WADAH 2013

15.05.2019 Views

Wadah Pendidik! Edisi 1 2013 Penerangan Thinking Maps ! Muka Surat 23

Wadah Pendidik! Edisi 1 2013 Kajian kes tentang penggunaan Thinking Maps di negara maju seperti Amerika Syarikat atau di negara mundur Ethiophia menunjukkan peningkatan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dan pencapaian akademik pelajar. Ini berlaku disebabkan guru dan pelajar menggunakan Thinking Maps secara koheren dan saling bergantungan dalam proses berfikir sehingga menjadikannya sebagai bahasa visual untuk pengajaran dan pembelajaran. Bibliografi: Darling-Hammond, L. (2010). The flat world and education. New York: Teachers College Press. Hyerle, D. & Alper, L. (2011). Student Successes With Thinking Maps: Student Successes With Thinking Maps (2nd. Edition). SAGE Publications Ingat Dua Perkara: INGAT DUA PERKARA, LUPA DUA PERKARA Kebaikkan, jasa dan budi orang kepada kita perlu diingat selalu dan sekiranya berpeluang maka eloklah disebut-sebut dan dibalas walaupun balasan itu tidak setimpal. Orang yang paling banyak budinya kepada kita ialah ibubapa. Ingat tu, ingatan tu akan melahirkan rasa berterima kasih dan menghargai, lalu eratlah tautan antara hati-hati, lebih-lebih lagi kita perlu ingat dan mensyukuri segala nikmat kurnia Allah kepada kita yang tidak terhingga banyaknya. Kesalahan kita kepada orang lain hendaklah sentiasa kita ingat dan kita minta maaf daripadanya terutama ibubapa. Ingat selalu tentang kesalahan diri agar kesalahan itu tidak diulangi. Itu kesalahan kita terhadap manusia. Lebih-lebih lagi kita perlu ingat dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah. Iringilah dosa-dosa itu dengan taubat. Kekalkan rasa berdosa itu supaya kita terhindar daripada melakukan dosa-dosa lain, sementara hati kita sentiasa takut dan berharap Allah mengampunkan dosadosa kita. Lupa Dua Perkara: Lupakan segala budi jasa dan kebaikan kita kepada orang lain terutama kebaikan kita kepada kedua ibubapa. Jangan diungkit-ungkit dan dikenang-kenang. Kembalikan segala kebaikan yang kita buat kepada Allah. Rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepada orang lebih-lebih lagi melupakan segala amal ibadah yang telah kita buat kepada Allah, jangan diungkit-ungkit atau dikenangkenang. Lupakan kejahatan orang lain terhadap diri kita. Anggaplah seolah-olah tidak ada sesiapa yang bersalah pada kita supaya tidak tercetus rasa marah atau dendam terhadap orang lain. Lebih-lebih lagi hendaklah kita lupakan segala kesusahan dan ujian, musibah atau malapetaka yang Allah timpakan kepada kita seperti sakit, kematian, kerugian, kemalangan dan kegagalan. Petikan daripada http://iskandar-muslim.blogspot.com (pada 10 Mei 2013) ! Muka Surat 24

Wadah Pendidik! Edisi 1 <strong>2013</strong><br />

Penerangan Thinking Maps<br />

! Muka Surat 23

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!