11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

POTENTIAL COLLABORATION WITH TREEDOM GROUP (TREEDOM)

Pada 12 September 2017, satu lawatan oleh Treedom Group (Treedom) iaitu syarikat yang berpusat di Thailand, ke

kampus Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah diadakan dan ia mencerminkan peningkatan minat antarabangsa di

dalam projek penyelidikan dan pembangunan produk khususnya produk aroma semula jadi. Tujuan lawatan itu adalah

untuk meneroka potensi kerjasama teknikal dan komersial antara Treedom dan UMP dan pembangunan ladang

aromatik di Malaysia. Treedom adalah sebuah syarikat yang mempunyai lebih dari sepuluh tahun pengalaman

perniagaan dalam industri gaharu dan memiliki salah satu ladang gaharu terbesar di Asia Tenggara. Perniagaan

utamanya ialah pembuatan minyak kayu gaharu (Oud) yang berkualiti tinggi di mana ia membekalkan wangian dan

minyak wangi kepada kira-kira 45 buah negara di seluruh dunia. Sebagai sebuah universiti teknikal, UMP telah mencapai

reputasinya dengan memupuk inovasi melalui penyelidikan dan pembangunan teknologi merangkumi bidang

Kejuruteraan dan Sains, yang merangkumi banyak penerbitan dan penemuan aromatik.

CIPTAAN KREATIF UNTUK PRODUK HERBA

Thailand dan negara-negara di Asia telah bersetuju untuk menubuhkan Komuniti Ekonomi Asia (AEC) yang telah

dilaksanakan pada akhir tahun 2015. Setelah Perjanjian Perdagangan Bebas AEC digubal, langkah piawaian dan kawalan

untuk barangan dan produk, terutamanya ubatan dan herba, perlu dikawal oleh undang-undang import dan eksport

bagi wilayah AEC. Oleh itu, untuk memaparkan kajian saintifik mengenai penghasilan produk herba kepada negaranegara

AEC, Jabatan Farmakognosi dan Farmaseutikal Botani di bawah Fakulti Sains Farmaseutikal (PSU) akan

mengadakan satu program ‘Ciptaan Kreatif Untuk Produk Herba’ kepada ahli AEC yang berminat. Program ini

ditanggung oleh Belanjawan Tahunan Kerajaan 2017 (Hub Ubatan), Thailand.

271

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!