WADAH 2013
Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
WADAH ILMU

Mei 2013

Edisi 1, 2013

http://pendidikguru.org

Jabatan Ilmu Pendidikan

IPG Kampus Pendidikan Teknik

B a n d a r E n s t e k , N e g e r i S e m b i l a n

Darul Khusus

WADAH ILMU - perkongsian

dan pembelajaran bermakna

KANDUNGAN

KATA ALU-ALUAN KETUA JABATAN JIP

Pn. Shamsiah binti Md Nasir Halaman 1

GURU: AMALAN REFLEKTIF VS NILAI

Pn. Nor ‘Azah binti Ahmad Safran Halaman 2

PANDUAN PELAKSANAAN KIK

Pn. Mahzam binti Mohd Saad Halaman 4

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM SISTEM

PENTAKSIRAN IPG

Pn. Jamilah binti Idris Halaman 6

AMALAN MAKANAN SEIMBANG UNTUK KANAK-KANAK

PRASEKOLAH

Pn. Mahzam binti Mohd Saad Halaman 9

Kampus Baharu IPG Kampus Pendidikan Teknik di Bandar Enstek

PENDIDIKAN PENYAYANG DI SEKOLAH

Pn. Norhayati binti Hj. Hashim Halaman 11

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN GURU

PELATIH IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Pn. Shamsiah binti Md Nasir

Pn. Nor ‘Azah binti Ahmad Safran Halaman 16

THINKING MAPS

En. Mustaffar bin Abd Majid Halaman 19

Blok Pentadbiran

Portal JIP

ULASAN BUKU (EARLY CHILDHOOD EDUCATION TODAY)

Dr. Jennifer Wee Beng Neo Halaman 21

REFLEKSI DAN PENGAJARAN

Pn. Haliza binti Hamzah Halaman 22

KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN GURU

Pn. Joy Nesamalar Samuel Halaman 26

JAWATAN KUASA PENERBITAN DAN LAPORAN SESI 2013

Pn. Mahzam binti Mohd Saad : Ketua Editor

Pn. Hjh. Zainon binti Esa : Editor

En. Mustaffar bin Abd Majid : Editor

En. Mohd Yusoff bin Awang : Editor

Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

KANDUNGAN

SIDANG EDITOR

Muka Surat 2

KATA ALU-ALUAN PENGARAH

Pn. Shamsiah binti Md Nasir Muka Surat 3

KATA ALU-ALUAN KETUA JABATAN JIP

Pn. Shamsiah binti Md Nasir Muka Surat 4

GURU: AMALAN REFLEKTIF VS NILAI

Pn. Nor ‘Azah binti Ahmad Safran Muka Surat 5

PANDUAN PELAKSANAAN KIK

Pn. Mahzam binti Mohd Saad Muka Surat 7

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM SISTEM PENTAKSIRAN IPG

Pn. Mahani binti Ibrahim Muka Surat 9

AMALAN MAKANAN SEIMBANG UNTUK KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Pn. Jamilah binti Idris Muka Surat 12

PENDIDIKAN PENYAYANG DI SEKOLAH

Pn. Norhayati binti Hj. Hashim Muka Surat 14

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH IPG KAMPUS PENDIDIKAN

TEKNIK

Pn. Shamsiah binti Md Nasir

Pn. Nor ‘Azah binti Ahmad Safran Muka Surat 19

THINKING MAPS

En. Mustaffar bin Abd Majid Muka Surat 22

ULASAN BUKU (EARLY CHILDHOOD EDUCATION TODAY)

Dr. Jennifer Wee Beng Neo Muka Surat 25

REFLEKSI DAN PENGAJARAN

Pn. Haliza binti Hamzah Muka Surat 26

KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN GURU

Pn. Joy Nesamalar Samuel Muka Surat 30

KESAN KAUNSELING KELOMPOK PENDEKATAN KOGNITIF TINGKAHLAKU TERHADAP

KEBIMBANGAN SOSIAL REMAJA

Pn. Mahzam binti Mohd Saad Muka Surat 33

MENGEMBARA SATU PEMBAZIRAN?

Pn. Fauziah binti Hashim Muka Surat 39

POVERTY OF THE SOUL

Pn. Che Harithun binti Abdullah Muka Surat 41

! Muka Surat 1
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

SELAMAT DATANG KE WADAH PENDIDIK

Wadah Pendidik diterbitkan dua kali setahun (Mei dan Disember) oleh Jabatan Ilmu Pendidikan,

IPG Kampus Pendidikan Teknik mulai tahun 2013.

Wadah Pendidik menerbitkan karya asli mengenai semua aspek pendidikan dan pendidikan guru.

Tujuan utama jurnal ialah untuk menyediakan saluran bagi menerbitkan karya-karya penyelidikan,

makalah-makalah dan ulasan-ulasan berhubung dengan semua aspek pengajaran dan pembelajaran pada

semua peringkat persekolahan dan institusi pendidikan guru termasuk isi-isu semasa dalam pendidikan

sama ada di dalam atau luar negara. Rencana ditulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Manuskrip dan segala surat menyurat mengenai makalah serta perkara yang berkenaan hendaklah

dialamatkan kepada:

Ketua Editor

Wadah Pendidik

Jabatan Ilmu Pendidikan

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

Bandar Enstek.

SIDANG EDITOR

Ketua Editor:

Pn. Mahzam binti Mohd Saad

Editor:

Pn. Hjh. Zainon binti Esa

En. Mustaffar bin Abd Majid

En. Mohd. Yusoff bin Awang

Sidang Penasihat:

Pn. Shamsiah binti Md. Nasir (Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan

Dr. Mahmud bin Yahya (Timbalan Pengarah, IPG Kampus Pendidikan Teknik)

Dr. Muhammad bin Abd Rahman (Pengarah, IPG Kampus Pendidikan Teknik)

Muka Surat 2
Wadah Pendidik! EDISI 1 2013

WADAH PENDIDIK

Jabatan Ilmu Pendidikan

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

Kata Alu-aluan

Pengarah

IPG Kampus Pendidikan Teknik

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT

kerana dengan limpah dan keizinannya,

Jawatankuasa Penerbitan dan Laporan Jabatan Ilmu

Pendidikan telah berjaya menerbitkan Wadah Ilmu

2 bagi tahun 2013. Syabas dan tahniah saya ucapkan

kepada para pensyarah yang telah menyumbang

penulisan artikel-artikel untuk dimuatkan dalam

Wadah ini.

Dalam era globalisasi dan transformasi

pendidikan, penulisan artikel dalam bidang

pendidikan merupakan suatu aktiviti intelektual dan

professional yang sangat penting. Penghasilan

penulisan juga merupakan faktor utama ke arah

meningkatkan kualiti pendidikan dan pembangunan

profesional keguruan secara berterusan. Oleh itu

budaya penulisan dan mendokumentasikan

penulisan dalam kalangan pensyarah amat

digalakkan. Usaha sebegini amat bertepatan dan

selaras dengan wawasan institut untuk menjadi

penjana ilmu khasnya dalam bidang pendidikan

guru.

Penerbitan Wdah Ilmu dapat menjadi satu

wahana bagi para pensyarah menyebarluas idea serta

buah fikiran untuk dikongsi dengan komuniti

pendidikan. Usaha ini juga dapat memperkasa

budaya menulis dalam kalangan pensyarah

terutamanya pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan.

Harapan saya semuga lebih ramai pensyarah Jabatan

Ilmu Pendidikan akan melibatkan diri dengan aktif

dalam bidang penulisan ilmiah demi meningkatkan

mutu pendidikan.

Semuga bahan-bahan yang terkandung dalam

Wadah Ilmu ini akan memberikan manfaat kepada

semua warga pendidik khususnya, pensyarah di

Jabatan Ilmu Pendidikan.

Sekian.

DR MUHAMMAD BIN ABDUL RAHMAN

! Muka Surat 3
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

WADAH PENDIDIK

Jabatan Ilmu Pendidikan

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

Kata Alu-aluan

Ketua Jabatan,

Jabatan Ilmu Pendidikan,

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan

limpah kurnia dan berkat rahmat-Nya dapatlah saya

merakamkan kata-kata di dalam Wadah Ilmu 2 ini.

Terlebih dahulu syabas dan tahniah dirakamkan

kepada semua warga Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP)

khususnya Jawatankuasa Penerbitan yang berusaha

menerbitkan Wadah Ilmu 2 ini.

Pendidik guru merupakan golongan yang

memainkan peranan penting dalam melahirkan

insan guru yang berkualiti, berilmu, berkemahiran

serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi.

Pendidik guru perlu melangkah jauh ke hadapan dan

bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada

proses transformasi sistem pendidikan. Pendidik

guru yang seharusnya memiliki wawasan intelektual

tinggi diharapkan dapat menyampaikan idea,

pemikiran dan gagasannya secara sistematik samada

secara lisan mahupun tulisan. Kesibukan mengajar

di kampus hendaklah tidak dijadikan alasan untuk

tidak menulis karya ilmiah yang tidak kurang

pentingnya dalam meningkatkan profesionalisme

keguruan masing-masing. Dengan penerbitan

Wadah Ilmu 2 ini adalah diharapkan para pendidik

guru terutamanya pensyarah-pensyarah JIP secara

konsisten menghasilkan penulisan ilmiah agar dapat

dikongsi dan dimanfaatkan bersama oleh semua

pihak. Sekalung tahniah kepada semua yang prihatin

dan telah menyumbang kepada penerbitan Wadah

Ilmu 2 ini.

Adalah menjadi harapan agar keprihatinan ini

diteruskan oleh semua warga JIP supaya kita samasama

mencapai matlamat ke arah kecemerlangan

institusi dan kecemerlangan pendidikan anak

bangsa. Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah

institusi terletak pada persefahaman, kerjasama erat

serta sumbangan kepakaran pelbagai dalam

organisasi. Akhir kalam, semoga Wadah Ilmu 2 yang

diterbitkan ini akan terus menjadi pemangkin ke

arah membudayakan persekitaran ilmiah dalam

kalangan warga JIP khususnya dan IPG Kampus

Pendidikan Teknik umumnya.

PN. SHAMSIAH BINTI MD. NASIR

! Muka Surat 4
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

GURU : AMALAN TINDAKAN REFLEKTIF VS NILAI

Oleh:

NOR ‘AZAH BINTI AHMAD SAFRAN

Sekadar satu renungan :

“Mengapakah proses pengajaran dan

pembelajaran dalam sesebuah bilik darjah itu

berjalan lancar tanpa gangguan disiplin?” Para

pelajar memberi sepenuh tumpuan semasa proses

pembelajarannya, sangat berminat dan khusyuk

mengikuti pengajaran guru. Manakala guru pula

begitu komited dan bersung guh- sung guh

menyampaikan ilmu yang diajar. Bagaimanakah

guru tersebut dapat melaksanakan pengajarannya

dengan baik serta mengawal bilik darjahnya dengan

begitu berkesan? Mampukah kita sebagai guru

melakukannya? Pernahkah persoalan-persoalan ini

berlegar dalam kotak pemikiran kita?

Status guru seringkali menjadi tumpuan awam,

baik daripada segi peranan, tugas dan

tanggungjawab mahupun nilai peribadinya. Guru

dikatakan sebagai ‘role model’. Dalam konteks

pendidikan di Malaysia pula, guru menggalas

peranan dan tanggungjawab yang sangat besar

seiring matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Wawasan

2020 dan Misi Nasional. Malah, peranan guru juga

menjadi lebih mencabar apabila dunia hari ini

semakin maju dan bergerak pantas seiring dengan

era ledakan maklumat kini yang tanpa sempadan.

Menurut Al-Farabi, peranan guru adalah

untuk mendidik pelajarnya ke arah mencapai

kebahagiaan dan kesempurnaan akhlak yang tinggi

kerana sememangnya manusia dicipta untuk

mencapai tujuan ini. Sehubungan itu, menurut Al

Farabi lagi, guru akan bertindak untuk mendisiplin

(ta’dib), melatih (tahdhib), membimbing (tasdid),

mengajar (ta’lim), mengasuh (tarbiya), dan menaksir

(taqwim) pelajar-pelajarnya.

Namun, kemampuan seorang gur u

melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebenarnya

bukanlah mudah dan ianya adalah terletak dari

dalam dirinya sendiri. Apabila

gur u mengamalkan sikap sedar dan

peka terhadap apa yang berlaku semasa proses

pengajarannya di dalam bilik darjah, maka telah ada

rasa sensitiviti di dalam dirinya. Guru akan

menjadi sensitif terhadap apa yang berlaku,

sentiasa menyoal diri dan akan mengambil

tindakan segera untuk membaiki kelemahan

sekiranya hasil yang dingini tidak sama dengan apa

yang diharap atau dirancangkan. Justeru, guru

tersebut sedang mengamalkan tindakan reflektif

iaitu satu bentuk inkuri refleksi kendiri terhadap

amalan yang dilakukan. Guru menjadi lebih sedar

terhadap amalan mereka sendiri dan menjadi lebih

kritis terhadap amalan tersebut serta bersedia

untuk membuat perubahan. Bagaimanakah sikap

dalaman diri yang sebegini boleh berlaku?

Firman Allah yang bermaksud :

A"ah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu

yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya

( menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa

yang diberikan hikmah itu maka sesun&uhnya ia telah

diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang

dapat mengambil pengajaran ( dan peringatan )

melainkan orang-orang yang menggunakan akal

fikirannya.

Al-Baqarah : ayat 269

Guru juga merupakan seorang manusia dan

insan ciptaan Tuhan yang dikurniakan akal fikiran

untuk berfikir secara hikmah dan bijaksana.

Sehubungan itu, guru yang sentiasa mengamalkan

inkuiri refleksi kendiri dengan menggunakan akal

fikirannya, terhadap amalannya iaitu satu tindakan

yang reflektif adalah seseorang yang telah

mengambil pengajaran dan peringatan ke arah

kebaikan sikap dalam dirinya. Sikap dan nilai-nilai

peribadi guru seperti ihsan, pekerti mulia, kasih

sayang dan istiqamah akan menjadi dorongan

dalaman diri guru untuk terus melaksanakan

kerja dan tanggungjawab sebagai satu ibadah. Nilainilai

ini juga selari seperti dalam etika profession

keguruan. Dalam pada itu, refleksi mempunyai

nilai-nilai peribadi yang membawa kepada kepuasan

intrinsik apabila guru dapat menganalisis sesuatu

situasi atau pengalaman dengan sebaik mungkin

dan membentuk satu pandangan secara logik.

Amalan refleksi ini akan dapat memperkaya

diri dan merangsang amalan professional seorang

guru. Ianya bertindak sebagai forum untuk

membuat keputusan yang mengakibatkan tindakan

tentang konteks pengajaran. Refleksi yang

dikemukakan oleh Dewey (1933) menjadi batu asas

dalam mengkaji proses kognitif (akal fikiran) guru

semasa membuat keputusan tentang pengajaran

dan pembelajaran.

! Muka Surat 5
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

Perkembangan refleksi pula, memerlukan

perkembangan sikap dan kebolehan seperti

keterbukaan, kerelaan untuk menerima

tanggungjawab, membuat keputusan dan

mengambil tindakan. Inilah sikap dan nilai-nilai

sebenar yang sepatutnya ada dalam diri seorang

guru. Nilai refleksi memberi peluang kepada guru

untuk menganalisis diri sendiri (muhasabah) serta

menyedari tentang kekuatan dan kelemahan dalam

dirinya.

Oleh itu, bolehkah guru melaksanakan

pengajarannya dengan baik dan berkesan? Pasti

boleh guru itu menjadi pengurus bilik darjah yang

berkesan sekiranya sikap nilai-nilai peribadi yang

baik sentiasa terpamer pada diri guru. Justeru, guru

perlu sentiasa boleh membuat pengubahsuaian

(amalan tindakan reflektif ) serta membaiki proses

pembelajaran mereka dengan efektif di samping

displin pelajar yang terkawal. Sehubungan itu,

tindakan guru yang reflektif akan sentiasa seiring

dengan sikap dan nilai peribadi yang ada dalam diri

seorang guru. Seterusnya ini merupakan salah satu

cara untuk meningkatkan profesionalisme

keguruan khususnya ke arah guru sebagai

penyelidik kajian tindakan.

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)

Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia

Atribut Murid di Malaysia

! Muka Surat 6
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

PANDUAN PELAKSANAAN KIK (KUMPULAN INOVATIF KREATIF)

Oleh:

MAHZAM BT MOHD SAAD

KIK merupakan mekanisme pengurusan

berkesan dalam usaha meningkatkan keberkesanan

dan kecekapan agensi kerajaan memberikan

perkhidmatan. Program KIK bukan sahaja

menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan

masalah tetapi juga merangkumi kaedah untuk

membolehkan ahli-ahli KIK bertindak secara

kreatif dan inovatif dalam menghasilkan sesuatu

yang baharu atau penambahbaikan melalui

kemahiran imiginasi yang membawa kepada

peningkatan sistem penyampaian kepada

pelang gan. Objektif KIK adalah untuk

menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan

produktiviti kerja khususnya system penyampaian

perkhidmatan kepada pelanggan. Pelaksanaan KIK

juga dapat memberikan faedah kepada sesebuah

organisasi misalnya dari segi kos dan masa, kualiti

dan produktiviti perkhidmatan, meningkatkan

kepuasan pelanggan dan meningkatkan imej

organisasi itu sendiri.

Dalam melaksanakan KIK, ahli KIK

dinasihatkan agar tidak membincangkan beberapa

perkara tertentu seperti dasar jabatan, perjanjian

kesatuan, perkara mengenai tatatertib, hal-hal

peribadi, gaji dan elaun, belanjawan jabatan, syaratsyarat

perkhidmatan, pembahagian tugas, dasar

kenaikan atau perkara lain yang tidak berkaitan

dengan masalah kerja. Pendekatan penting yang

perlu digunakan semasa melaksanakan KIK bagi

meningkatkan kualiti kerja ialah mengikuti kitaran

Perancangan, Pelaksanaan, Penyemakan dan

Tindakan (Pan, Do, Check, Act) atau PDCA.

Seperti Rajah 1

Fasa perancangan merupakan fasa pertama

dalam melaksanakan KIK. Fasa perancangan

termasuklah:

Mengenal pasti projek.

Projek dapat dikenal pasti melalui:

• Cadangan daripada ahli KIK melalui

percambahan fikiran

• Cadangan daripada pihak pengurusan

• Cadangan atau maklum balas daripada

pelanggan

• Cadangan daripada stake holder

• Cadangan daripada pihak lain seperti

penemuan Audit, laporan dan kajian

• Sumber lain yang bersesuaian

Pemilihan projek

Hanya satu sahaja projek yang boleh dipilih.

Projek yang dipilih haruslah yang penting dan

dapat memberikan manfaat kepada organisasi

khususnya sistem penyampaian perkhidmatan. Di

dalam memilih projek terdapat pelbagai tool atau

kaedah yang boleh digunakan seperti force ranking,

analisis matriks, analisis SMART dan lain-lain. Apa

yang penting semua projek yang dipilih mestilah

disokong dengan data sebenar dan mendapat

persetujuan pihak pengurusan. Projek yang dipilih

perlulah dinyatakan dengan jelas berasakan kepada

criteria berikut:

• Projek yang dipilih mestilah berkaitan dengan

prestasi organisasi

• Khusus (specific)

• Boleh diukur (measureable)

• Wujud/berlaku

• Boleh diselesaikan mengikut kemampuan

pasukan dalam tempoh yang sesuai.

RAJAH 1: Kitaran PDCA

! Muka Surat 7
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

Penyediaan carta perbatuan

Carta perbatuan merupakan Jadual Pelaksanaan

Projek atau Carta Gantt. Tempoh pelaksanaan

sesuatu projek ialah minimum 4 bulan dan

maksimum satu tahun bergantung kepada skop dan

skala projek. Tempoh projek boleh dipanjangkan

sekiranya melibatkan skop yang luas. Langkahlangkah

yang terlibat dalam penyediaan Jadual

Pelaksanaan Projek termasuk:

• Mengenal pasti segala aktiviti yang perlu

dilakukan

• Mengganggar tempoh masa bagi setiap aktiviti

iaitu tarikh permulaan dan penyempurnaan

projek

• Mengenal pasti peringkat-peringkat penting

bagi mencapai matlamat aktiviti itu perlu

disemak dan diawasi

• Mencatat pencapai sebenar berbanding dengan

apa yang dirancang bagi setiap individu.

Menganalisis Projek

Merujuk kepada proses menghurai projek secra

terperinci dengan menggunakan teknik 5W + 1H.

Selain itu KIK juga perlu menganalisis sebab-sebab

kepada masalah atau faktor-faktor utama kepada

projek penambahbaikan. Analisis sebab/factor

boleh dibuat dengan menggunakan teknik

contohnya rajah Sebab dan Akibat/ Rajah Tulang

Ikan/ Rajah Ishikawa untuk mengenal pasti sebabsebab

projek dilaksanakan.

Pengumpulan data

Data dan maklumat perlu untuk memahami

dan mengesahkan masalah atau menghasilkan

perkhidmatan berkualiti. Data boleh dikumpul

melalui beberapa kaedah seperti soal selidik, temu

duga, permerhatian, semakan atau analisis laporan /

dokumen/rekod dan sebagainya. Data-data yang

diperoleh perlu dianalisis dengan menggunakan

kaedah misalnya analisis pareto, rajah histogram,

rajah taburan, carta kawalan dan lain-lain.

Penetapan objektif/ sasaran projek

KIK perlu membuat justifikasi bagaimana

objektif/ sasaran projek ditetapkan. Beberapa cara

boleh digunakan sebagai asas dalam membuat

penetapan sasaran misalnya menggunakan Prinsip

80/20 (Analisis Pareto), berdasarkan objektif

organisasi, berdasarkan piagam pelanggan,

berdasarkan petunjuk prestasi utama KPI, arahan

pihak pengurusan atau pun berdasarkan amalan

terbaik (best practices).

Cadangan penyelesaian

Cadangan penyelesaian merupakan alternatif

kepada penyelesaian masalah dan penambahbaikan.

Cadangan penyelesaian perlu memgambil kira

kekuatan dan kelemahan alternatif penyelesaian

tersebut dan perlu dihurai satu persatu. Dalam

membuat pemilihan cadangan alternatif terbaik,

beberapa teknik boleh digunakan seperti analisis

pro dan kontra, analisis swot, analisis force field,

analisis rajah pokok, analisis smart dan lain-lain

boleh digunakan. Cadangan penyelesaian perlu

dirujuk kepada pihak pengurusan untuk uji cuba.

FASA Pelaksanaan. Merupakan fasa kedua

dalam melaksanakan KIK. Di dalam fasa ini ahli

KIK berbincang bersama fasilitator cara-cara

pelaksanaan penyelesaian yang telah dipersetujui.

Uji cuba boleh dilaksanakan pada fasa ini.

Pelaksanaan sebenar cadangan perlu dilakukan

berpandukan kepada Carta Gantt.

FASA penyemakan. Merupakan fasa ketiga.

Beberapa aktiviti yang dilaksanakan pada fasa ini

termasuklah:

• Penilaian ke atas pelaksanaan cadangan sama

ada objektif/sasaran projek tercapai

• Mengumpul data dan menganalisis data

tersebut misalnya dengan menggunakan Rajah

Pareto di mana Rajah Pareto sebelum dan

selepas dapat dibandingkan . Perbandingan

data dapat membantu ahli KIK memutuskan

sama ada cadangan penyelesaian diterima atau

tidak.

• Pelaksanaan projek perlu dipantau untuk

tempoh tertentu. Sekiranya ada jurang

perbezaan tindakan pembetulan boleh

dilakukan

• Seterusnya kemukakan kejayaan pelaksanaan

projek dan cadangan perluasan

• Analisis impak projek KIK dari aspek

penjimatan kos, masa, peningkatan produktiviti

dan kualiti serta kepuasan hati pelanggan.

FASA tindakan. Merupakan fasa keempat

dan terakhir dalam pelaksanaan KIK atau kitaran

PDCA. Sekiranya objektif dan sasaran projek

dicapai, tindakan penyeragaman boleh dilakukan.

! Muka Surat 8
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KEBAT) DALAM SISTEM PENTAKSIRAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Dalam bab 4, Buku Pelan Pembangunan

Pendidikan 2013-2015 telah dinyatakan tentang

perlunya penekanan kepada penambahbaikan

terhadap kerangka pentaksiran pendidikan negara.

Penambahbaikan tersebut dibuat melalui

peningkatan jumlah soalan yang menjurus kepada

pembinaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KEBAT) atau Higher Order Thinking Skill

(HOTS). Dinyatakan menjelang tahun 2016, 80

peratus soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(UPSR) dan Ujian Penilaian Tingkatan Tiga akan

menguji KEBAT. Begitu juga dalam Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) 75 peratus daripada soalan mata

pelajaran teras dan 50 peratus daripada soalan mata

pelajaran elektif akan menguji KEBAT para pelajar

peringkat menengah.

Sehubungan dengan itu, Institut Pendidikan

Gur u (IPG) tur ut bertang gungjawab ba gi

melahirkan guru permulaan pendidikan rendah

yang mempunyai pemikiran aras tinggi agar dapat

menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan

tersebut. Maka salah satu cara untuk mencapai

tujuan ini adalah melalui penambahbaikan terhadap

sistem pentaksiran IPG iaitu dalam kertas

peperiksaan mahupun kerja kursus. Dalam kata

lain, semua kaedah pentaksiran di IPG perlu

berfokus kepada soalan pemikiran aras tinggi.

Umumnya, pemikiran aras tinggi melibatkan

transformasi maklumat dan idea. Transformasi

KEBAT vs KEBAR

Oleh:

MAHANI IBRAHIM

akan berlaku apabila pelajar menggabungkan fakta

dan idea kemudian mensintesis, mengeneralisasi,

menerangkan, membuat hipotesis atau membuat

rumusan atau interprestasi. Memanipulasikan

maklumat dan idea melalui proses-proses ini

membolehkan pelajar menyelesaikan masalah,

memperoleh kefahaman baru dan menemui makna

baru.Pemikiran aras tinggi melibatkan pemikiran

yang lebih tinggi daripada hafazan atau menyatakan

semula maklumat yang diketahui. Dengan kata lain,

KEBAT memerlukan pelajar melakukan sesuatu

dengan fakta atau maklumat yang telah diketahui.

Apa yang perlu pelajar lakukan ialah,

1. Memahami fakta atau maklumat yang ada

2. Membuat perkaitan antara fakta atau

maklumat

3. Mengkategorikan fakta atau maklumat

4. Memanipulasikan fakta atau maklumat

5. Meng gabungkan fakta dan maklumat

tersebut dalam situasi baharu, dan

6. Mengaplikasi fakta dan maklumat itu dalam

menyelesaikan masalah

Sumber: Thomas, A. & Thorne, G.

(http://www.cdl.org/resource-library/

articles/HOT.php)

Secara ringkas, KEBAT berlawanan dengan Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KEBAR)

seperti berikut;

KEBAT

Penggunaan pemikiran secara maksimum untuk

menghadapi cabaran

Bersifat kritikal terhadap maklumat, idea dan pendapat

Interpretasi, analisis dan manipulasi maklumat

Membuat kesimpulan, inferens dan generalisasi

Komunikasi berkesan, membuat jangkaan dan

penyelesaian masalah

KEBAR

Penggunaan pemikiran secara terhad

Bersifat rutin dan mekanistik

Mengingat kembali maklumat yang terancang

Menggambarkan dan membandingkan

Merumuskan, menghubungkait dan penyelesaian

Menilai idea, memberikan pendapat

Membuat pemilihan dan keputusan

! Muka Surat 9
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

PENGGUBALAN SOALAN KEBAT DALAM SISTEM PENTAKSIRAN IPG

Dalam sistem pentaksiran di IPG, soalan yang

perlu digubal mengikut KEBAT merangkumi

semua soalan tugasan Kerja Kursus Projek, soalan

esei dalam Bahagian C Kertas Peperiksaan Bertulis

mengikut Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang sedia

ada dan semua soalan dalam JSU bagi kumpulan

pelajar Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP)

Semester 1 (bermula Ambilan Januari 2011) dan

Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI).

Penggubal item KEBAT seharusnya berupaya

menggubal soalan-soalan yang merangsang pelajar

untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam

perkara berikut;

Contoh Soalan:

Dalam pada itu, semasa penggubalan soalan

atau item KEBAT, peng gubal sehar usnya

mengetahui beberapa perkara seperti;

1. Memastikan jawapan yang diharapkan

daripada pelajar tidak boleh didapati daripada

buku teks, internet atau sumber-sumber lain;

2. Memastikan pelajar diberi peluang untuk

mengeluarkan pendapat sendiri atau

menunjukkan kebolehan untuk menganalisis

atau mensintesis mahupun semasa membuat

penilaian.

3. Melibatkan lebih daripada satu aspek dalam

soalan supaya pelajar dapat mensintesis atau

mengaitkan kedua-dua aspek tersebut.

4. Sekiranya boleh, pastikan pelajar

mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi

baharu atau kes tertentu (case study) dalam

jawapannya.

5. Memastikan bahawa penekanan tidak terlalu

berat kepada proses berfikir sehingga

mengabaikan isi kandungan dan sebaliknya.

Penyemakan Kaedah Holistik

1. Pemberian markah mengambil kira mutu

respons secara keseluruhan berdasarkan satu

standard yang telah ditetapkan.

2. Perkara-perkara yang harus dipertimbangkan

dalam menentukan standard har us

dikenalpasti kemudian tahap pencapaian

akan ditentukan yang dikenali sebagai gred

(Contoh: A+, A, A-, B+, B, B-, C+).

3. Pemeriksa menilai dengan membaca secara

keseluruhan, kemudian menimbangkan gred

berdasarkan standard yang ditetapkan.

4. Julat markah perlu disediakan bagi setiap

standard gred (Contoh: A+ = 90% –100 %)

5. Untuk penyemakan secara holistik, kita

perlukan skema jawapan dan rubrik.

Apakah itu rubrik?

Rubriks adalah prosedur dan set kriteria yang

ditetapkan untuk tujuan pemberian markah bagi

hasil kerja atau prestasi murid. Sesuatu rubriks

menyenaraikan respons -respons yang

dijangkakan dalam bidang-bidang yang dinilai.

Bidang-bidang tersebut termasuk:

• Pengetahuan isi kandungan (fakta, ilustrasi,

penerangan, contoh dll)

• Kefahaman konsep

• Proses-proses pemikiran kritis (jenis pemikiran

yang digunakan untuk menjawab soalan/

tugasan)

• Kemahiran berkomunikasi (bahasa yang

digunakan, kemahiran referencing)

! Muka Surat 10
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

RUBRIK UNTUK KEBAT IPG

Aspek dipentingkan:

1. Memahami kehendak soalan

2. Memahami isi kandungan berkaitan

3. Menggunakan hujah berserta contoh dan

data untuk menyokong rumusan

4. Ketepatan jawapan

5. Komunikasi yang baik (termasuk bahasa)

6. Interprestasi yang tajam

7. Pengolahan idea yang logikal, jelas dan

terdapat kesinambungan idea

8. Perbezaan penekanan antara KEBAT bagi

pengajaran dan KEBAT dalam pembinaan

item

• KEBAT bagi pengajaran menekankan

aktiviti untuk memperkembangkan

kemahiran murid berfikir pada aras yang

tinggi

• KEBAT dalam pembinaan item

menekankan peluang untuk murid

menunjukkan tahap pemikiran aras

tingginya

Rujukan:

Onosko, J.J.,& Newman, F.M (1994). Creating

More Thoughtful Learning Environments.

Dim J.N Mangieri & Co.

N. S. Rajendran. (2008). Teaching & Acquiring

Higher Order Thinking Skills Teory &

Practise. Tanjong Malim: Penerbit

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Thomas, A. & Thorne, G. (http://www.cdl.org/

resource-library/articles/HOT.php)

! Muka Surat 11
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Menurut Prof. Madya Norhashimah Hashim

(2006), amalan pemakanan berkhasiat penting

untuk kanak-kanak prasekolah kerana kualiti

pemakanan mempunyai kesan langsung ke atas

pertumbuhan dan perkembangan serta kesihatan

kanak-kanak pada masa depan. Kajian

menunjukkan pemilihan pemakanan yang tidak

sihat ada kaitan dengan kerosakan gigi, kegemukan

dan penyakit jantung (Olson dan Randell dalam

Swadener, 1994).

Matlamat utama pendidikan emakanan untuk

kanak-kanak prasekolah adalah supaya mereka

belajar berkaitan makanan yang berkhasiat,

bermutu ting gi dan seimbang dengan

menggalakkan mereka makan pelbagai jenis

makanan. Walau bagaimanapun, pendidikan

pemakanan bukan sahaja berlaku di prasekolah

tetapi berlaku di rumah, semasa kanak-kanak

menonton televisyen dan ketika membeli belah di

pasaraya. Makanan yang tidak berkualiti akan

menjejaskan perkembangan kanak-kanak.

Objektif program nutrien kanak-kanak adalah

merancang gaya hidup sihat dikalangan kanakkanak

prasekolah. Ia melibatkan penyediaan dan

kelengkapan makanan berat dan ringan yang

berkhasiat. Kanak-kanak perlu didedahkan kepada

kepelbagaian makanan yang disajikan. Kanak-kanak

yang dibekalkan dengan makanan yang berkhasiat,

bermutu tinggi dan seimbang didapati mempunyai

IQ atau darjah kecerdasan yang tinggi.

Oleh itu, peranan prasekolah amat penting

dalam penyediaan diet yang mengandungi nutrient

yang secukupnya. Kanak-kanak patut disediakan

makanan yang seimbang kerana kanak-kanak yang

sedang membesar amat memerlukan tenaga dalam

aktiviti seharian mereka. Tambahan pula,

pemakanan seimbang dapat membantu ketahanan

badan bagi mengelakkan daripada jangkitan

penyakit serta membantu pertumbuhan fizikal dan

perkembangan otak yang sihat. Lantaran itu, menu

untuk kanak-kanak di tadika hendaklah dirancang

terlebih dahulu demi menjaga kualiti makanan yang

disediakan dan dihidangkan oleh penyedia

makanan.

Kanak-kanak memerlukan nutrien yang

mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk

perkembangan yang sihat dan optimum dari semua

aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial.

Oleh:

JAMILAH IDRIS

Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis

makanan dan perlu diambil dalam kuantiti yang

sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang

akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada

kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan,

obesiti dan anemia. Jadi guru perlu merancang

menu makanan yang seimbang mengikut piramid

makanan supaya murid-murid prasekolah

mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya.

Berikut merupakan jenis-jenis nutrien yang

diperlukan oleh badan.

Karbohidrat

Bijirin atau hasil bijirin dan makanan berubi

terletak pada aras paling bawah di Piramid

Makanan. Makanan kumpulan ini merupakan

sumber tenaga yang penting. Selain itu, kumpulan

makanan ini membekalkan vitamin, mineral, serat

dan sedikit protein. Contoh makanan kumpulan ini

adalah nasi, mi, roti, pasta, bijirin, bubur, capati,

tosai, biskut dan pelbagai jenis ubi. Makanan

kumpulan ini perlu dimakan lebih banyak, iaitu

8-12 sajian sehari

Protein

Daging termasuklah ayam dan kekacang

terletak pada aras ketiga di piramid. Kekacang

seperti kacang soya dan hasilnya, kacang merah dan

kacang dal dapat menggantikan daging dan

mengandungi rendah lemak. Protein mengandungi

beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas

pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada

binatang. Sementara protein sayuran pula

mengandungi protein kelas kedua dan sedikit

protein kelas pertama.

Lemak

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai

kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan

menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya

lemak penting kepada manusia kerana merupakan

tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang

diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.

Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada

pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi

vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting

kepada penyatuan selaput sel.

! Muka Surat 12
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

Galian

Zat galian yang mengandungi kompaun bukan

organik yang penting kepada pemakanan manusia.

Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang

dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan

cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat

mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia

juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Vitamin

Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung

dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh

mengurai dan menggunakan unsur asas makanan,

protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah

vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah,

hormon, bahan genetik dan kimia dalam system

saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak,

vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori

tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari

tubuh.

Serat

Serat atau serabut dalam diet pemakanan

membantu penghadaman dan mengelak sembelit.

Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan

bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk

meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk

minum banyak air. Makanan berkhasiat penting

untuk kanak-kanak kerana ia membekalkan nutrien

untuk perkembangan dan pertumbuhan. Selain

itu,ia juga membekalkan tenaga untuk aktiviti

fizikal dan mental serta dalam mengekalkan

ketahanan badan terhadap jangkitan. Makanan

yang berkhasiat juga menyediakan bekalan nutrien

yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada

peringkat remaja.

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan

tentang bagaimana untuk mengimbangkan

pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang

pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua

nutrien yang diperlukan. Pilih gabungan makanan

setiap hari berpandukan Piramid Makanan

Malaysia

Amalan makanan yang sihat ialah memilih dan

makan pelbagai makanan berasaskan Piramid

Makanan. Menurut Kumpulan Kebangsaan

Healthy Eating (Kementerian Kesihatan, 1977)

tidak ada satu jenis makanan yang dapat

membekalkan semua zat makanan yang diperlukan.

Pengambilan makanan perlu seimbang, iaitu

makanan pada aras bawah piramid perlu dimakan

banyak dan makanan pada aras atas piramid perlu

dimakana sedikit setiap hari.

Pengambilan pemakanan yang kurang atau

berlebihan boleh membawa kesan serius terhadap

tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Masalah Ini mungkin merangkumi nutrien utama

seperti protein, karbohidrat, lemak, termasuk juga

vitamin dan mineral. Tanpa mengira sama ada

kanak-kanak kekurangan atau berlebihan berat

badan, mahupun mempunyai berat badan normal,

mereka masih boleh mengalami masalah

kekurangan mikronutrien seperti zat besi, kalsium,

iodin.

Amalan pemberian makanan yang kurang sihat

akan menyebabkan kanak-kanak mengalami

kekurangan berat badan atau terbantut serta boleh

menjejaskan perkembangan kognitif. Sering kali,

kanak-kanak ini juga akan mengalami kekurangan

pelbagai vitamin dan mineral, yang paling umum

adalah zat besi, iodin dan Vitamin A. Kanak-kanak

yang kurang berat badan lebih kerap jatuh sakit

kerana mempunyai daya tahan lebih rendah

terhadap jangkitan.

Masalah pemakanan berlebihan timbul apabila

kanak-kanak mengambil terlalu banyak makanan,

khususnya yang tinggi kalori, dan kurang bersenam.

Seorang kanak yang mempunyai berat badan

berlebihan berkemungkinan akan menjadi remaja

atau dewasa dengan berat badan berlebihan

mahupun obes kelak. Kita semua tahu bahawa

berat badan berlebihan merupakan satu faktor

risiko penyakit-penyakit kronik seperti penyakit

jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser.

Berat badan berlebihan atau obesiti juga boleh

mengakibatkan kanak-kanak mempunyai

tanggapan imej yang negatif terhadap fizikal badan

dan kurang keyakinan diri. Pengambilan nutrien

berlebihan juga boleh menjejaskan kesihatan akibat

pengambilan mikronutrien seperti vitamin larut

lemak (A,D, E dan K) secara berlebihan, tanpa

mendapatkan nasihat profesional yang betul.

Mikronutrien seperti vitamin boleh berkumpul di

dalam tisu lemak dan akan menyebabkan

ketoksikan.

Sumber rujukan:

Prof. Madya Norhashimah Hashim, Prof. Aminah

Ayob (2006) Panduan Pemakanan Prasekolah.

PTS

! Muka Surat 13
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

PENDIDIKAN PENYAYANG DI SEKOLAH

Oleh:

NORHAYATI HJ HASHIM

Kalau guru kenal pelajar

Di luar sekolah mereka tak liar

Kalau guru suka berdamping

Semua murid dapat dibimbing

Kalau guru kurang mengajar

Dapatlah murid yang kurang ajar

(Sedutan gurindam Kalau Guru…..)

Berdasarkan sedutan gurindam ’Kalau Guru...”

nukilan Usman Awang di atas, memperlihatkan

betapa amalan penyayang amat perlu diamalkan di

sekolah. Apatah lagi, tatkala sistem pendidikan

negara sedang berhadapan dengan cabaran getir

dalam usaha menyediakan sistem pendidikan

berkualiti yang menitikberatkan perkembangan

sosiobudaya yang sihat seiring dengan

pembangunan ekonomi mapan , jelaslah elemen

konsep penyayang tidak boleh diabaikan.

Konsep penyayang merangkumi unsur moral,

sosial dan keperibadian diri (personal facet) yang

positif. Apabila seseorang murid mempunyai

keperibadian diri yang positif dan seimbang,

mereka mampu menangani sebarang masalah sekali

gus dapat meningkatkan prestasi mereka dalam

proses pembelajaran. Pada amnya, semua pendidik

sentiasa menyokong amalan penyayang di sekolah.

Amalan penyayang bermula dari kerelaan hati

seseorang dalam menerima tiap-tiap ketentuan

Allah. Guru dan murid seharusnya bersyukur

dengan pemberian Allah seperti kecerdasan otak,

bakat, kecergasan fizikal dan keadaan sekolah dan

masyarakat yang tertentu. Al-Quran menyebut,

Oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan

kerpadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang

yang bersyukur

! ! ! (Al-A’raf : 144)

Oleh yang demikian, usaha mewujudkan

kerjasama antara pemimpin sekolah , guru, murid,

serta masyarakat setempat untuk menggembleng

dan meningkatkan potensi murid ke tahap yang

optimum dalam persekitaran yang penyayang dan

sihat adalah penting. Sementelahan lagi, guru

pasti dapat membina satu suasana pengajaran dan

pembelajaran yang efektif serta melaksanakan

sistem pengurusan bilik darjah yang konstruktif

dalam suasana seperti ini.

Hasil kajian menunjukkan bahawa sekolah

penyayang akan menjurus ke arah pewujudan

sekolah cemerlang. Iklim persekolahan yang

menggalakkan suasana saling membantu, prihatin

dan merasakan bahawa mereka sebahagian

daripada komuniti sekolah dapat merangsang

perkembangan psikososial dan afektif murid.

Sehubungan dengan itu, sebarang perancangan

sekolah yang tidak mengambil kira hal tersebut

sebagai satu prioriti, akan menemui kegagalan

dalam usaha mewujudkan sebuah institusi yang

penyayang.

Konsep “ Sekolah Penyayang”

Menurut Imam al-Ghazali dalam Ihy’ulumaddin,

terdapat beberapa tanggungjawab atau

kewajipan yang perlu dipenuhi oleh guru iaitu guru

perlu mempunyai perasaan sayang terhadap murid

dan melayan mereka seperti anak sendiri. Pendapat

ini diulas oleh Muhammad Athiyah al-Abrasyi

(1970: 136-41) yang menekankan bahawa guru

sehar usnya bersifat seba gai ibubapa dan

menyayangi muridnya seperti keluarga sendiri

seterusnya mengetahui tabiat mereka daripada

aspek personaliti dan pemikiran.

Oleh sebab murid menghabiskan lebih satu per

empat daripada masa mereka di sekolah semasa

mereka berusia tujuh hingga 17 tahun , tidak dapat

dinafikan bahawa keadaan persekitaran yang

melingkunginya, mempunyai pengaruh yang besar

kepada murid. Sekolah boleh menjadi tempat yang

stategik untuk memupuk budaya penyayang.

Melalui interaksi dengan individu dari pelbagai

latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik

murid belajar memahami, menerima dan

menghargai kepelbagaian. Maka perkongsian nilai

dan pengalaman dapat dibina untuk masa depan

Malaysia yang seimbang dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani.

Mortimore (1991) menjelaskan bahawa sekolah

berkesan akan menunjukkan pencapaian murid

yang tinggi melebihi jangkaan dan mengandungi

nilai tambah. Persekitaran ini akan merangsang

! Muka Surat 14
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

suasana pembelajaran yang berkualiti dan

penerapan budaya ilmu yang dinamik serta

meningkatkan motivasi murid. Ini bertepatan

dengan pendapat Jarman et.al (2004) iaitu,

A caring school environment is designed to

provide channels through which student’

outstanding performance can be recognized.

! Sekolah penyayang menekankan

kemesraan dan sifat prihatin antara murid

dengan murid, murid dan guru, guru dengan guru

serta ibu bapa. Umpamanya, sekolah dengan

kerjasama dan Permuafakatan Persatuan Ibu bapa

dan Guru (PIBG) perlu merangka program

“Lawatan ke Rumah” (Home Visit) ba gi

membolehkan guru-guru lebih mengenali latar

belakang murid dan keluarganya. Pendekatan ini

bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serta

kemesraan antara guru-guru dengan ibu bapa.

Pihak ibu bapa pula digalakkan berkunjung ke

sekolah bagi membincangkan perkembangan anakanak

mereka dengan guru dari semasa ke semasa.

Pelaksanaan kegiatan yang dirancang di bawah

program sekolah penyayang dan perkhidmatan

penyayang, termasuk kaunseling akan membantu

membendung serta mengurangkan masalah

ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah dan

penderaan kanak-kanak.

! Walau ba gaimanapun, kejayaan

menerapkan budaya penyayang di sekolah banyak

bergantung kepada kepemimpinan sekolah. Rooney

(2003) menyatakan pemimpin sekolah adalah kunci

mewujudkan komuniti sekolah yang penyayang

serta dapat merangsang proses pengajaran dan

pembelajaran. Sementara, Yahya (2005)

berpendapat bahawa peranan pengetua/guru besar

penting bagi memastikan persekitaran sekolah

tidak hanya tempat menuntut ilmu semata-mata

bahkan menjadi destinasi murid mendidik diri

masing-masing melalui panduan dan bimbingan

yang berter usan. Peranan mereka dapat

ditunjukkan melalui toleransi mengenakan

hukuman, merangka aktiviti berfaedah,

melaksanakan jadual waktu anjal, memilih

kaunselor yang layak, melaksanakan jadual waktu

yang panjang, dan menjalankan aktiviti gotongroyong.

Pengisian Konsep “Sekolah Penyayang” di

Sekolah.

Pengisian dan penerapan konsep sekolah

penyayang boleh diaplikasikan dalam lima perkara

(Rajah 2).

! Muka Surat 15
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

Usaha Mewujudkan Keselamatan di Sekolah

Sekolah boleh ber usaha mewujudkan

keselamatan sekolah dengan bermatlamatkan

sekolah penyayang berdasarkan persekitaran

fizikal, sosial dan komuniti pembelajaran. Sebagai

contoh, dalam aspek persekitaran fizikal, langkah

pertama ialah mengenal pasti aspek keselamatan

yang diperlukan seperti prasarana(keteguhan

bangunan, pendawaian elektrik, pagar, tempat letak

basikal, padang dan sebagainya). Langkah kedua,

merancang dengan menyediakan proposal,

mesyuarat perancangan serta membuat pelbagai

keputusan. Langkah ketiga, pelaksanaan membina,

mengubahsuai, memperbaiki dan mereka bentuk

sesuatu untuk keselamatan dan kemudahan murid.

Langkah keempat, membuat penilaian atau refleksi

kekuatan dan kelemahan berasaskan perancangan

dan pelaksanaan yang dijalankan.

Dalam hal ini, perancangan dan implementasi

keselamatan akan berjaya jika ahli jawatankuasa

bertindak terdiri daripada guru, kaunselor,

pengetua dan penolong kanan, staf sokongan dan

wakil ibu bapa. Walau bagaimanapun, segala usaha

ini perlu mengambil kira kumpulan rujukan iaitu

kalangan murid yang secara langsung akan

menikmati nikmat keselamatan yang terjamin.

Membentuk Komuniti Sekolah yang Prihatin

Komuniti sekolah yang prihatin merupakan

aspek penting bagi mengisi konsep sekolah

penyayang. Dalam hal ini, beberapa pertimbangan

perlu diambilkira. Pertama, apakah pendekatan dan

strategi prihatin yang diperlukan? Kedua, apakah

langkah-langkah yang perlu dilaksanakan? Ketiga,

apakah aktiviti yang boleh dijalankan dalam

konteks di atas? Bagi menjawab soalan-soalan

berkenaan, pendekatan dan strategi, langkahlangkah,

dan aktiviti prihatin yang diperlukan

banyak berasaskan kepada masalah-masalah lokal

yang sedia ada serta telah menjadi budaya atau

tradisi sekolah. Dalam hal ini, pendekatan dan

strategi yang melibatkan individu, kumpulan dan

keseluruhan murid boleh diguna pakai bagi tujuan

meningkatkan keprihatinan guru-guru, ibu bapa,

dan komuniti sekolah terhadap murid. Sebagai

contoh mereka perlu komited bagi menyediakan

intervensi kepada murid yang memerlukan dan

dapat memberi kesan yang positif terhadap

kehidupan murid yang bermasalah atau

memerlukannya.

Kesimpulannya, keprihatinan semua pihak di

sekolah akan memperkukuhkan kolaborasi dalam

kalangan staf untuk memastikan keyakinan, fokus

dan matlamat yang jelas bagi melaksanakan hal-hal

yang berkaitan dengan keprihatinan terhadap

murid.

Membina Keceriaan dan Keindahan Sekolah

Budaya keceriaan dan keindahan merupakan

enjin penawar dan ketahanan kesihatan murid.

Matlamat membina keceriaan dan keindahan

sekolah adalah supaya semua komuniti sekolah

menikmatinya selari dengan proses pengajaran dan

pembelajaran yang kondusif. Ini membolehkan

mereka bertanggung jawab ke atas persekitaran

yang memungkinkan mereka selesa dan seronok

sekaligus menjadi pemangkin kejayaan cemerlang

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Umumnya, keceriaan dan keindahan sekolah

dapat menanamkan rasa kepunyaan (sense of

belonging) dalam kalangan murid. Sebagai contoh,

projek angkat, setiap kelas akan diberi

tanggungjawab menjaga satu kawasan seperti

taman, lorong atau sudut di kawasan sekolah.

Mereka bertanggungjawab menceriakan, mereka

bentuk lanskap, mengecat, menanam bunga dan

sebagainya.

Kesimpulannya, membina keindahan dan

keceriaan sekolah akan dapat membantu

perkembangan sahsiah dan esteem kendiri murid.

Mengadakan Projek Perkembangan

Pembelajaran Murid

Projek perkembangan pembelajaran murid

merupakan satu inisiatif bagi menyediakan pakej

pembelajaran dengan aktiviti-aktiviti yang

konstruktif dan menguji pemikiran kreatif dan

inovatif murid. Al-Quran menyebut:

Sesun&uhnya Kami telah mencipta manusia dalam

bentuk yang sebaik-baiknya.

! ! ! ! (At.Tin : 4)

Usaha mencungkil bakat dan keterampilan diri

dipercayai mampu meningkatkan kesedaran untuk

saling menghormati antara satu sama lain justeru

dapat mengisi konsep budaya penyayang di sekolah.

Usaha ini tercerna daripada projek berasaskan

konsep dalam dan luar bilik darjah. Dalam konteks

! Muka Surat 16
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

projek di bilik darjah, aktiviti yang perlu dijalankan

ialah aktiviti yang menjurus kepada aspek

kerjasama seperti aktiviti pembelajaran koperatif,

aktiviti perkembangan disiplin dan perubahan

tingkah laku , serta aktiviti literatur seperti mewarwarkan

tabiat membaca, berfikir dan hormat

menghormati.

Manakala, projek di luar bilik darjah dan

aktiviti kokurikulum pula dapat memupuk

perasaan kasih sayang dan faham memahami antara

mereka. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan

ialah aktiviti penyelidikan seperti pemerhatian

tentang perhubungan dan interaksi antara

komuniti sekolah serta aktiviti indoor dan outdoor

guru - murid yang dapat mengeratkan perhubungan

di samping menyisipkan budaya kemesraan antara

mereka. Semua aktiviti yang boleh

memgembangkan potensi dan bakat murid

diharapkan dapat mendorong murid

merealisasikan dalam kehidupan mereka di dalam

dan di luar sekolah kelak.

Penerapan Amalan Nilai agama, Nilai murni

dan Unsur Moral

Hubungan manusia dengan manusia menjadi

salah satu daripada ciri utama pembentukan

masyarakat yang ideal. Penerapan nilai agama, nilai

murni dan unsur moral boleh diterapkan secara

formal dan tidak formal dalam bilik darjah dan luar

bilik darjah. Seorang muslim hendaklah memahami

saranan Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Barangsiapa tidak berasa belas kasihan terhadap

sesama manusia, A"ah pasti tidak akan menaruh belas

kasihan kepadanya.”

(Riwayat Al-Tirmizi )

Ra sululllah S.A.W telah memulakan

pembentukan masyarakat Islam dengan pembinaan

budi pekerti yang mulia. Budi pekerti yang mulia

adalah satu-satunya asas yang paling kuat untuk

melahirkan individu yang mempunyai hati yang

bersih, ikhlas dalam hidup, amanah dalam tugas,

cinta kepada kebaikan dan membenci kejahatan.

Sehubungan dengan ini, nilai kerohanian boleh

diterap melalui semua mata pelajaran dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Nilai murni juga

boleh diperkukuhkan dalam proses ko-kurikulum.

Dalam hal ini, guru merupakan ’role model’ kepada

murid. Oleh itu guru perlu menghayati sepenuhnya

nilai murni dan unsur moral untuk diserapkan

dalam proses memberi pengetahuan dan kemahiran

kepada murid. Guru hendaklah tenang dan sabar,

berprasangka baik, menyelesaikan masalah dengan

tepat, rasional, menghargai murid, memberi katakata

semangat dan dorongan serta puji-pujian

kepada mereka.

Rumusan

Suasana Sekolah Penyayang wujud apabila ada

kolaborasi, harapan yang tinggi, kepercayaan,

sayang menyayangi dan sokongan semua pihak di

sekolah. Komitmen yang tinggi oleh kepimpinan

sekolah juga diperlukan.

Budaya penyayang akan mempengaruhi

keberkesanan sekolah. Murid yang berada dalam

suasana penyayang akan hadir dengan sepenuhnya,

sentiasa memberikan kerjasama, serta

menyumbangkan sesuatu yang berfaedah kepada

sekolah. Hal ini akan mewujudkan dan

mengekalkan persekitaran yang tenteram dan

kondusif untuk belajar. Selain itu, murid

berpeluang mempertingkatkan konsep kendiri dan

hormat menghormati antara satu sama lain.

Kita berkeyakinan bahawa rasa sayang

menyayangi serta menimbulkan kemesraan antara

guru dengan murid, murid dengan murid serta

antara warga sekolah dengan ibu bapa juga boleh

berkembang. Gejala yang tidak sihat yang

berkemungkinan dilakukan oleh murid dapat

dihindar dan dibendung.

Sebagai kesimpulannya, Sekolah Penyayang

merupakan satu agenda yang murni bagi membina

kekuatan dalaman sekolah bagi mencapai matlamat

kecemerlangan. Ianya mempunyai misi dan

matlamat yang jelas bagi mewujudkan iklim

persekolahan yang konstruktif dan positif. Aspek

perhubungan masyarakat sekolah yang akrab,

keprihatian guru-guru dan masyarakat terhadap

murid serta amalan budaya menolong merupakan

resipi ke arah merealisasikan konsep Sekolah

Penyayang.

! Muka Surat 17
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

RUJUKAN

Al-Ghazali, Ihya’ ’ulum al-din, 15 Vol (Bairut : Dar

Fikir, 1980)

Muhammad Athiyah Al-Abrasyi (1970). Dasar-dasar

Pokok Pendidikan Islam, Bilan Bintang:

Jakarta.

Rooney.J, (2003). Creating Caring Schools,

Educational Leadership, Volume 60, Number

6.

Sammon, P. Hillman, J. dan Mortimore,P. (1995)

Key Characteristics of effective Schools A

Review of School Effectiveness Research. A

report by the Institute of Education for the

Office for Standards in Education p.8

Shaps, E. Battistich, V.& Solomon,D. (1997). School

as a caring community: A key to character

education. In A. Molnar(Ed.). The

Construction of Children’s Character, part II,

96th Yearbook of the National Society for the

Study of Education. University of Chicago

Press: Chicago.

Yahya Don (2005). Kepimpinan Pendidikan Di

Malaysia, PTS Professional : KL.

Sistem Pengurusan e-Pembelajaran kendalian Jabatan Ilmu Pendidikan (Pra-Perkhidmatan)

http://pendidikguru.org/spep2

Sistem Pengurusan e-Pembelajaran kendalian Jabatan Ilmu Pendidikan (PPG)

http://pendidikguru.org/ppg

! Muka Surat 18
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH IPG KAMPUS

PENDIDIKAN TEKNIK

Oleh:

SHAMSIAH MD. NASIR

NOR ‘AZAH AHMAD SAFRAN

Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah

untuk menampung keperluan tenaga kerja dan

mencapai perpaduan negara melalui perkembangan

individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru

telah diamanahkan untuk menjalankan

tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari

segi penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan

sahsiah anak didiknya. Generasi yang berilmu dan

berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa yang

bertamadun.

Apabila FPK dihayati, guru harus sedar bahawa

mereka sebenarnya memikul tanggungjawab yang

amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu kepada

pelajarnya di samping peka dengan perubahan

semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi

menangani masalah pengajaran dan pembelajaran

terutama yang berkaitan dengan disiplin pelajar.

Mereka bukan sahaja perlu berkemahiran mengajar

dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah

laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah

profesional.

Sistem pendidikan negara yang berkualiti

merupakan salah satu faktor utama yang akan

mencetuskan kejayaan agenda pembangunan modal

insan dan pemupukan minda kelas pertama

sebagaimana yang ditetapkan dalam Misi Nasional

dan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan. Pelbagai

pelan juga dirangka, bagi meningkatkan lagi kualiti

guru di setiap pelusuk tanahair sebagaimana Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (2006–2010)

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006) dan

dilanjutkan pula dengan Pelan Pembangunan

Pendidikan (2012-2025).

Visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

adalah untuk melaksanakan sistem pendidikan guru

yang bertaraf dunia dari segi kualiti untuk

memastikan a gar gur u-gur u sentiasa

berketrampilan bagi memenuhi aspirasi negara

Malaysia. Justeru itu, salah satu objektif BPG

adalah untuk melahirkan guru permulaan yang

berkualiti. Buku Panduan Program Ijazah Sarjana

Muda Perguruan (PISMP) yang dikeluarkan oleh

BPG (2007) juga telah menggariskan lapan hasil

pembelajaran program. Berdasarkan hasil

pembelajaran yang ke lapan, para lulusan PISMP

berkemampuan menjadi guru sekolah rendah yang

mempraktikkan semangat dan ciri-ciri

keusahawanan dalam mengendalikan kehidupan

seharian.

Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk

mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan dalam

kalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru

Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT). Kajian ini

adalah penting kerana guru pelatih yang dilatih di

institusi perguruan merupakan bakal-bakal guru

yang akan memainkan peranan sebagai pendidik

dalam melahirkan modal insan seperti yang

diharapkan.

Seramai 306 orang guru pelatih telah dipilih

daripada program PISMP dan KPLI untuk

dijadikan sampel kajian, iaitu 129 orang responden

lelaki dan 177 orang responden perempuan

Responden terdiri daripada pelbagai pengkhususan

iaitu Sains, Matematik, Reka Bentuk Teknologi,

Kemahiran Hidup dan Kajian Sosial.

Dapatan kajian menunjukkan, tahap ciri-ciri

keusahawanan dalam kalangan guru pelatih

perempuan adalah tinggi berbanding guru pelatih

lelaki. Ini membuktikan bahawa guru pelatih

perempuan lebih berciri-ciri keusahawanan

berbanding guru pelatih lelaki. Dapatan ini

bertentangan dengan dapatan kajian Nor Azizah

yang mendapati pelajar perempuan mempunyai

ciri-ciri keusahawanan pada tahap yang sederhana.

Namun, kajian Shamsudin (2002) pula mendapati

pelajar perempuan yang dikaji mempunyai ciri-ciri

keusahawanan yang tinggi dengan skor min

keseluruhannya sebanyak 3.94.

Dari segi program pula, kajian ini mendapati,

tahap ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan guru

pelatih program KPLI adalah tinggi manakala

tahap nilai keusahawanan guru pelatih program

PISMP adalah sederhana. Guru pelatih progam

! Muka Surat 19
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

KPLI ini merupakan graduan-graduan daripada

institut pengajian tinggi yang mengikuti proram

pendidikan guru di IPGKPT. Oleh itu, dapatan ini

selari dengan dapatan kajian oleh Tan Wee Liang et

al. (1995) yang mendapati 47% pelajar-pelajar

institusi pengajian tinggi termasuk pokiteknik

mempunyai ciri-ciri ke terhadap penerapan ciri-ciri

keusahawanan. Dapatan kajian ini juga

menyokong kajian oleh Norfadilah (2003) yang

mendapati ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan

pelajar-pelajar institut pengajian tinggi awam

adalah tinggi.

Kajian juga mendapati tahap keusahawanan

guru pelatih pengkhususan Sains lebih tinggi

berbanding guru pelatih pengkhususan yang lain

iaitu sebanyak 33% dan 10%. Dapatan ini

bertentangan dengan dapatan kajian Zaidatul

Akamaliah et. al (1998) yang mendapati pelajarpelajar

aliran sastera menunjukkan minat dalam

keusahawanan berbanding pelajar aliran sains.

Secara keseluruhannya, responden yang dikaji

mempunyai tahap ciri-ciri keusahawanan seperti

bertenaga, berkeyakinan, bertanggungjawab,

pandangan jauh, komitmen kerja dan kreatif &

inovatif yang tinggi. Manakala ciri keusahawanan

berani mengambil risiko dan lokus kawalan

dalaman adalah pada tahap yang sederhana. Ini

bermakna responden yang dikaji kurang yakin

untuk mengambil risiko dan kurang lokus kawalan

dalaman. Dapatan ini selari dengan kajian oleh

Norfadilah (2003) yang mendapati ciri-ciri

keusahawanan dalam kalangan pelajar-pelajar

institut pengajian tinggi awam adalah tinggi bagi

ciri bertenaga, bertanggungjawab, berkeyakinan

diri, berpandangan jauh, komitmen kepada kerja,

kreatif dan inovatif dan lokus kawalan dalaman.

Walau bagaimanapun bagi ciri lokus kawalan

dalaman dalam kajian ini adalah pada tahap

sederhana (min 3.54) yang bertentangan dengan

kajian oleh Norfadilah (2003). Namun begitu,

kajian Norfadilah (2003) dan kajian Stanley (2002)

juga menyokong kajian ini yang mendapati bahawa

mahasiswa masih belum berani mengambil risiko.

Kecenderungan ini membawa beberapa

implikasi kepada sistem pendidikan. Tahap ciriciri

keusahawanan guru pelatih yang tinggi akan

dapat memenuhi kehendak pelanggan (ibu bapa

dan masyarakat) dalam menghasilkan produk

(murid) yang dihasrat oleh FPK. Mereka akan

menjadi aktif, kreatif, seronok, inovatif,

berimaginatif dan dapat merangsang pembelajaran

murid. Mereka diang gap dapat memenuhi

permintaan pelanggan (ibu bapa dan masyarakat)

dan akan berjaya menghasilkan produk (murid)

yang berkualiti. Mereka juga akan boleh

menyesuaikan ilmu dan kemahiran yang didapati

serta menggunakannya di dalam pengurusan bilik

darjah secara berkesan.

Dalam hal ini, institut perguruan di dapati

berkesan dalam melahirkan guru permulaan yang

lengkap. Sifat keusahawanan yang ada pada guru

khususnya akan dapat membantu sekolah mencari

peluang, memberi peluang dan sentiasa berusaha

berdikari untuk berjaya melahirkan graduan

sekolah yang diperlukan negara. Konsep usahawan

sosial boleh diketengahkan sesuai dengan berbagaibagai

cabaran masa kini yang menuntut guru yang

sentiasa kreatif dan inovatif.

Seorang guru yang berjaya perlu mempunyai

ciri -ciri keusahawanan supaya sekolah yang

diterajui mencapai visi, misi dan matlamat yang

ditentukan terutama sekali bagi memastikan

kejayaan murid-murid bukan sahaja dalam

akademik tetapi juga daripada segi sahsiah mereka

supaya bidang pendidikan berjaya melahirkan

modal insan yang diperlukan oleh negara. Guruguru

yang kreatif telah mampu menyumbangkan

perkhidmatan terhadap sektor kerajaan dan swasta

khususnya dari segi pembangunan kaedah baru

dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seperti

yang dinyatakan oleh Chuck Lavaroni (1976).

! Muka Surat 20
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Guru. 2006. Manual Kualiti.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (Februari).

Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan. 1999. Kajian guru sebagai

penyelidik. Kuala Lumpur: Kementerian

Pendidikan Malaysia

Chuck Lavaroni. 1976. The Creative Teacher and

The Intrapreneurial Process http://

www.edentrepreneurs.org/paper.phtml. (muat

turun pada 28 Januari 2010)

Norfadilah Nasrudin. 2003. Aspirasi keusahawanan

di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian

tinggi awam. Projek Sarjana Pendidikan.

UKM.

Shamsuddin Jusoh. 2002. Persepsi guru dan pelajar

sekolah menengah di Kelantan terhadap

penerapan cirri-ciri keusahawanan. Projek

Sarjana Pendidikan. UKM

Stanley, X.S. 2002. Hubungkait cirri-ciri

keusahawanan, IQ dan Ktreativiti di kalangan

pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah

Kebangsaan Jelai (F), Gemas, Negweri

Sembilan. Projek Sarjana Pendidikan. UKM.

Tan Wee Liang, Siew, L.K., Tan, W.H. dan Wong,

S.C. 2005. Entrepreneurial spirit among

tertiary students in Singapore. Journal of

Enterprising Culture. 3(2):211-227

Zaidatul Akamaliah, Lope Pihie dan Habibah Elias.

1998. Keusahawanan dan motivasi diri.

Serdang, Selangor. Penerbit Universiti

Pertanian Malaysia.

Portal Rasmi Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Pendidikan Teknik

URL: http://pendidikguru.org

! Muka Surat 21
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

THINKING MAPS

Oleh:

MUSTAFFAR ABD MAJID

Sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk

memperkembangkan potensi murid sepenuhnya

secara menyelur uh. Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025)

menyenaraikan aspirasi terhadap pelajar yang

merangkumi enam elemen (Rajah 1) iaitu

pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran

memimpin, kemahiran dwibahasa, etika &

kerohanian, dan identiti nasional.

Aspirasi ini perlu direalisasikan oleh oleh guru

melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah untuk meningkatkan kemahiran

berfikir aras tinggi (HOTS) dalam kalangan pelajar.

Kompetensi guru dalam konteks ini perlu

ditingkatkan melalui program up-skilling latihan

dalam perkhidmatan. Sementara pendidikan guru

di Institut Pendidikan Guru (IPG) hendaklah

mengambil langkah proaktif melengkapkan

kompetensi bakal guru dengan kemahiran yang

perlukan untuk mengaplikasi HOTS dalam P&P.

Linda Darling-Hammond (2010) menyarankan

supaya guru menggunakan alat seperti Thinking

Maps untuk meningkatkan kualiti pengajaran

seterusnya meningkat kemahiran berfikir aras

tinggi dalam kalangan pelajar.

Thinking Maps

Menurut David N. Hyerle dan Larry Alper

(2011), Thinking Maps merupakan bahasa untuk

berfikir dan berkomunikasi melalui lapan alat visual

berasaskan lapan proses kognitif ba gi

menggerakkan pelajar ke arah pemikiran yang

mendalam secara kolaboratif. Thinking Maps

adalah bahasa corak sebagaimana di dalam semua

bahasa (kecuali bahasa percakapan) berasaskan

corak seperti nombor (0-9) dalam matematik, abjad

(a-z) dalam tulisan dan not muzik. Corak dalam

bahasa tersebut digabungkan untuk mewakili idea,

emosi, hujah dan karya seni.

Ahli psikologi, pakar kognitif dan pendidik

telah menjalankan banyak kajian terhadap lapan

proses kognitif asas seperti yang dikenal pasti oleh

Jean Piaget sebagai operasi mental seperti

membanding beza, mengkategori, urutan, sebabakibat

dan keseluruhan-bahagian. Proses kognitif

tersebut digunakan secara berasingan atau

cabungan semasa kita melakukan asimilasi dan

akomodasi kandungan dan konsep baharu. Begitu

juga kita gunakan untuk memindahkan pemikiran

konkrit ke abstrak (sila rujuk Rajah 2).

Suasana IPG Kampus Pendidikan

Teknik ... di awal pagi

! Muka Surat 22
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

Penerangan Thinking Maps

! Muka Surat 23
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

Kajian kes tentang penggunaan Thinking Maps

di negara maju seperti Amerika Syarikat atau di

negara mundur Ethiophia menunjukkan

peningkatan terhadap kemahiran berfikir aras

tinggi dan pencapaian akademik pelajar. Ini berlaku

disebabkan guru dan pelajar menggunakan

Thinking Maps secara koheren dan saling

bergantungan dalam proses berfikir sehingga

menjadikannya sebagai bahasa visual untuk

pengajaran dan pembelajaran.

Bibliografi:

Darling-Hammond, L. (2010). The flat world and

education. New York: Teachers College Press.

Hyerle, D. & Alper, L. (2011). Student Successes

With Thinking Maps: Student Successes With

Thinking Maps (2nd. Edition). SAGE

Publications

Ingat Dua Perkara:

INGAT DUA PERKARA, LUPA DUA PERKARA

Kebaikkan, jasa dan budi orang kepada kita perlu diingat selalu dan sekiranya berpeluang maka

eloklah disebut-sebut dan dibalas walaupun balasan itu tidak setimpal. Orang yang paling banyak

budinya kepada kita ialah ibubapa. Ingat tu, ingatan tu akan melahirkan rasa berterima kasih dan

menghargai, lalu eratlah tautan antara hati-hati, lebih-lebih lagi kita perlu ingat dan mensyukuri segala

nikmat kurnia Allah kepada kita yang tidak terhingga banyaknya.

Kesalahan kita kepada orang lain hendaklah sentiasa kita ingat dan kita minta maaf daripadanya

terutama ibubapa. Ingat selalu tentang kesalahan diri agar kesalahan itu tidak diulangi. Itu kesalahan kita

terhadap manusia. Lebih-lebih lagi kita perlu ingat dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah.

Iringilah dosa-dosa itu dengan taubat. Kekalkan rasa berdosa itu supaya kita terhindar daripada

melakukan dosa-dosa lain, sementara hati kita sentiasa takut dan berharap Allah mengampunkan dosadosa

kita.

Lupa Dua Perkara:

Lupakan segala budi jasa dan kebaikan kita kepada orang lain terutama kebaikan kita kepada kedua

ibubapa. Jangan diungkit-ungkit dan dikenang-kenang. Kembalikan segala kebaikan yang kita buat

kepada Allah. Rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepada orang lebih-lebih lagi

melupakan segala amal ibadah yang telah kita buat kepada Allah, jangan diungkit-ungkit atau dikenangkenang.

Lupakan kejahatan orang lain terhadap diri kita. Anggaplah seolah-olah tidak ada sesiapa yang

bersalah pada kita supaya tidak tercetus rasa marah atau dendam terhadap orang lain. Lebih-lebih lagi

hendaklah kita lupakan segala kesusahan dan ujian, musibah atau malapetaka yang Allah timpakan

kepada kita seperti sakit, kematian, kerugian, kemalangan dan kegagalan.

Petikan daripada http://iskandar-muslim.blogspot.com

(pada 10 Mei 2013)

! Muka Surat 24
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

ULASAN BUKU

Nama Buku:

Morison, G.S.(2011). Early Childhood Education Today (12th Ed). New Jersey: Pearson Education,

Inc. (Pp xxv - 573, ISBN 13-978-0-13-292684-30)

Oleh:

JENNIFER WEE BENG NEO, Ph.D

Early Childhood Education Today is a

comprehensive text in the field of early childhood

education. There are 17 chapters in this book,

organized into five parts, giving it substantial range

and scope - from foundations : history and theories

to programs and services for children and families

and meeting the needs of young children. These

chapters are presented according to National

Association for the Education of Young Children

( NAEYC) Standards.

Part One consists of Chapter 1 to 3 which

expose the readers to the professional

development, current issues and public policy and

observation and assessment for teaching and

learning. The chapters provide readers with a

holistic view on the professional practice and early

childhood practices and programs.

Part Two consists of Chapter 4 which outlines

the history and historical figures in early childhood

education. Chapter 5 describes the various

theories of learning and development to enable

readers to have a complete understanding of the

theories and the applications to the teaching and

learning which form the foundations for the

practice.

Part Three examines the various programs and

services for the children and the families. Chapter

6 and 7 discuss the various early child education

models and approaches and the applications into

practice in meeting the needs of the children and

families so as to produce quality programs.

Chapter 8 outlines the federal government

initiatives in supporting children’s success in the

various programs.

Part Four comprised of Chapters 9 to 13 which

focus on teaching young children – linking

development and learning. These chapters

emphasis on the foundation years of learning from

infants and toddlers until the children’s primary

years in preparation for lifelong learning and

success. The integration of technology in the early

childhood education programs are also highlighted.

I find these chapters particularly engaging in

understanding the holistic development of the

children, coupled with the application of the

learning theories accordingly to the development

of the young children.

Part Five focus on meeting the special needs of

the young children. Chapter 14 to 16 discuss on

the importance of guiding children, including

children with diverse needs to become responsible

learners. Chapter 17 outlines building partnerships

via parent, family and community involvement.

In conclusion, this book is a comprehensive

and interesting text and the author has presented

it well to add to the existing resources on early

childhood education.

! Muka Surat 25
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

REFLEKSI DAN PENGAJARAN

Oleh:

HALIZA BINTI HAMZAH

Guru atau pendidik kaya dengan pengalaman

mengajar . Ia sentiasa menjadi bahan cerita dengan

rakan sejawat dan masyarakat luar. Tetapi kadangkadang

pengalaman itu hanya menjadi sekadar

bualan kosong dan cerita biasa. Sekiranya ada isu

yang menonjol ia menjadi topik perbualan hanya

untuk mengetahui apa yang berlaku dan apa

kesudahannya. Walaupun sebenarnya pengalaman

atau isu tersebut jika dikupas kembali boleh

menjadi satu catatan yang boleh membantu

meningkatkan profesionalisme guru.

Rata-rata guru apabila ditanya tentang

pengajaran semasa, “Bagaimana kelas cikgu tadi?”.

Jawapan yang selalu kita dengar : “ Ok, kelas saya

tadi berjalan lancar, cuma ada beberapa orang

murid nakal, tapi biasalah tu” atau “Penat mengajar,

budak-budak tak faham juga” atau “Biasalah.. asal

sukatan habis”. Jawapan-jawapan begini hanya

berhenti setakat itu. Kalau ada susulan mungkin

terhadap isu-isu yang agak ketara. Kadang-kadang

ada proses pengajaran yang dijalankan dengan

sangat baik tetapi tidak dijadikan perkongsiaan

pengalaman. Ada juga isu pengajaran yang berlalu

begitu sahaja dengan tiada penyelesaian. Keadaan

begini merugikan guru dan murid. Pengalaman

pengajaran dan isu-isu yang timbul semasa

pengajaran dan pembelajaran sepatutnya dijadikan

asas untuk membaiki kualiti kerja guru.

Refleksi pengajaran sebenarnya adalah

merupakan sebahagian daripada proses pengajaran.

Ramai pendidik yang menganggap penilaian adalah

merupakan proses terakhir dalam pengajaran. Ada

juga pendidik yang hanya sampai ditahap

pelaksanaan sahaja. Agak menyedihkan kalau ada

pendidik yang proses pengajarannya di peringkat

melaksanakan sahaja. Rajah di bawah merupakan

proses pengajaran yang perlu di jalankan oleh

seorang pendidik

Refleksi membantu pendidik, melihat semula

apa yang telah dilakukan di dalam bilik darjah. Ia

bukan sekadar luahan rasa atau pernyataan biasa.

Refleksi membantu pendidik memikirkan tentang

pengajaran yang telah dilaksanakan. Ia membantu

guru meneroka proses tersebut. Apabila ia

melibatkan pemikiran, persoalan akan timbul.

Kenapa pengajaran tadi berlaku sebegitu? Kenapa

murid masih tidak faham? Adakah kaedah yang

dipilih tidak sesuai atau isi kandungan tidak

disusun dengan baik?

Refleksi adalah merupakan proses pemerhatian

dan penilaian kendiri. Pendidik apabila membuat

refleksi akan mula mengumpul maklumat dan

membuat pemerhatian. Mereka akan mula peka

dengan apa yang berlaku di dalam bilik darjah atau

semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Seterusnya mereka akan mula menganalisa dan

menilai. “ Kaedah inikah yang terbaik atau ada

kaedah lain yang boleh meningkatkan kefahaman

murid?” atau “Cara pengendalian aktiviti kumpulan

semalam salah, sepatutnya murid diberitahu

dengan jelas apa yang perlu dilakukan, barulah

murid tidak bising dan tidak fokus”. Semua ini

membantu guru meneroka pengajaran sendiri.

Melihat semula amalan. Mengkaji kelemahan dan

meneguhkan kekuatan. Ini akan membawa kepada

perubahan dan peningkatan kualiti pengajaran.

Refleksi pengajaran memerlukan proses yang

sistematik. Guru perlu mengumpulkan semua

maklumat berdasarkan proses pengajaran.

Maklumat ini perlu direkod. Berdasarkan rekod,

guru menganalisa secara kritis dan kreatif proses

yang telah berlaku. Hasilnya mesti melibatkan

perubahan. Refleksi tidak semestinya ke atas isu

sahaja. Ia boleh merupakan pengalaman pengajaran

yang terbaik atau pencapaian matlamat.

! Muka Surat 26
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

Contohnya, sekiranya pengajaran berjalan

lancar dan mencapai matlamat, guru boleh fikirkan

mengapa dan apakah yang menyumbang kepada

keberkesanan pengajaran tersebut. Catatan itu

kelak boleh dikongsikan dengan guru lain atau

menjadi penanda aras untuk pengajaran akan

datang. Sekiranya murid kurang faham tentang

sesuatu yang diajar, fikirkan apa yang telah kita ajar,

strategi/ kaedah yang diguna? Isi kandungan yang

tidak sama dengan aras kebolehan murid atau cara

komunikasi guru yang tidak sesuai?. Atau sekiranya

murid menunjukkan masalah tingkahlaku semasa

guru sedang mengajar, guru buat refleksi, apakah

yang mereka lakukan? Kenapa mereka lakukan?

Adakah motif-motif tertentu seperti untuk

mengambil perhatian guru atau bosan dengan

pengajaran guru? Sebenarnya banyak perkara yang

berlaku semasa proses pengajaran guru. Guru yang

celik ilmu akan sentiasa memerhati, mengkaji

supaya proses pengajaran yang akan datang adalah

lebih baik dan dapat meningkatkan kualiti hasli

pembelajaran yang dikehendaki.

Memulakan proses membuat refleksi

Memulakan sesuatu yang bukan menjadi

kebiasaan boleh menjadi sesuatu yang sukar. Guru

boleh memulakan proses ini dengan bertindak ke

atas sesuatu masalah yang timbul di dalam bilik

darjah. Guru juga boleh memulakan proses refleksi

dengan memberikan perhatian ke atas pengajaran

yang dilakukan. Sebagai contoh : cara guru

memberi arahan, kaedah yang digunakan untuk

mengajar topik-topik tertentu, intonasi suara guru,

cara guru mengawal kelas, cara penilaian sesuatu

topik dan lain-lain lagi. Seperti yang dinyatakan di

atas, pengumpulan maklumat adalah langkah

pertama dalam proses membuat refleksi. Maklumat

ini perlu direkodkan untuk menyenangkan analisis

dilakukan.

Cara merekodkan maklumat pengajaran boleh

bermula secara tidak formal. Cara yang paling

sesuai adalah dengan menulis diari pengajaran.

Jadikan kebiasaan untuk mencatatkan semua yang

berlaku semasa pengajaran terutama yang menarik

perhatian guru. Ia boleh dibuat dalam bentuk

elektronik mahupun tradisional, mengikut

keselesaan guru. Kaitkan peristiwa yang berlaku

dengan perasaan guru dan persoalan yang timbul

berdasarkan peristiwa tersebut. Selain daripada itu,

guru juga boleh mempelawa rakan sejawat untuk

membuat pemerhatian ke atas pengajarannya. Ia

boleh berlaku secara tidak formal. Minta rakan

untuk melihat bahagian tertentu dalam pengajaran

atau isu tertentu yang telah dikenalpasti. Sebagai

contoh, guru merasakan interaksi dan komunikasi

beliau dengan murid perlu diperbaiki. Melalui

pemerhatian rakan sejawat, ia boleh menjadi

maklumbalas yang berguna untuk membaiki

keadaan tersebut. Guru juga boleh merekod

pengajaran atau situasi yang dialami. Dengan

kemudahan ICT sekarang, merekod situasi di

dalam bilik darjah boleh dijalankan oleh guru

sendiri. Guru boleh merekod corak interaksi murid

di dalam bilik darjah untuk melihat pola sosialisasi

murid. Guru boleh merekod cara murid berbincang

dalam aktiviti berkumpulan untuk melihat

keberkesanannya. Seter usnya, gur u boleh

mendapatkan maklum balas daripada klien utama

guru iaitu murid. Galakkan mereka dari semasa ke

semasa untuk memberi pandangan kepada apa yang

berlaku di dalam bilik darjah. Maklumbalas mereka

boleh berdasarkan soalan-soalan tertentu

berdasarkan isu yang guru ingin beri perhatian.

Maklumbalas murid juga boleh merupakan satu

kebiasaan yang santai seperti surat atau emel

kepada guru. Walaubagaimana pun guru perlu

menekankan fokus maklumbalas. Ia perlu

tertumpu kepada aspek yang tertentu.

Contoh: “Ba gaimana kamu rasa cikgu

mengawal kelas?. Adakah cikgu terlalu tegas dan

kamu rasa terkongkong dan takut?”

! Setelah guru mendapat semua

maklumat dan maklumbalas yang diperlukan, guru

boleh meneruskan proses berikut :

1. Berdasarkan semua maklumat tersebut, cari

pola atau paten yang timbul melalui rekod,

pemerhatian, penulisan atau maklumbalas

murid dan rakan sejawat. Contoh : terdapat

paten yang jelas di mana cara penyoalan guru

kurang jelas dan tidak fokus. Guru juga

mungkin sedar perkara yang tidak diberi

perhatian sebelum ini. Contoh : guru jarang

memanggil beberapa orang murid untuk

menjawab soalan atau guru jarang memberi

peneguhan di dalam bilik darjah.

! Muka Surat 27
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

2. Berbual atau berinteraksi dengan rakan

sejawat atau rakan lain tentang apa yang guru

dapati melalui proses tadi. Daripada interaksi

ini, boleh membantu guru mendapatkan idea

atau pandangan yang berlainan tentang

sesuatu isu atau situasi. Contoh : guru

merasakan kaedah tertentu adalah

merupakan cara terbaik untuk mengajar

sesuatu topik, tetapi hasi daripada perbualan

guru, ada kaedah lain yang boleh dicuba.

3. Sekiranya ada rakan sejawat yang juga

menggunakan refleksi untuk meningkatkan

kualiti pengajaran mereka, guru boleh

mengadakan kumpulan khas yang saling

berbincang tentang isu yang ditemui. Guru

juga boleh menggunakan pernyataan tentang

perkara tertentu sebagai asas perbincangan.

Contoh : Pengajaran secara konstuktivisme

hanya sesuai untuk dijalankan bagi topik

perimeter dan luas atau sistem token boleh

digunakan dengan berkesan untuk

membentuk tingkahlaku murid semasa

gerakerja kumpulan. Pernyataan itu boleh

dijadikan topik perbincangan atau

perbahasan. Hasilnya akan memberi

pandangan baharu terhadap pernyataan yang

dikemukakan. Medium perbincangan boleh

dipelbagai, ia boleh jadi secara formal atau

boleh juga dijalankan secara maya.

4. Baca dan cari rujukan tambahan. Melalui

rekod dan perbincangan, guru mungkin perlu

bacaan tambahan untuk mengupas isu-isu

tertentu. Pada zaman ledakan teknologi,

maklumat senang dicari. Selain daripada buku

r ujukan di perpustakaan, gur u boleh

membaca melalui laman-laman web yang

sahih. Jurnal-jurnal dan artikel-artikel juga

boleh didapati melalui internet untuk

membantu guru melihat pandangan dan

kajian orang lain terhadap isu yang sama. Ia

meluaskan skop pemikiran guru dan boleh

membantu guru meneroka cara penyelesaian

baru terhadap isu yang timbul.

5. Bersoal jawab dengan mereka yang lebih

berpengetahuan. Melalui internet guru boleh

berhubung dengan pendidik yang lebih

berpengalaman atau pakar dalam bidangbidang

tertentu. Dapatkan pandangan

mereka tentang isu yang berlaku disamping

utarakan juga pendapat sendiri. Jadikan ia

sebagai satu wadah untuk percambahan ilmu.

Selain daripada itu, pandangan daripada guru

yang berpengalaman dan pentadbir di sekolah

sendiri boleh juga membantu guru untuk

mendapat idea.

Kesemua cadangan di atas adalah untuk

membantu guru mengupas isu atau situasi yang

telah dikenalpasti. Guru boleh menggunakan idea,

pandangan dan pendapat yang didapati melalui

saluran-saluran di atas untuk disesuaikan dengan

isu yang dihadapi. Guru perlu menganalisa secara

kritis dan kreatif. Saluran-saluran di atas adalah

sebahagian daripada penerokaan guru untuk

mendapatkan penyelesaian yang terbaik terhadap

isu yang dihadapi. Garapan daripada penerokaan

guru boleh menghasilkan satu inovasi baharu

terhadap isu yang guru hadapi. Ia boleh dijadikan

satu bentuk kajian tindakan yang boleh

dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran seterusnya.

Kesimpulan

Refleksi pengajaran adalah merupakan proses

yang berbentuk kitaran. Apabila guru memulakan

proses tersebut gur u akan mencari

penyelesaiannya. Guru akan mengaplikasikan

penyelesaian tersebut di dalam bilik darjah.

Daripada aplikasi ini mungkin akan timbul isu

baharu dan proses itu akan bermula semula.

Kitaran ini lah yang menjadikan pengajaran guru

sesuatu yang berbentuk dinamik dan sentiasa

berubah. Murid dan guru akan mendapat manfaat

di mana proses pengajaran dan pembelajaran bukan

lagi merupakan satu proses yang statik dan dapat

diduga. Hasil daripada refleksi guru, ada perubahan

dalam kaedah pengajaran, ada perubahan dari segi

kawalan murid dan ada perubahan dari segi

penilaian dan perancangan guru. Ia juga boleh

membantu guru mengenalpasti cara yang terbaik

untuk mengajar sesuatu topik atau alternatif lain

yang boleh digunakan untuk meningkatkan

kefahaman murid tentang topik yang diajar.

Seterusnya hasil ini dikongsi dengan masyarakat

gur u yang lain. Inilah yang dikatakan

perkembangan profesionalisme guru telah

terbentuk.

! Muka Surat 28
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

RUJUKAN

Bolton, G.E.J. (2010) Reflective Practice : Writing

and Professional Development. Third Edition.

London : Paul Chapman Publishers

Hardbattle, D., Fisher, K. and Chalk, P. (2009)

Engaging First Year Programming Students in

Reflective Practice by Means of an Online

Interactive Learning Object. International

Blended Learning Conference, Universitty of

Hertfordshire.

www.studynet2.herts.ac.uk/

hhtp://

Lea, S. and Correy, D. (2009) The Writing Project :

Bridging the gap into undergraduate study.

http://www.heacademy.ac.uk/

Tuson, J. (2009) Encouraging Reflective Writing

with International Students. http://

www.heacademy.ac.uk/

SEBELAS ANJAKAN UNTUK TRANSFORMASI SISTEM

........ Sambungan di Halaman 28

! Muka Surat 29
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN GURU

Oleh:

JOY NESAMALAR SAMUEL

Penghijrahan manusia dari zaman dahulu

sehingga kini telah membawa kepada kepelbagaian

etnik, agama dan bahasa dalam lanskap sesetengah

negara dan Malaysia tidak terkecuali daripada

fenomena ini. Pergerakan manusia ini telah

membawa kepada transformasi dalam komposisi

masyarakat di Malaysia. Pemerhatian ke atas

warga Malaysia menunjukkan bahawa kita tidak

boleh memberi satu set ciri fizikal yang boleh

dijelaskan sebagai profil warga Malaysia. Ini kerana

bangsa Malaysia merupakan adunan yang terdiri

daripada kaum Melayu, Cina, India dan beberapa

kaum lain seperti Kadazan, Murut, Bajau, Dayak,

Iban, Sri Lanka, Serani, Baba Cina dan Arab. Kini,

lanskap kepelbagaian kaum Malaysia diwarnai lagi

dengan kehadiran pekerja-pekerja asing daripada

negara-negara seperti Indonesia, Filipina, India,

China, Bangladesh, Myanmar, Cambodia, Pakistan

dan Sri Lanka. Ramai dikalangan pekerja asing ini

telah menjadikan Malaysia sebagai tempat tinggal

tetap dan anak-anak mereka mendapat peluang

pendidikan di sekolah. Komuniti daripada

masyarakat pelbagai kaum ini mempunyai

kepercayaan, amalan serta bahasa yang berbeza

namun hidup bersama sebagai jiran dan dalam masa

yang sama, mengekalkan identiti masing-masing.

Budaya boleh dijelaskan seba gai satu

himpunan pengetahuan, ide, pengalaman,

kepercayaan, nilai, sikap, amalan, agama, tingkah

laku, peraturan, objek dan kepunyaan yang

diperolehi dan diperturunkan daripada satu

generasi kepada generasi berikutnya. Menurut

Hall (1976), budaya seseorang boleh kelihatan

secara nyata (misalnya melalui pergerakan tubuh

badan, simbol, pakaian, makanan) ataupun secara

tidak nyata (misalnya melalui cara berfikir dan cara

menyelesaikan masalah). Ini bermaksud, terdapat

dua dimensi penting yang mendefinisikan cara

budaya mempengaruhi kehidupan seseorang.

Dimensi yang pertama merujuk kepada yang nyata

atau kebendaan seperti cara pemakaian,

pertuturan, makanan yang digemari dan juga cara

menghias rumah. Dimensi kedua pula merujuk

kepada yang tidak nyata ataupun terselindung dan

ia diperlihatkan melalui tingkah laku seseorang,

dimana sikap, perasaan dan nilai muncul. Sikap,

perasaan dan nilai yang ditunjukkan berakar umbi

dalam budaya individu tersebut misalnya reaksi

emosi terhadap sesuatu peristiwa ataupun cara

menyambut tetamu di rumah. Samada nyata atau

tidak, budaya menyediakan satu struktur atau

skema yang diketahui oleh ahli atau pengamal

budaya tersebut. Str uktur atau skema ini

mempunyai peraturan, nilai, kepercayaan dan

prinsip yang diikuti oleh ahli-ahlinya. Walaupun

sesuatu peraturan dalam satu-satu budaya mungkin

kelihatan tidak masuk akal kepada orang lain,

tetapi ia amat logikal kepada ahli budaya tersebut.

Dan apabila peraturan ini diamal dan dipatuhi, ia

memberi satu identiti kepada ahli dan kumpulan

tersebut. Identiti ini mempengaruhi cara mereka

melihat dan menginterpretasi persekitaran dan

dunia. Oleh yang demikian, murid daripada satu

budaya akan melihat persekitaran dengan caranya

tersendiri. Dalam masa yang sama, guru yang

mengamal budaya yang lain juga mungkin akan

menterjemah persekitaran dengan cara yang

berbeza daripada anak murid mereka. Perbezaan

interpretasi ini boleh menjadi sumber

ketidakpuasan serta kegagalan dalam sistem

pendidikan di Malaysia sekiranya guru tidak

mampu menyediakan suasana pembelajaran yang

memperakui kewujudan kepelbagaian budaya dan

etnik dalam bilik darjah beliau.

Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat

majmuk ini telah memperkaya kehidupan rakyat di

Malaysia kerana ia memberi peluang pengalaman

budaya yang berbeza. Kumpulan etnik yang

pelbagai di negara ini telah membawa bersama

mereka pengetahuan daripada negara asal melalui

bahasa, tradisi, adat resam dan juga cerita rakyat.

Seseorang guru dapat melihat kepelbagaian ini

dalam bilik darjah beliau melalui makanan yang

dibawa ke sekolah, perkataan atau frasa yang

digunakan oleh kanak-kanak ini, ide tentang

hubungan sosial dan kekeluargaan, perayaan serta

fesyen kegemaran kanak-kanak tersebut. Para guru

tidak seharusnya merasa tergugat malah melihat

kepelbagaian ini sebagai satu cabaran dan juga

peluang untuk menghadapi perbezaan yang wujud

dalam bilik darjah mereka. Keupayaan guru

! Muka Surat 30
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

merentas jurang serta membina jambatan antara

pelbagai etnik dan budaya dalam sesuatu bilik

darjah boleh membantu memberi peluang

pendidikan yang sama kepada semua murid. Harus

dijelaskan disini bahawa peluang pendidikan yang

sama tidak bererti memberi layanan yang sama

kepada semua individu. Sebaliknya, peluang

pendidikan yang sama bermaksud melayan setiap

individu dengan cara berbeza agar mereka

mempunyai peluang sama untuk memaksimumkan

potensi dalam diri mereka.

Pendidikan kepelbagaian budaya merupakan

satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

kompleks dan ia melibatkan peluang saksama

dalam bilik darjah dan sekolah, transformasi

kurikulum, proses ke arah kecekapan budaya dan

komitmen terhadap keadilan sosial (Bennett, 2011).

Dalam sesebuah negara yang sedang membangun

dan berbilang kaum seperti Malaysia, pendidikan

kepelbagaian budaya amat releven khususnya bagi

mencapai kecemerlangan akademik dan peluang

pendidikan yang saksama. Potensi murid yang

tidak dapat dikembangkan akibat situasi sosial

ataupun amalan sekolah merupakan satu kerugian

kepada masyarakat dan negara. Perhitungan

kerugian kumulatif ini akan memperlihatkan

kehilangan para saintis, doktor, pengkaji, pendidik,

ahli perniagaan yang berupaya meningkatkan

Malaysia setaraf dengan negara maju yang lain.

Keperihatinan ini bukan sahaja terhad kepada

murid yang berpotensi malah ia juga melihat

kepada kepercayaan bahawa semua murid

mempunyai kapasiti untuk mencapai

kecemerlangan. Ini selaras dengan rancangan

Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu “setiap

murid mempunyai potensi untuk berjaya” dalam

inisiatif strategik bagi tumpuan pendidikan

2011-2020.

Usaha ke arah pendidikan yang saksama dalam

persekitaran yang terdiri daripada pelbagai budaya

memerlukan guru yang budaya kompeten dalam

pengajaran. Guru seperti ini mempunyai keupayaan

untuk melihat perbezaan yang wujud dalam bilik

darjah beliau sebagai aset. Beliau akan berupaya

menyediakan persekitaran pembelajaran dimana

bahasa, warisan budaya muridnya diberi nilai dan

dihargai. Amalan kesepaduan pengetahuan yang

menjurus kepada penggunaan contoh, data,

maklumat dan visual daripada pelbagai budaya

dilaksanakan semasa menjelaskan konsep atau

teori dalam sesuatu topik. Gur u boleh

menggunakan pelbagai gaya pengajaran yang sejajar

dengan gaya pembelajaran murid dari kumpulan

budaya dan etnik tersebut. Jika guru hendak

meningkatkan peluang pembelajaran untuk semua

murid maka beliau perlu mempunyai pengetahuan

sosial dan budaya dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran. Ini kerana, walaupun budaya bukan

satu-satunya pengaruh dalam kehidupan murid,

namun wujud tingkahlaku yang berkait rapat

dengan budaya sesuatu kumpulan etnik (Au, 1979).

Seseorang guru yang efektif juga akan sedar tentang

latarbelakang serta budaya kumpulan etnik

muridnya dan berupaya menterjemah pengetahuan

tersebut kepada pengajaran yang berkesan (Gay,

2000). Seterusnya, guru juga memainkan peranan

dalam mengurangkan sikap prejudis dalam

kalangan muridnya melalui strategi yang mampu

membina sikap positif terhadap etnik dan budaya

yang berbeza. Ini dapat dilaksanakan melalui

penggunaan bahan pengajaran yang memaparkan

imej kumpulan etnik dan budaya lain secara

konsisten dan bersepadu. Disamping itu,

penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran

koperatif dengan murid lain turut membantu

membina sikap serta tingkah laku positif terhadap

etnik dan budaya yang berbeza.

Interaksi, komunikasi, penerimaan, saling

hormat menhormati adalah antara ramuan yang

penting dalam sesebuah masyarakat yang berbilang

kaum. Individu yang melibatkan diri dalam

kepelbagaian sesuatu budaya akan memperoleh

manfaat dan menikmati pengalaman menyeluruh

kemanusiaan. Sebaliknya, individu yang hanya

mengetahui dunia daripada perspektif pengalaman

budaya dan etnik tersendiri menafikan dirinya

daripada mendapat pengalaman kemanusiaan yang

menyeluruh. Mereka adalah individu yang

terkurung dalam budaya dan etnik tersendiri dan

akibatnya tidak dapat memahami budayanya

sendiri dengan sepenuhnya. Ini kerana kita hanya

boleh memahami budaya sendiri dengan jelas

apabila kita berupaya melihatnya daripada

perspektif kumpulan etnik dan budaya yang lain

(Banks, 2002). Misalnya, seekor ikan tidak akan

dapat menghargai keunikan persekitarannya kerana

dia tidak boleh mengamati dunianya daripada luar

akuarium di mana dia berada. Justeru, seseorang

pendidik yang berhadapan dengan murid daripada

pelbagai budaya harus memahami budayanya

sendiri dan juga budaya muridnya. Kefahaman ini

akan membantu guru mengetahui beberapa

perkara tentang dirinya sendiri dan juga anak

muridnya misalnya tingkah laku, pengertian

terhadap realiti serta apakah yang dilihat sebagai

kebenaran (Bennett, 2011).

! Muka Surat 31
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

Ini secara tidak langsung membantu guru mengelak

daripada memberi penjelasan bersifat etnosentrik

berkaitan tingkah laku anak muridnya. Justeru,

guru akan mempunyai kesedaran tentang jangkaan

beliau dan tidak menterjemah tingkah laku murid

dari sudut kaca mata budaya guru tersebut.

Disamping itu, guru seharusnya menerima

hakikat bahawa budaya sedikit sebanyak

mempunyai peranan dalam membentuk tingkah

laku, nilai dan mempunyai impak ke atas

pendidikan muridnya. Guru juga perlu sedar

bahawa kefahaman konsep murid tentang perkara

seperti keluarga atau komuniti mungkin berbeza

bagi kumpulan etnik dan budaya yang berlainan.

Oleh itu guru perlu menghormati pilihan murid

serta keunikan dalam kepercayaan dan amalan

murid tersebut. Seorang guru harus mempunyai

sikap ‘colour blind’ , sensitif dan elak daripada

mendiskriminasi atau ‘stereotyping’ muridnya.

Dalam dunia tanpa sempadan, manusia perlu

mengetahui cara hidup bersama bagi mengekalkan

kedamaian dan kesejahteraan sejagat. Kejahilan

terhadap isu-isu global adalah tidak sihat dalam

sebuah dunia yang semakin kecil dan dimana

manusia saling bergantungan sesama sendiri.

Kefahaman serta penerimaan budaya yang berbeza

bermula di sekolah, dan guru boleh menggunakan

bilik darjahnya untuk menjadi medan menyemai

dan membina hubungan antara kumpulan budaya

dan etnik yang berbeza, justeru merealisasikan

aspirasi 1Malaysia yang menekankan sikap

penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum

dalam teras perpaduannya.

SEBELAS ANJAKAN UNTUK TRANSFORMASI SISTEM

! Muka Surat 32
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

KESAN KAUNSELING KELOMPOK PENDEKATAN KOGNITIF TINGKAHLAKU

TERHADAP KEBIMBANGAN SOSIAL REMAJA

Oleh:

MAHZAM BINTI MOHD SAAD

Kebimbangan sosial merupakan ketakutan

kepada penilaian negatif atau diperhatikan oleh

orang lain di dalam sesuatu situasi sosial (Albano &

Detweiller, 2001) apalagi di dalam sesuatu situasi

sosial yang baharu. Mempunyai perasaan takut dan

bimbang adalah sesuatu yang biasa bagi kanakkanak

dan remaja (Muris, Merckelbach, Gadet, &

Moulaert, 2000). Salah satu kebimbangan yang

sering dialami remaja adalah kebimbangan sosial.

Kebimbangan sosial adalah suatu masalah psikologi

yang kini tersebar secara meluas dalam kalangan

remaja (Lipsitz & Scheneier, 2002). Kebimbangan

sosial perlu diberi perhatian supaya tidak menjadi

serius. Banyak kajian di barat telah menyelidik

impak negatif kebimbangan sosial yang serius.

Bagaimana pun di Malaysia masalah kebimbangan

sosial tidak begitu diberi perhatian malah kajian

tentang perkara ini juga amat terhad. Mungkin

ramai yang menganggap mempunyai perasaan

bimbang di dalam situasi sosial adalah perkara biasa

lebih-lebih lagi dalam masyarakat kita yang

menganggap rasa bimbang tersebut sebagai sifat

malu yang menunjukkan kesopanan.

Kajian juga menunjukkan kebimbangan sosial

yang serius merupakan salah satu daripada masalah

kebimbangan yang paling biasa berlaku dengan

kadar kekerapan di sepanjang kehidupan antara

10% hingga 15% (Ballenger, Davidson, Lecrubier,

Nutt, Bobes, Biedel, Ono & Westernberg, 1998). Ia

juga penting terutamanya semasa remaja. Dalam

kalangan remaja dan awal dewasa kelaziman

berlaku kebimbangan sosial semasa tempoh

perkembangan dianggarkan antara 5% bagi lelaki

dan 10% bagi perempuan dari sampel remaja dan

awal dewasa yang berumur antara 14 - 24 tahun

(Wittchen, Stein & Kessler, 1999). Ini

menggambarkan bahawa kebimbangan sosial

memberi kesan kepada sejumlah populasi yang agak

signifikan. Kebimbangan sosial perlu diberi

perhatian terutama semasa remaja supaya masalah

ini tidak menjadi serius memandangkan banyak

kesan negatif yang dikaitkan dengan masalah ini.

Hasil tinjauan kajian juga menunjukkan

wujudnya perkaitan antara kebimbangan sosial

dengan pelbagai masalah tingkah laku dalam

kalangan remaja. Antara masalah tingkah laku yang

dikaitkan dengan kebimbangan sosial ialah

penyalahgunaan dadah (McKeon, 2005; Lewis &

O’Neil, 2000), pengasingan sosial (Albano &

Detweiller, 2001) serta cubaan bunuh diri (Fehm,

Pelissolo, Furmark & Wittchen,2005). Terdapat

juga remaja yang mengelak diri dari sitausi sosial

melakukan tindakan seperti membunuh diri. Di

samping itu kajian juga menunjukkan terdapat

hubung kait antara kebimbangan sosial yang serius

dengan pelbagai masalah lain seperti depresi atau

kemurungan (Velting & Albano, 2001). Malah

kebimbangan sosial dikatakan sebagai faktor

penyebab wujudnya depresi atau petanda awal

depresi yang serius semasa remaja. Selain daripada

itu kebimbangan sosial yang dialami remaja

mempunyai hubungan dengan masalah jangka

panjang dari segi pendidikan, pekerjaan,

perhubungan sosial dan ketidakfungsian semasa

dewasa (Velting & Albano, 2001)

Di Malaysia, masalah tingkahlaku yang

berkaitan dengan kebimbangan sosial seperti

pengasingan sosial, masalah penyalahgunaan dadah,

ponteng sekolah, pencapaian akademik yang

rendah dan sebagainya sering menjadi isu yang

menjadi perhatian semua pihak. Laporan akhbar

Utusan Malaysia 17 Julai (2004) menunjukkan

seorang pelajar membunuh diri kerana rasa terasing

dan terpinggir akibat tidak diterima rakan sebaya.

Menurut Agensi Dadah Kebangsaan 2003 pula,

seramai 2,119 orang remaja yang berumur antara 16

hingga 19 tahun terlibat di dalam masalah

penyalahgunaan dadah. Manakala menurut Utusan

Malaysia 2 April 2001 seramai 34,628 orang pelajar

terlibat dalam aktiviti ponteng sekolah. Selain itu

mengikut Berita Harian 17 Ogos 2001

mendedahkan seramai 2,534 orang remaja yang

berumur antara 13 hingga 18 tahun ditangkap pihak

berkuasa akibat penglibatan mereka di dalam

pelbagai masalah tingkahlaku. Masalah lain yang

dikaitkan dengan kesan lanjut kebimbangan sosial

juga banyak dikaji. Kajian yang dijalankan oleh See

Chin Mey dan Lee Siew Siew (2005) ke atas 182

orang pelajar tingkatan tiga mendapati 43.41 %

mengalami kemurungan klinikal atau kemurungan

kronik.

! Muka Surat 33
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

Kajian See Chin Mey dan Tan Sin Keat (2005)

ke atas pelajar-pelajar tingkatan enam pula

mendapati 76.7% mengalami tahap kemurungan

sederhana hingga tahap kemurungan serius. Malah

mengikut Oliver (dalam See Chin Mey & Tan Sin

Keat, 2005), 17%- 23% pelajar sekolah akan

mengalami kemur ungan bila-bila masa

memandangkan alam remaja merupakan alam yang

penuh dengan gelora. Manakala kajian Kesihatan

dan Komorbiditi Kebangsaan (1996) pula

menunjukkan kadar kemurungan adalah 11% dan

kejadian bunuh diri yang tinggi iaitu 2000 setahun

dengan purata 7 orang sehari. Keadaan seperti ini

tidak boleh dipandang remeh. Sesuatu langkah pro

aktif seperti melaksanakan aktiviti pencegahan

perlu diambil untuk menangani permasalahan ini

dari menjadi lebih parah wajar dipertimbangkan.

Sebahagian besar daripada remaja yang

mengalami kebimbangan sosial tidak diketahui oleh

ibubapa dan professional termasuk kakitangan

sekolah (Herbert & Kashdan, 2001). Individu yang

mempunyai kebimbangan sosial amat risau tentang

persepsi orang lain terhadap dirinya terutama

penilaian negatif. Mereka kurang melibatkan diri di

dalam aktiviti sosial. Oleh itu mereka seolah-olah

terpinggir dan terbiar di bilik darjah dan tidak

diberi perhatian oleh kakitangan sekolah

sehinggalah masalah ini sampai kepada tahap

pelajar-pelajar ponteng sekolah (Biedel & Morris,

1995). Apalagi kebanyakan kaunselor sekolah dan

guru-guru kurang memahami masalah ini. Begitu

juga dengan ibubapa. Oleh kerana kerisauan

tentang persepsi orang lain dan mengalami

kebimbangan sosial adalah sesuatu yang biasa,

kebanyakan ibubapa melihat tingkahlaku tersebut

sebagai sifat malu dan tidak menyedari anak-anak

mereka menderita masalah kebimbangan yang

tidak dirawat (Herbert & Khasdan, 2001)

Langkah pro aktif menangani remaja yang

mengalami kebimbangan penting memandangkan

secara purata masalah kebimbangan ini ketara di

antara umur 13 hingga 20 tahun ( Mountier & Stein,

1999). Tambahan lagi mengikut Ollendick dan

Hirshfeld-Becker (2002) remaja yang mempunyai

kebimbangan sosial kurang mempunyai peluang

untuk mengelak situasi sosial yang meyebabkan

kebimbangan. Oleh itu mereka didapati enggan ke

sekolah, mempunyai pencapaian akademik yang

rendah dan enggan melibatkan diri dengan aktiviti

sosial yang lain. Malah cubaan remaja untuk

mengelakkan diri dari situasi sosial yang

menimbulkan kebimbangan sering disalah anggap

sebagai seorang yang degil dan tidak mengikut

arahan kerana kerap kali enggan melakukan apa

yang diarahkan (Kasdan & Herbert, 2001;

Ollendick & Ingman, 2001).

Memandangkan kebimbangan sosial

mempunyai kaitan dengan pelbagai masalah

tingkahlaku, sudah tentu masalah ini memberi

kesan negatif kepada masayarakat dan negara

malah masalah ini merupakan beban sosial yang

perlu ditanggung kerajaan. Justeru kajian ini yang

cuba untuk melihat sama ada kaunseling kelompok

PendekatanTingkahlaku Kognitif dapat menangani

kebimbangan sosial remaja amat wajar. Malah

tindakan proaktif ini boleh dijadikan sebagai

pelengkap kepada strategi sedia ada terutama di

sekolah dalam membantu masalah tingkahlaku dan

disiplin pelajar yang semakin berleluasa.

Pernyataan masalah

Terdapat pelbagai pendekatan dalam merawat

kebimbangan sosial. Banyak kajian di Barat

menunjukkan pendekatan tingkahlaku kognitif

berupaya mengurangi kebimbangan sosial (Hayes,

2006; Clark, Ehler, Hackman, Mc Manus, Fennel,

Gery, Waddington & Wild, 2006; Hofman, David,

Hyu Jin Kim & Andrew, 2004). Analisis meta yang

dijalankan untuk melihat kesan pelbagai teknik

tingkahlaku kognitif terhadap masalah

kebimbangan sosial (Federoff & Taylor, 2001; Feske

& Chambless, 1995; Gould, Buckmister, Pollack,

Otto & Yap, 1997; Taylor, 1996) mendapati mereka

yang dirawat menggunakan pelbagai teknik

rawatan tingkahlaku kognitif menunjukkan

perubahan yang memberangsangkan dalam

pengurangan skor kebimbangan sosial dibanding

dengan kumpulan kawalan dengan purata saiz

kesan (effect size) perubahan skor kebimbangan

sosial dari ujian pra ke ujian pos adalah di antara

0.74 hingga 1.08 berbanding saiz kesan kumpulan

kawalan di antara 0.13 hingga 0.03.

Walaupun kajian di barat menunjukkan terapi

tingkahlaku kognitif berkesan dalam mengurangi

kebimbangan sosial namun, dalam konteks kajian

di Malaysia hanya terdapat beberapa kajian yang

dijalankan menggunakan kaunseling kelompok

pendekatan tingkahlaku kognitif dan berkesan

dalam menangani pelbagai masalah remaja tetapi

tidak memberi fokus kepada kebimbangan sosial.

! Muka Surat 34
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

Misalnya kajian oleh Abdul Malek (2004) yang

menggunakan kaunseling kelompok pendekatan

tingkah kognitif dalam menangani remaja

bertingkahlaku langsang buli dan juga Mohd Nasir

(2006) dalam menangani remaja berisiko. Justeru

kajian perlu dijalankan untuk menentukan sama

ada pendekatan tingkahlaku kognitif dapat

memberi kesan terhadap kebimbangan sosial

berdasarkan sampel tempatan. Oleh itu kajian ini

bertujuan untuk melihat sejauhmana kaunseling

kelompok pendekatan kognitif tingkahlaku

dapatmengurangkan kebimbangan sosial dalam

kalangan remaja.

Tinjauan literatur

Kebimbangan sosial merupakan ketakutan

kepada penilaian negatif atau diperhatikan oleh

orang lain di dalam sesuatu situasi sosial (Albano &

Detweiller, 2001) apalagi di dalam sesuatu situasi

sosial yang baharu. Kebimbangan sosial merupakan

tindakbalas kepada reputasi dan status sosial

(Nesse, 1998). Kebimbangan sosial merujuk

perasaan tertekan, tidak selesa, takut, bimbang dan

sebagainya di dalam situasi sosial kerana takut akan

menerima penilaian negatif dari orang lain.

Kebimbangan sosial dicirikan oleh rasa bimbang

atau takut terhadap penilaian negatif dan

diperhatikan oleh orang lain terutama sekali orang

yang tidak dikenali di dalam sesuatu situasi sosial.

Kebimbangan sosial berbeza daripada lain-lain

bentuk kebimbangan kerana dengan hanya

memikirkan sesuatu situasi yang boleh

mendatangkan kebimbangan ianya sudah boleh

mendatangkan tekanan tanpa perlu seseorang itu

berada di dalam situasi yang memberikan

kebimbangan tersebut. Kebimbangan sosial dapat

dimanifestasikan di dalan empat tanda-tanda

simpton yang berbeza iaitu kognitif, fisiologi dan

tingkahlaku.

! Fehm dan rakan-rakan (2005) yang

telah membuat tinjauan terhadap saiz sebaran dan

kesan kecelaruan kebimbangan sosial di Eropah.

Berdasarkan kepada 21 kajian komuniti dan dua

kajian pusat penjagaan mereka mendapati sebaran

kecelaruan kebimbangan sosial sepanjang jangka

hayat ialan 6.6% dan dalam tempoh 12 bulan ialah

2.0%. Dari tinjauan yang telah dijalankan juga

didapati perempuan lebih mudah mengalami

kebimbangan sosial dibanding lelaki. Selain itu

fehm mendapati masalah kebimbangan sosial juga

menyebabkan wujudnya kesan lanjut seperti

depresi dan pergantungan kepada alkohol. Malah

kebimbangan sosial yang serius juga mempengaruhi

kualiti hidup seseorang itu kerana masalah ini

memberi kesan negatif terhadap kefungsian

seseorang, hubungan kekeluargaan, perhubungan

dengan orang lain, gangguan dalam bidang

pekerjaan dan juga pendidikan. Fehm juga

mendapati individui yang mengalami kebimbangan

sosial juga mempunyai tahap pencapaian akademik

yang rendah, gagal menamatkan persekolahan dan

tiada pekerjaan.

Metodologi Kajian dan Analisis data

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan

reka bentuk eksperimen. Dalam kajian ini modul

kaunseling kelompok pendekatan tingkahlaku

kognitif adalah berasaskan kepada prosidur Terapi

kumpulan Tingkahlaku kognitif bagi kebimbangan

sosial (Ledley, Marx dan Heimberg ,2005).

Kebimbangan sosial diukur dengan

menggunakan Skala kebimbangan sosial untuk

remaja telah diterjemah daripada Social anxiety

scale for adolesence – SAS-A telah direka oleh La

Greca dan Lopez (1998). Alat ini mengandungi 22

item untuk mengukur pengalaman seseorang

(remaja) berhubungan pengalaman kebimbangan

sosial yang subjektif. Instrumen ini menggunakan 5

skala likert mengikut berapa banyak item tersebut

” adalah benar berkaitan anda” iaitu anda (1 = amat

tidak setuju sehingga 5 = amat setuju) SKSR

didapati mempunyai kualiti psikometrik yang baik.

Nilai ketekalan dalaman (internal consistency)

adalah di antara di antara .76 hingga .91 dan nilai

selepas uji-uji semula dalam tempoh dua bulan

adalah di antara .54 hingga .78 (Vernberg,

Abwender, Ewell, & Berry, 1992 ; La Greca &

Lopez, 1998).

Data kajian telah dianalisis dengan

menggunakan Analysis of variance (ANOVA)

untuk menganalisis data praujian dan posujian.

! Muka Surat 35
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

Dapatan kajian

Hasil dapatan kajian menunjukkan kaunseling

kelompok menggunakan pendekatan kognitif

tingkah laku dapat mengurangkan kebimbangan

sosial remaja berdasarkan analisis deskriptif dan

analisis ujian ANOVA. Analisis diskriptif

menunjukkan min pembolehubah bersandar

kebimbangan sosial remaja (SKSR) di mana min

bagi kumpulan kawalan ialah (min =77.583)

berbanding kumpulan rawatan dengan (min =

51.333). berlaku pengurangan dalam min skor

kebimbingan sosial kumpulan rawatan berbanding

kumpulan kawalan. Ini dapat ditunjukkan

berdasarkan jadual 1.4

Analisis ANOVA menunjukkan terdapat

perbezaan yang signifikan di antara min posujian

kumpulan kawalan dibanding min posujian

kumpulan rawatan bagi pembolehubah bersandar

iaitu kebimbangan sosial remaja (SKSR) pada nilai

F(1,70) =1.068, p.

05. Ini menunjukkan kaunseling kelompok

pendekatan kognitif tingkahlaku ternyata tidak

mempunyai kesan yang berbeza terhadap lelaki dan

juga perempuan. Ini bermakna tidak terdapat

berkesan gender atau jantina terhadap rawatan.

Atau dalam kata lain faktor jantina tidak

mempengaruhi rawatan kaunseling kelompok

pendekatan kognitif tingkahlaku terhadap

kebimbangan sosial.

! Muka Surat 36
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

Perbincangan

Dapatan kajian ini konsisten dengan kajian

West (2004) telah mengkaji pengalaman

kebimbangan sosial dalam kalangan remaja asli

Amerika. Hasil kajian mendapati majoriti remaja

dalam kajian ini mengalami simpton-simpton

kebimbangan sosial. Di antara simpton-simpton

yang paling kerap ialah kesukaran untuk tidur, risau

tentang apa orang lain kata, rasa malu dan pendiam

bila bersama orang lain.Begitu juga dengan kajian

(Velting & Albano, 2001) dan Ruscio at.el (2008).

Berdasarkan kepada analisis diskriptif jelas

menunjukkan KKPKT berkesan dalam mengurangi

skor min praujian kepada skor min posujian semua

pembolehubah bersandar utama iaitu kebimbangan

sosial remaja, Berdasarkan kepada analisis

ANOVA, keputusan kajian menunjukkan terdapat

perbezaan signifikan antara skor min praujian

dengan posujian posujian dalam pembolehubah

bersandar kajian iaitu kebimbangan sosial. Dapatan

kajian juga menunjukkan tidak terdapat kesan

interaksi di antara kumpulan rawatan dan jantina

terhadap min skor pembolehubah bersandar kajian.

Analisis ANOVA yang tidak signifikan

membuktikan bahawa faktor gender tidak

mempengaruhi kesan KKPKT terhadap min skor

pembolehubah bersandar yang dikaji. Ini

menunjukkan perubahan atau pengurangan min

skor pembolehubah bersandar adalah disebabkan

oleh kesan rawatan dengan menggunakan KKPKT

semata-mata.

Kajian ini juga menyokong dapatan kajian lalu

yang menunjukkan pendekatan tingkahlaku

kognitif berupaya mengurangi kebimbangan sosial

(Hayes, 2006; Clark, Ehler, Hackman, Mc Manus,

Fennel, Gery, Waddington & Wild, 2006; Hofman,

David, Hyu Jin Kim & Andrew, 2004).

Kesimpulan

Kajian menunjukkan terdapat pelbagai kesan

negatif kebimbangan sosial seperti kegagalan

membina hubungan dengan orang lain ( Kraus,

2006; La Greca & Lopez, 1998; Flanagan, 2005;

Erath, 2006;Oakman, Gifford & Chlebowsky, 2003;

Davill & Beck, 2002 ; Westernberg, 2007),

mempunyai masalah pencapaian akademik

(Strahan, 2003), penilaian diri yang negatif (walter,

2006) dan mengalami gangguan dalam pelbagai

aspek kehidupan (Stein & Kean, 2000; Lampe,

Slade, Issakidis & Andrew, 2003). Oleh itu

kega galan untuk menangani dan merawat

kebimbangan sosial terutama semasa remaja sudah

tentu memberi kesan negatif terhadap remaja

dalam jangka panjang. Hasil kajian ini jelas

menunjukkan Kaunseling kelompok pendekatan

Kognitif tingkahlaku Berjaya mengurangi

kebimbangan sosial dan kebanyakan symptom

kebimbangan sosial dari ujian pra kepada ujian pos.

Kajian ini dapat memberi pendedahan kepada

semua pihak tentang kesan kebimbangan sosial

sekiranya tidak ditangani. Sesung guhnya

pengetahuan tentang kebimbangan sosial amat

penting kepada semua pihak seperti ibu bapa,

kaunselor sekolah, pihak pentadbir agar masalah

kebimbangan sosial ini dapat diatasi dari peringkat

awal lagi agar masalah yang lebih serius dapat

dibendung.

Rujukan

Albano,A.M., & Detweiller (2001). The

Development and the clinical impact of social

anxiety and social phobia in children and

adolescents. Dalam: S.G. Hofmann &

P.M.DiBartolo (Eds). Social Phobia and Social

Anxiety: An integration, 162-178. New York:

Plenumm Press.

Clark,D.M., Ehler,A., Hackmann,A.,

McManus,F.,Fennell,M., Grey,N.,

Waddington,L.,& Wild,J. (2006). Cognitive

therapy versus exposure and applied relaxaation

in social phobia: A randomized controlled trail.

Journal of Consulting and Clinical Psychology,

74, 568-578.

Fehm, L., & Margraf, J. (2001). Thought

suppression: Specificity in agoraphobia versus

broad impairment in social phobia? Behaviour

Research and Therapy, 40,

! 57-66.

Fehm, L., Pelissolo, A., Furmark, T., & Wittchen,

H.U. (2005). Size and berden of social phobia in

Europe. European Neuro psychopharmacology,

15. 453-462.

Lipsitz, J. D., & Schneier, F. R. (2000). Social

phobia: Epidemiology and cost of illness.

Pharmacoeconomics, 18, 23-32.

! Muka Surat 37
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

Muris, P., Merchekelbach, H., Schmidth, H.,

Gadet, B., & Bogie, N.( 2001) Anxiety and

depression as correlates of self reported

behavioural inhibition in normal adolescent,

Behaviour Research and Therapy, 39, 1051-1061.

Hayes, B.B.( 2006). Comparing the effectiveness

of cognitive behavioral group therapy with and

without motivational interviewing at reducing

the social anxiety, alcohol consumption and

negative consequences of socially anxious

college student. Dissertation Doctor Philosopy.

University of Wisconsin. Tidak diterbitkan.

La Grace, M.A.,& Lopez.N. (1998). Social anxiety

among adolescents: Linkages with peer

relations and friendships. Journal of Abnormal

Child Psychology, 26, 83-94.

Ledley, D.R., Mark, B.P.,& Heimberg R.G.(2005).

Making Cognitive-Bahavioral Therapy Works:

Clinical process for new practitioners. Guilford.

Mohammad Nasir Bistamam. (2006). Kesan

kaunseling kelompok ke atas penyesuaian

remaja berisiko. Tesis Doktor falsafah. UKM.

Tidak diterbitkan.

See Chin Mey dan Tan Sin Keat. (2005). Tahap dan

corak kemur ungan di kalangan pelajar

tingkatan enam: satu kajian kes. Jurnal

PERKAMA,11, 39-45.

Wan Ghazali Wan Din (2000). Gangguan emosi

dan kaitan dengan kenakalan remaja. Dissertasi.

Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya. Tidak

diterbitkan.

! Muka Surat 38
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

MENGEMBARA SATU PEMBAZIRAN?

Oleh:

FAUZIAH HASHIM

Sesetengah orang beranggapan mereka yang

sering bercuti, melancong dan mengembara ke

dalam mahupun luar negara sebagai satu perbuatan

yang membazir. Sejauhmanakah benar anggapan

yang seperti itu? Sebenarnya daripada pengalaman

saya mengembara banyak kebaikan yang ditemui

malah saya beranggapan mengembara itu satu

keperluan untuk menjadikan diri kita lebih baik.

Mengembara dapat meluaskan minda dan hati

kita tentang kejadian yang berlaku di tempat lain

sama ada dalam negara mahupun di luar negara.

Hal ini penting dilakukan untuk kaum pendidik

dalam membuat perbandingan dan penelitian dari

pelbagai aspek kehidupan yang boleh dikongsikan

bersama dengan anak didik. Malah agama Islam

sendiri pun menganjurkan umatnya melancong atau

bertebaran di muka bumi untuk melihat dengan

mata kepala sendiri bentuk muka bumi,

pemandangan, pelbagai bentuk rupa paras manusia,

mendengar bahasa dipertuturkan dan persekitaran

sosio emosi budaya di sesuatu tempat itu.

Pembelajaran berlaku di mana semua deria kita

berfungsi, dapat menghidu hawa cuaca, menikmati

panorama, kulit deria sentuh yang paling optimum

kerana dapat merasai kehangatan dan kedinginan

iklim di tempat tersebut. Manakala lidah pula

yang paling bahagia kerana dapat merasai

perbezaan keunikan masakan penduduk setempat.

Mengembara dapat mematangkan pengalaman,

persepsi dan pemikiran tentang alam dan manusia

serta memperkayakan ilmu pengetahuan. Sebagai

contoh Sasterawan Negara Datuk Dr. A. Samad

Said yang menghasilkan buku Warkah Eropah

adalah kesan daripada kunjungan beliau ke

beberapa buah negara di Eropah. Pengalaman

tersebut telah memperkaya pengalaman sekaligus

meningkatkan ilmu pengetahuannya. Begitu juga

buku-buku seperti Kisah Pelayaran Abdullah (1838),

Hikayat Abdullah (1849) dan Kisah Pelayaran

Abdullah ke Juddah (1920) tidak akan terhasil

sekiranya Abdullah Munsyi tidak mengunjungi atau

melawat pelbagai negeri Melayu sewaktu era

penjajahan Inggeris dahulu dan mencatat apa-apa

yang dilihatnya menerusi kaca matanya sendiri.

Hari ini kita telah mendapat memanfaatkan karya

penulisan pengembaraan beliau itu kerana

dijadikan sebagai rujukan dalam pendidikan.

Kita tidak sewajarnya membataskan diri kita

berada di negeri sendiri sahaja dan bergantung

kepada pembacaan buku semata-mata untuk

mendapatkan ilmu tetapi sesekali-sekala dalam

hidup perlu mengembara atau melancong ke

tempat orang lain. Dengan mengembara seseorang

akan mendapat sesuatu idea atau pengalaman

baharu yang tidak ada dalam buku atau kadangkala

tidak pernah difikirkan sebelum ini sekaligus dapat

menyuntik semangat bahar u. Selain itu,

pengalaman di luar negara mampu mendewasakan

kita di mana worldview atau pandangan juga

mungkin akan berubah setelah kita dapat melihat

dan mengalami sendiri perbezaan budaya, nilai

serta fahaman yang penduduk di situ. Paling

penting, setelah berada jauh dari tanah air, kita

akan mempunyai satu perspektif yang mungkin

lebih adil dan matang tentang negara kita sendiri

atau pun negara yang dilawati. Sebagai contoh

selepas saya melancong ke Acheh , Indonesia pada

November 2012, tempat yang pernah dilanda

tsunami yang maha dahsyat, pandangan saya

berubah terhadap musibah tsunami itu sendiri. Di

sebalik satu kesedihan dan trauma, rupanya

Tsunami itu sebenarnya satu rahmat kepada

penduduk Acheh kerana mereka amat positif dan

bersyukur diberi ingatan oleh Allah Yang Maha

Penyayang. Mereka dilhat lebih positif dan menjadi

manusia yang lebih baik dan taat kepada sang

Pencipta kerana merasa sangat bersyukur diberi

peluang kali kedua untuk hidup. Perasaan kasihan

terhadap orang Acheh yang mengalami Tsunami

tiba-tiba bertukar kepada perasaan kasihan dan

malu terhadap diri sendiri kerana kita di Malaysia

selama ini berada dalam zon yang selesa dengan

keamanan dan kestabilan bentuk muka bumi yang

jauh dari lingkaran gunung berapi. Mungkin

kealpaan dan kesenangan membuatkan kita terlupa

akan banyak nikmat Tuhan yang kita kecapi.

! Muka Surat 39
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

Dalam konteks yang lain, mengembara dapat

membuka minda tentang budaya masyarakat luar.

Contohnya, masyarakat di Karen Paduang Long

Neck Villa ge Chiang Mai Thailand

menggambarkan wanita yang cantik ialah wanita

yang mempunyai leher yang panjang. Oleh sebab

itu mereka berusaha untuk menjadikan leher yang

jinjang dengan memasang gelang-gelang dileher

sejak kecil lagi. Manakala masyarakat kita

memberikan istilah cantik apabila wanita itu

berbadan langsing dan putih gebu. Maka semua

wanita berlumba untuk menjadi langsing dan putih.

Kesimpulannya, kita tidak boleh menilai budaya

orang lain sebagai tidak baik berdasarkan penilaian

kita sendiri. Kesedaran ini akan menimbulkan rasa

hormat terhadap kepelbagaian budaya dan ragam

kehidupan.

Rumusannya, memang tepat sekali bak kata

pepatah Melayu, jauh perjalanan luas

pemandangan. Kehidupan di dunia ini

sememangnya datang dengan berpasangan kerana

ketika kita merasai kegembiraan , kita perlu sedar

bahawa ada orang lain yang sedang berduka, ketika

kita merasa kekenyangan, kita perlu sedar bahawa

ada orang yang sedang kelaparan, dan ketika diulit

kebahagiaan, pasti ada orang yang sedang dalam

kesengsaraan. Peluang mengembara harus kita

manfaatkan dengan seluruh pancaindera kita ibarat

merakamkan apa sahaja peristiwa yang kita dapat

lihat, dengar, rasa, bau , sentuh dan intuisi kita

diproseskan menjadi maklumat yang tepat.

Akhirnya dari maklumat itu, membawa suatu

hikmah yang sangat berharga untuk diri sendiri dan

boleh dikongsi bersama orang lain.

Kesan 'nggalan tsunami di Acheh. Kapal nelayan

terdampar di atas rumah

Bersama wanita tercan'k di Karen Long Neck

Village, Chiang Mai

Menjalin silaturahim dengan masyarakat Melayu

Champa, Perkampungan Sampan di Phnom Pen

Combodia

Agra, India

! Muka Surat 40
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

POVERTY OF THE SOUL

Oleh:

HARITHUN BINTI ABDULLAH

Dipetik daripada artikel ‘Personal Development’ oleh Yasmin Mogahed

In speaking about poverty, we need to

understand that there is external poverty and there

is internal poverty. And one is far more dangerous

than the other, because while one form of poverty

determines how we live temporarily, the other

form, determines how we live eternally.

Internal poverty is the poverty of the soul. It

describes the unmoved soul. The soul that lives a

purposeless life. The heart that beats, but has

already died. Because while the body cries and

bleeds and feels pain from the material world, the

soul is untouched by these things. There is only

one thing that can cut or stab or impoverish the

soul. There is only one thing that can kill it: to

deprive it of its’ only true need: to be close to its’

Originator. To be near to God.

The Prophet (pbuh) explains that the true

poverty is not one’s lack of wealth in this life. True

poverty is standing poor on the Day of Judgment.

Despite this reality, we continue to live this life

feeding our bodies, but starving our souls. The sad

irony of this focus is that the body we tend to is

only temporary, while the soul we neglect is

eternal.

What impoverishes and kills the heart? It is

allowing the heart to love anything as it should

only love God. See the heart was created with a

very particular nature and for a very particular

purpose. When you fail to use any created thing for

the purpose for which it was created for, it breaks.

It dies. The heart was created by and for God. The

heart was created to know and love God. The heart

that is given to or filled by any other thing, suffers

the most painful impoverishment and death.

The human heart is like a boat in the ocean of

dunya. The boat that allows the oceans water to

enter breaks and then drowns. The human heart

that allows this dunya to enter, breaks and drowns.

And becomes owned. Owned by this life. Owned

by our gadgets, our facebook, our jobs, the

distractions, the fashion trends, the marketing

tools, the money, the power, the status. The heart

that is owned by this life is a prisoner of the worst

kind. The heart that is owned by any other master,

than the Master of masters, is the weakest of all

slaves. That is true oppression. True poverty.

As human beings we enslave ourselves to

different things. Some of us are enslaved to money.

Some of us have enslaved our hearts to other

people. Some of us are enslaved to status or to our

careers. Ask yourselves what do you love most?

Most of us will say we love God most. We say this

with our tongues. We say this in our minds. But our

hearts, our actions, say otherwise.

What are you afraid of most? Just the thought

of losing what thing causes you so much anxiety

that you feel it physically? Is it your husband, your

wife, your money, your job? Is it your image? Is it

your figure? What is it?

When you’re given a choice, what do you do?

When God says to dress and act a certain way, and

society says the opposite, which do you choose?

Who defines beauty for you? Who defines success?

Who defines richness? Who defines poverty? What

type of poverty are you most afraid of?

The truth is we choose what we love most.

When we love money most, that’s what we choose.

When we love people more, they fill our hearts. We

think of them most. Our life loses center. We leave

the orbit of the Creator and enter the orbit of the

creation—a painful and unstable orbit. In the orbit

of the creation, we rise and fall with the wave of

the creation, the wave of praise and criticism, our

standards for success and failure come from the

creation, from society. The standard for richness,

the standard for poverty…comes from the creation.

From society.

But the standard given to us by God’s

messenger (pbuh) is different. Prophet Muhammad

(pbuh) told us:

“Richness is not having many possessions. Rather,

true richness is the richness of the soul.”

[Sahih Bukhari, Book 76, Number 453]

! Muka Surat 41
Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

But how do we avoid true impoverishment of

the soul? No one likes to fall. And few people

would ever choose to drown. But in struggling

through the ocean of this life, sometimes it’s so

hard not to let the world in. Sometimes the ocean

does enter us. The dunya does seep into our hearts.

And like the water that breaks the boat, when

dunya enters, it shatters our heart. It shatters the

boat. If you allow dunya to own your heart, you will

sink down to the depth of the sea. You will touch

the ocean floor. And you will feel as though you

were at your lowest point. Entrapped by your sins

and the love of this life, you will feel

broken.Surrounded by darkness. That’s the

amazing thing about the floor of the ocean. No

light enters it.

But, this dark place is not the end. Remember

that the darkness of night precedes the dawn. And

as long as your heart still beats, this is not the

death of it. You don’t have to die here. Sometimes,

the ocean floor is only a stop in the journey. And it

is when you are at this lowest point, that you are

faced with a choice. You can stay there at the

bottom, until you drown. Or you can gather pearls

and rise back up—stronger from the swim, and

richer from the jewels.

If you seek Him, God can raise you up, and

replace the darkness of the ocean, with the light of

His sun. He can transform what was once your

greatest weakness into your greatest strength, and a

means of growth, purification and redemption.

Know that transformation sometimes begins with

a fall. So never curse the fall. The ground is where

humility lives. Take it. Learn it, breathe it in. And

then come back stronger, humbler and more aware

of your need for Him.

Seek God to bring you back up, for when He

does, He will rebuild your ship. The heart that you

thought was forever damaged will be mended.

What was shattered will be whole again. Know

that only He can do this. Seek Him. And when He

saves you, beg forgiveness for the fall, feel remorse

over it—but not despair.

There is a powerful and amazing thing about

tawbah (repentance) and turning back to God. We

are told that it is a polish for the heart. What’s

amazing about a polish is that it doesn’t just clean.

It makes the object that it polished even shiner

than before it got dirty. If you come back to God,

seek His forgiveness, and refocus your life and

heart on Him, you have the potential to be even

richer than if you’d never fallen at all. Sometimes

falling and coming back up gives you wisdom and

humility that you may never otherwise have had.

But how do we fill our hearts with the true

richness? How do we escape the constant

bombardment from every direction commanding

us to worship other things? How do we escape the

true poverty of allowing any competitor into our

hearts?

To escape the true poverty, we must be

overflowing in our love for God. Our strongest love

should be for God. And so, this is a call to all those

who have become enslaved by the tyranny of the

self, imprisoned in the dungeon of the nafs and

desires. It is a call to all those who have entered the

ocean of dunya, who have sunk into its depths, and

become trapped by its crushing waves. Rise up.

Rise up to the air, to the Real world above the

prison of the ocean. Rise up to your freedom. Rise

up and come back to life. Leave the death of your

soul behind you. Your heart can still live and be

stronger and purer than it ever was. Does not the

polish of tawbah remake the heart even more

beautiful than it was? Remove the veil you have

sewn with your sins. Remove the veil between you

and Life, between you and Freedom, between you

and Light…between you and God. Remove the veil

and rise up. Come back to yourself before it’s too

late.

! Muka Surat 42