yang tidak nyata ataupun terselindung dan

ia diperlihatkan melalui tingkah laku seseorang,

dimana sikap, perasaan dan nilai muncul. Sikap,

perasaan dan nilai yang ditunjukkan berakar umbi

dalam budaya individu tersebut misalnya reaksi

emosi terhadap sesuatu peristiwa ataupun cara

menyambut tetamu di rumah. Samada nyata atau

tidak, budaya menyediakan satu struktur atau

skema yang diketahui oleh ahli atau pengamal

budaya tersebut. Str uktur atau skema ini

mempunyai peraturan, nilai, kepercayaan dan

prinsip yang diikuti oleh ahli-ahlinya. Walaupun

sesuatu peraturan dalam satu-satu budaya mungkin

kelihatan tidak masuk akal kepada orang lain,

tetapi ia amat logikal kepada ahli budaya tersebut.

Dan apabila peraturan ini diamal dan dipatuhi, ia

memberi satu identiti kepada ahli dan kumpulan

tersebut. Identiti ini mempengaruhi cara mereka

melihat dan menginterpretasi persekitaran dan

dunia. Oleh yang demikian, murid daripada satu

budaya akan melihat persekitaran dengan caranya

tersendiri. Dalam masa yang sama, guru yang

mengamal budaya yang lain juga mungkin akan

menterjemah persekitaran dengan cara yang

berbeza daripada anak murid mereka. Perbezaan

interpretasi ini boleh menjadi sumber

ketidakpuasan serta kegagalan dalam sistem

pendidikan di Malaysia sekiranya guru tidak

mampu menyediakan suasana pembelajaran yang

memperakui kewujudan kepelbagaian budaya dan

etnik dalam bilik darjah beliau.

Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat

majmuk ini telah memperkaya kehidupan rakyat di

Malaysia kerana ia memberi peluang pengalaman

budaya yang berbeza. Kumpulan etnik yang

pelbagai di negara ini telah membawa bersama

mereka pengetahuan daripada negara asal melalui

bahasa, tradisi, adat resam dan juga cerita rakyat.

Seseorang guru dapat melihat kepelbagaian ini

dalam bilik darjah beliau melalui makanan yang

dibawa ke sekolah, perkataan atau frasa yang

digunakan oleh kanak-kanak ini, ide tentang

hubungan sosial dan kekeluargaan, perayaan serta

fesyen kegemaran kanak-kanak tersebut. Para guru

tidak seharusnya merasa tergugat malah melihat

kepelbagaian ini sebagai satu cabaran dan juga

peluang untuk menghadapi perbezaan yang wujud

dalam bilik darjah mereka. Keupayaan guru

! Muka Surat 30

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!