11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

. Risiko kredit

Universiti Malaysia Pahang

Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017

Risiko kredit adalah risiko kerugian kewangan daripada kegagalan mematuhi akujanji oleh pihak

yang mempunyai kontrak dengan Kumpulan dan Universiti. Kumpulan dan Universiti terdedah

kepada risiko kredit terutamanya terhadap penghutang. Risiko kredit ditentukan oleh pihak

pengurusan yang menetapkan polisi, pernilaian serta mengambil tindakan yang bersesuaian.

c. Risiko kecairan dan aliran tunai

Kumpulan dan Universti tidak memiliki profil hutang dan memiliki wang tunai atau aset yang

boleh ditukarkan kepada wang yang cukup untuk memenuhi keperluan kesemua modal kerja.

4. PERTIMBANGAN PERAKAUNAN KRITIKAL DAN SUMBER UTAMA KETIDAKPASTIAN

ANGGARAN

4.1 Pertimbangan Kritikal dalam mengguna pakai dasar-dasar perakaunan

Penyediaan penyata kewangan yang memerlukan pihak pengurusan membuat pertimbangan,

anggaran dan andaian yang memberi kesan kepada polisi perakaunan dan jumlah aset yang

dilaporkan, pendapatan dan perbelanjaan liabiliti. Keputusan sebenar mungkin berbeza

daripada anggaran ini.

Berdasarkan pertimbangan, selain daripada anggaran terlibat seperti yang diterangkan di

bawah, pihak pengurusan telah mengguna pakai dasar-dasar perakaunan yang mempunyai

kesan ketara ke atas amaun yang diiktiraf dalam penyata kewangan seperti berikut:

a. Nilai Saksama Entiti Dikawal Bersama dan Aset dan Liabiliti Kewangan Lain

Nilai saksama bagi aset kewangan dan liabiliti kewangan lain tertentu diperolehi berdasarkan

harga yang dinyatakan (sebut harga) dalam pasaran aktif. Jika harga yang dinyatakan (sebut

harga) tidak tersedia di pasaran, harga urusniaga yang terkini adalah berdasarkan aset atau

liabiliti kewangan yang serupa menjadi bukti bagi nilai saksama selagi tidak ada perubahan

yang ketara dalam keadaan ekonomi atau luput masa ketara sejak urusniaga itu berlaku.

4.2 Sumber Utama Ketidakpastian Anggaran

Anggaran utama berkenaan masa depan, dan lain-lain sumber utama ketidakpastian anggaran

pada tarikh pelaporan, yang mempunyai risiko ketara yang menyebabkan pelarasan penting

terhadap amaun bawaan aset dan liabiliti dalam tahun kewangan seterusnya, selain daripada

yang didedahkan seperti :

a. Kerugian Rosotnilai bagi Hartanah, Loji dan Peralatan

Hartanah, Loji dan Peralatan Kumpulan terdiri daripada sebahagian besar jumlah aset

Kumpulan. Perubahan dalam anggaran tempoh penggunaan atau nilai aset Kumpulan ini

amat bergantung kepada perubahan dalam teknologi atau keadaan industri berkaitan. Aset

Kumpulan yang mempunyai jangka usia panjang seperti hartanah, loji dan peralatan boleh

disemak semula terutamanya bagi rosotnilai sekurang-kurangnya secara tahunan atau

apabila peristiwa atau perubahan dalam keadaan menunjukkan bahawa nilai bawaan tidak

boleh diperolehi semula.

Jika sebarang petanda tersebut wujud, anggaran amaun boleh diperolehi semula boleh

dilaksanakan. Amaun boleh diperolehi semula aset adalah amaun lebih besar daripada nilai

saksama yang akan ditolak kos untuk dijual dan nilai boleh guna aset tersebut. Dalam

membuat anggaran nilai penggunaan, anggaran aliran tunai masa depan adalah

didiskaunkan kepada nilai semasa dengan menggunakan kadar diskaun sebelum cukai yang

menggambarkan nilai pasaran semasa, nilai mata wang dan risiko khusus kepada aset dan

16

338

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!