11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

INTEGRATED CUMULATIVE GRADE POINT AVERAGE (ICGPA)

iCGPA 2017

UMP merupakan universiti pertama di Malaysia yang mengimplemen iCGPA terhadap semua program prasiswazah iaitu

sebanyak 31 program.

Dalam kaedah pembelajaran konvensional, pengukuran berasaskan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) atau dalam bahasa

Inggerisnya Cumulative Grade Point Average (CGPA) adalah dianggap segala-galanya bagi mengukur kecemerlangan

seseorang dalam pencapaian akademik. Namun, dalam pendidikan moden, kecemerlangan akademik dalam konteks

pemikiran semata-mata, bukan lagi menjadi ukuran.

Melalui sistem pendidikan berasaskan hasil pembelajaran (OBE), keupayaan mahasiswa mengikut hasil pembelajaran

program (program outcome) dapat diukur dengan jelas. Setelah penilaian dilakukan, para pelajar yang tidak mencapai satusatu

PO tertentu sekurang-kurangnya 50 peratus perlu melalui Program Pengukuhan Kemahiran Insaniah (iLEAD 2016), iaitu

satu program berbentuk peningkatan kemahiran insaniah dengan modul-modul yang sejajar dengan pencapaian pelajar.

UMP merupakan universiti pertama di Malaysia yang menyediakan program berbentuk intervensi kepada pelajar. Hal ini

sejajar dengan pelaksanaan dan pengukuran pendidikan berasaskan hasil pembelajaran.

Namun, dalam konteks UMP, CAIC percaya pembinaan karakter seseorang individu tidak hanya berlaku di dalam bilik kuliah

malah juga melalui penglibatan mereka di dalam aktiviti-aktiviti luar serta program-program kemasyarakatan. Justeru, bagi

merealisasikan harapan yang tinggi pemegang taruh UMP termasuk ibu bapa, CAIC mengorak selangkah ke hadapan

berbanding universiti lain, dengan memperkenalkan Sistem Profil Pelajar atau Student Profile System (SPS). Melalui SPS, bukan

hanya pencapaian akademik sahaja dilaporkan, malah UMP juga mengiktiraf pencapaian pelajar melalui aktiviti-aktiviti luar

serta program-program kemasyarakatan. Melalui sistem profil, UMP dapat menyediakan gambaran yang lebih tepat karakter

seorang pelajar tersebut kepada industri yang bakal mengambil pelajar tersebut bekerja kelak.

UMP Student Profiling System (SPS) dibangunkan bagi meningkatkan Kebolehpasaran Graduan UMP dengan mengambil kira

dua elemen pencapaian hasil pembelajaran pelajar melalui pencapaian akademik (iCGPA KPT) dan luar kurikulum (xCGPA).

iCGPA (Integrated Cumulative Grade Point Average) merupakan projek strategik UMP ke arah melahirkan Graduan

Berketerampilan dalam Pelan Strategik UMP 2011-2015 (KPI 1C). iCGPA ialah kaedah pelaporan pencapaian pelajar

berasaskan kemahiran yang dilaporkan berdasarkan lapan atribut hasil pembelajaran yang dikehendaki oleh Kerangka

Kelayakan Malaysia (KKM) dan Learning Outcome Kemahiran Insaniah (LOKI) KPT selaras dengan Lonjakan 1 melahirkan

Graduan yang Holistik, Seimbang dan Berciri Keusahawanan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)

2015-2025.

Kesedaran iCGPA kian giat dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal iCGPA peringkat UMP. Inisiatif ini telah diuar-uar kepada

semua pelajar melalui fakulti manakala bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMP serta wakil kelab/persatuan/sekretariat

telah diadakan pada 24 Mei 2017 bagi memastikan segenap peringkat menghayati peri pentingnya inisiatif ini.

Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (JHEAA) bersama-sama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA)

bergandingan dalam inisiatif ini di mana sistem akan dibangunkan secepat mungkin. Sistem yang ampuh ini akan menilai

pelajar daripada sudut penglibatan (activity-based), peranan (role-based) dan pencapaian pelajar (achievement-based).

49

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!