11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Melalui penilaian ini, tiga program telah berjaya dipilih untuk melatih pelajar ICT peringkat UA. Salah satu program yang

berjaya adalah bagi melatih pelajar dari UPSI seramai 30 orang. Berikut adalah perincian dua program bagi melatih

pelajar Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP):

NAMA PROGRAM DAN PERINCIAN

PROGRAM LATIHAN LEADER IN ICT (GRAPHIC & VISUALATION)

Merupakan satu usaha sama antara KPT, UMP dan Might Meteor Advance Manufacturing Sdn. Bhd. yang melibatkan sasaran

40 orang pelajar UMP. Latihan khusus ini melibatkan latihan intensif selama 23 hari di mana pelajar akan didedahkan secara

langsung dengan kemahiran graphic and visualation yang diperlukan oleh industri berkaitan. Hal ini kerana, kesedaran

industri terhadap program ICT (Graphic & Visualation) sebagai program Pembangunan Modal Insan yang unik selaras dengan

Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Program latihan ini

dijangka akan memberi kelebihan kepada pelajar UMP kerana selain daripada menerima latihan praktikal secara langsung,

program ini juga menjamin kesemua pelajar yang terlibat untuk diberi penempatan kerja di pasaran industri yang

bersesuaian.

PROGRAM LATIHAN GRADUATE EMPLOYBILITY ACCELERATOR (GEAP)

Merupakan satu usaha sama antara KPT, UMP dan Prestariang Systems Sdn. Bhd. yang melibatkan 30 orang pelajar UMP.

Latihan khusus ini melibatkan latihan intensif selama 16 hari di mana pelajar akan didedahkan secara langsung dengan

kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang diperlukan oleh industri berkaitan. Hal ini kerana, kesedaran

industri semasa terhadap peningkatan kebolehpasaran graduan tempatan boleh dipengaruhi jika kemahiran, pengalaman

dan pendedahan graduan ICT dipertingkatkan. Ia juga akan mengurangkan status pengangguran dalam kalangan graduan.

Program latihan ini dijangka akan memberi kelebihan kepada pelajar UMP kerana selain daripada menerima latihan praktikal

secara langsung, program ini juga menjamin semua pelajar yang terlibat untuk diberi penempatan kerja dalam pasaran

industri yang bersesuaian.

Diharapkan dengan perancangan yang telah disusun bermula tahun 2017 akan memberi impak positif kepada pelajar

dan universiti bagi menjamin keberkesanan kebolehpasaran graduan setanding dengan kehendak Industri 4.0.

287

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!