11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

ICoE KEYSIGHT

(KLUSTER ELEKTRIK &

ELEKTRONIK)

Formally known as

PROGRAM INNOVATE MALAYSIA DESIGN COMPETITION & CONFERENCE 2017

Program Innovate Malaysia Design Competition & Conference 2017 adalah satu program pertandingan yang terbuka

kepada semua pelajar universiti tahun akhir kursus kejuruteraan, sains komputer dan juga sains/matematik di Malaysia.

Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk mempromosi budaya inovasi dalam reka bentuk kejuruteraan, menangani

masalah sebenar dalam perindustrian dengan menggunakan penyelesaian kejuruteraan yang praktikal, mengeluarkan

tenaga pakar yang terbaik dalam bidang penyelidikan dan pembangunan dalam kalangan pelajar universiti, terutama

bagi tujuan pembangunan masa hadapan dan bagi tujuan pengkormersialan. Syarikat-syarikat teknologi seperti

Motorola Solutions, Fusionex, Intel, Keysight, MathWorks, Microsoft, SilTerra, ViTrox dan National Instruments terlibat

secara langsung dalam membantu menjayakan program pertandingan ini.

Peserta akan dibantu dari segi Mentor, lawatan sambal belajar ke tapak, kemudahan menggunakan makmal, bantuan

dalam membina prototaip, dan sebagainya. Program pertandingan ini telah bermula sejak tahun 2011 dan bermula

pada tahun 2015, Kementerian Pendidikan Tinggi melalui ICoE Kluster Elektrik & Elektronik bekerjasama dan membantu

menampung sebahagian daripada kos penganjuran program tersebut, berjumlah RM 70,000 setiap tahun. Untuk tahun

2017, UTM telah mengungguli pertandingan tersebut dan muncul sebagai juara keseluruhannya, manakala UMP telah

memenangi hadiah sagu hati bagi platform Microsoft dengan projek bertajuk Non-invasive Hypertension Monitoring in

Smart Furniture. Program ini melibatkan penyertaan seramai 319 orang pelajar universiti, 40 ahli akademi, 238 ahli

industri dan agensi kerajaan. Secara keseluruhan seramai 597 orang telah terlibat dalam pertandingan ini sepanjang

tahun 2017.

288

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!