11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

Ketua Pegawai Operasi , Stormwater Management And Road Tunnel (SMART), Puan Ts. Sharifah Alauyah Wan

Othman.

Profesor Karlsruhe University Of Applied Sciences (HsKA), Jerman, Profesor Dr.-Ing. Hans-Werner Dorschner.

d) Road Show MBOT berkenaan badan profesional, pengiktirafan program dan kurikulum TVET;

e) Forum SIRIM yang bertajuk Aligning TVET Education : Industry-Led Curriculum Design And Implementation; dan

f) Global Classroom Experience oleh CIReL.

BENGKEL PENYEDIAAN & PEMBANGUNAN LALUAN KERJAYA PELBAGAI STAF AKADEMIK FASA

KEDUA (MULTI TRACK CAREER PATHWAYA)

Bengkel Fasa 2 ini dikendalikan oleh Pengarah Pusat Inovasi & Daya Saing Akademik (CAIC), Profesor Madya Ts. Dr. Mohd

Rusllim Mohamed dan Timbalan Pengarah Unit Inovasi Amalan Terbaik (UIAT) CAIC merangkap Ketua Inisiatif, Dr. Nasratun

Masngut berserta 20 orang peserta yang terdiri daripada staf akademik dan Jabatan Pendaftar bagi sama-sama membantu

untuk membangunkan laluan kerjaya ini.

Para peserta bengkel dibahagikan kepada tiga kumpulan mewakili setiap laluan kerjaya untuk membangunkan definisi

operasi, mengemas kini kriteria dan meletakkan pemberat bagi laluan pengajaran (teaching and learning track), laluan

penyelidikan (research track) dan laluan pengamal profesional (professional practitioner track).

Bengkel ini dilaksanakan dua kali pada tahun ini bermula pada 25 dan 26 Ogos 2017 di Ancasa Royale, Pekan dan bengkel

Bil. 2/2017 diadakan pada 4 November 2017 di Hotel Vistana, Kuantan. Tindakan selanjutnya yang akan dilalukan ialah

membuat simulasi dan pilot test kepada peserta bengkel untuk melihat keberkesanan pemberat yang diletakkan.

Pembangunan laluan kerjaya staf akademik ini adalah merupakan salah satu agenda di bawah Lonjakan 5 KPI 5a iaitu

Memartabatkan Kecemerlangan Bakat yang terkandung dalam Pelan Strategik UMP 2016 hingga 2020 dan juga Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) PPPM (PT) 2015 hingga 2025 di bawah Lonjakan 2 – Kecemerlangan

Bakat.

PEMERKASAAN GERAN PENYELIDIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tujuan utama pemberian geran ini adalah untuk memperhebatkan aktiviti penyelidikan dalam bidang pembelajaran dan

pengajaran yang memenuhi konteks pendidikan yang lebih tinggi. Keutamaan akan diberikan kepada penyelidikan yang

mampu memberi impak yang besar atau berbentuk foresighting dalam memperkasa proses pembelajaran dan pengajaran.

Penekanan diberikan kepada elemen kreativiti dan inovatif dalam penciptaan ilmu dan kaedah baharu yang mampu

meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran seterusnya melahirkan graduan-graduan berketerampilan yang

memenuhi atribut-atribut kebolehpasaran.

TUJUH SKOP PENYELIDIKAN GERAN PENYELIDIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Inovasi Kurikulum/Kandungan.

2. Inovasi Strategi/Teknik Pengajaran dan Pembelajaran.

3. Inovasi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

4. Inovasi BBM (Bahan Bantu Mengajar).

5. Inovasi Sistem/Perisian/Pakej/Modul Pengajaran & Pembelajaran.

6. Inovasi Alatan/Gajet Pengajaran dan Pembelajaran.

7. Inovasi Penilaian & Pentaksiran Pengajaran dan Pembelajaran.

56

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!