11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Universiti Malaysia Pahang

Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017

Sebaliknya, Universiti mengambil kira komponen liabiliti mengikut Seksyen 12 MPERS.

v) Liabiliti Kewangan

Liabiliti kewangan diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan apabila Kumpulan dan

Universiti menjadi pihak kepada peruntukan kontrak instrumen.

Pada awal pengiktirafan, liabiliti kewangan adalah diukur pada harga urusniaga, termasuk

kos urusniaga untuk liabiliti kewangan tidak diukur pada nilai saksama menerusi keuntungan

atau kerugian, melainkan perjanjian membentuk, pada kesan, sebuah urusniaga pembiayaan

bagi Universiti kepada pengaturan.

Selepas pengiktirafan awal, liabiliti kewangan dikelaskan kepada salah satu daripada tiga

kategori: liabiliti kewangan diukur pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian,

liabiliti kewangan diukur pada kos dilunaskan, atau komitmen pinjaman diukur pada kos

ditolak rosotnilai.

vi) Liabiliti Diukur pada Nilai Saksama menerusi Keuntungan atau Kerugian

Liabiliti kewangan adalah dikelaskan sebagai nilai saksama menerusi keuntungan atau

kerugian apabila liabiliti kewangan adalah dalam skop Seksyen 12 MPERS atau jika liabiliti

kewangan diniagakan secara awam atau nilai saksamanya tidak boleh diukur dengan pasti

tanpa kos atau usaha yang tidak wajar.

Jika ukuran yang pasti bagi nilai saksama tidak lagi boleh didapati untuk instrumen ekuiti

yang tidak diniagakan secara awam tetapi diukur pada nilai saksama melalui keuntungan

atau kerugian, nilai saksamanya pada tarikh akhir instrumen yang boleh dinilai dengan pasti

dianggap sebagai kos instrumen, dan ia diukur pada amaun kos ini ditolak rosotnilai

sehingga ukuran pasti bagi nilai saksama boleh didapati.

vii) Liabiliti Kewangan Diukur pada Kos Dilunaskan

Selepas pengiktirafan awal, liabiliti kewangan selain daripada liabiliti kewangan diukur pada

nilai saksama menerusi keuntungan dan kerugian adalah diukur pada kos dilunaskan

menggunakan kaedah faedah efektif. Keuntungan atau kerugian diiktiraf pada keuntungan

atau kerugian apabila liabiliti kewangan dinyahiktiraf atau dirosotnilai.

Kaedah faedah efektif adalah kaedah untuk mengira kos dilunaskan liabiliti kewangan dan

untuk memperuntukan perbelanjaan faedah ke atas tempoh yang berkaitan. Kadar faedah

efektif adalah kadar diskaun anggaran pembayaran tunai masa depan yang tepat menerusi

jangka hayat liabiliti kewangan atau, apabila sesuai, tempoh yang lebih singkat, dengan

amaun bawaan liabiliti kewangan.

3. POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN.

Instrumen kewangan kumpulan dan Universiti bergantung kepada kepelbagaian risiko kewangan

termasuk risiko hutang, risiko kadar faedah, risiko pasaran, risiko kecairan dan aliran tunai. Objektif

pengurusan risiko kewangan Kumpulan dan Universiti adalah untuk mengenal pasti dan kawalan

risiko yang terdedah kepada Kumpulan dan Universiti bagi meminimumkan atau mengelak kerugian

kesan daripada risiko tersebut serta meningkatkan pulangan.

Pihak Lembaga Pengarah bertanggungjawab untuk menangani risiko tersebut dengan menyediakan

polisi serta prosedur untuk menguruskannya. Risiko-risiko tersebut diuruskan dengan cara sentiasa

menyemak keadaan risiko semasa, sistem kawalan dalaman, mematuhi polisi risiko kewangan dan

mendapatkan perlindungan insurans di mana perlu.

a. Risiko kadar faedah

Kumpulan dan Universiti tidak terdedah kepada risiko kadar faedah kerana ia tidak mempunyai

aset jangka panjang yang menanggung faedah atau hutang yang menanggung faedah.

15

337

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!