11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SIEMENS PROCESS CONTROL IN BIOTECHNOLOGY LEVEL 1

Program latihan ini melibatkan latihan intensif selama lima hari di mana pelajar akan didedahkan secara langsung

dengan kemahiran khusus iaitu process control yang akan diajarkan oleh SIEMENS (M) Sdn. Bhd. yang mana kemahiran

ini sangat diperlukan oleh industri seperti bioteknologi, petrokimia, tenaga dan sumber asli dan yang berkaitan. Tujuan

latihan ini diberikan kepada pelajar adalah kerana kekurangan tenaga mahir dalam kalangan graduan-graduan baharu

kerana kemahiran ini bersifat khusus yang memerlukan latihan khusus untuk membolehkan seseorang pelajar itu

bekerja dalam bidang yang tersebut.

Program ini bakal melibatkan pelajar daripada beberapa buah universiti-universiti teknikal Malaysia (MTUN) daripada

beberapa bidang seperti Bioteknologi Industri, Kejuruteraan Bioteknologi, Sains Industri dan Kejuruteraan Kimia.

Program latihan ini dijangka akan memberi kelebihan kepada pelajar kerana selain daripada menerima latihan praktikal

secara langsung, pelajar juga akan dibekalkan dengan sijil profesional Siemens Process Control in Biotechnology Level 1

yang diiktiraf di peringkat nasional sejurus selepas tamat latihan. Bagi permulaan program, UMP akan bertindak sebagai

penganjur di mana Solutas berperanan sebagai penyelia program dan SIEMENS pula akan menyediakan pusat latihan

dan turut terlibat dalam memberikan latihan secara hands-on dan praktikal di samping beberapa pelatih pakar dari

agensi dan industri berkaitan.

ICoE Bioteknologi telah mengenal pasti dan memilih Solutas Sdn. Bhd. sebagai rakan strategik dan pembekal latihan

yang paling berkelayakan bagi memberikan latihan ini kepada para pelajar kerana Solutas Sdn. Bhd. berpengalaman luas

dan mempunyai rakan strategik dalam bidang process control in Biotechnology seperti SIEMENS Sdn. Bhd. yang boleh

memberikan latihan khusus kepada peserta berserta tawaran kerja kosong dari beberapa rakan strategik yang lain bagi

pelajar yang cemerlang di sepanjang program latihan tersebut.

LEADER IN BIOTECHNOLOGY (BIO-DEGRADABLE PACKAGING)

Program latihan Leader in Biotechnology (Bio-Degradable Packaging) merupakan satu usaha sama di antara KPT, UMP dan

Might Meteor Advance Manufacturing. Latihan khusus ini melibatkan latihan intensif selama 16 hari di mana pelajar

akan didedahkan secara langsung dengan kemahiran bio-degradable packaging yang diperlukan oleh industri berkaitan.

Hal ini kerana, kesedaran industri semasa terhadap alam sekitar dan teknologi hijau yang dapat memelihara kemapanan

alam sekitar adalah semakin meningkat berbanding dengan penggunaan cara penghasilan plastik yang konvensional.

Program ini bakal melibatkan pelajar daripada tujuh buah universiti awam daripada beberapa bidang seperti

bioteknologi industri, kejuruteraan bioteknologi, sains industri dan kejuruteraan kimia. Program latihan ini dijangka akan

memberi kelebihan kepada pelajar kerana selain daripada menerima latihan praktikal secara langsung, pelajar juga akan

dibekalkan dengan sijil profesional Industrial Biotechnology in Bio-degradable Packaging dari badan profesional yang

diiktiraf sejurus selepas tamat latihan. Bagi permulaan program, UMP akan bertindak sebagai penganjur di mana MIGHT

akan menyediakan pusat latihan dan turut terlibat dalam memberikan latihan secara hands-on dan praktikal di samping

beberapa pelatih pakar dari agensi dan industri berkaitan.

ICoE Bioteknologi telah mengenal pasti dan memilih Might Technology Nurturing Sdn. Bhd. (MTN) sebagai rakan

strategik dan pembekal latihan yang paling berkelayakan bagi memberikan latihan ini kepada para pelajar kerana MTN

berpengalaman luas dan mempunyai ramai rakan strategik dalam bidang bio-degradable packaging yang meliputi

bidang pembuatan sehingga ke pemasaran. MTN dipilih untuk dilantik sebagai penyedia perkhidmatan bagi program

283

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!