11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

KURSUS ASAS ENGINE TUNING DAN CHASIS DYNO OPERATION

Bagi mempelbagaikan penawaran kursus kepada pihak luar, AEC telah menganjurkan satu Kursus Asas Engine Tuning

and Chasis Dyno Operation yang telah berlangsung pada 24 hingga 26 Februari 2017. Kursus yang pertama kali

dianjurkan ini menyasarkan kepada peserta yang ingin mendalami ilmu berkaitan Engine Management. Kursus ini telah

mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta luar terutamanya pengusaha-pengusaha bengkel

sekitar dalam dan luar negeri Pahang. Kursus yang diadakan selama tiga hari ini berlangsung dengan jayanya di mana

daripada maklum balas yang diterima, menyatakan kursus ini memberi ilmu dan kemahiran yang penting dalam

pengendalian dan pengetahuan berkaitan enjin kenderaan.

LAWATAN PENJAJARAN STRATEGIK RAKAN KERJASAMA DAN PERKONGSIAN

PENULISAN JURNAL BERIMPAK TINGGI

AEC menerima jemputan program lawatan dan perkongsian penulisan jurnal berimpak tinggi ke Kementerian Riset,

Teknologi dan Pendidikan Tinggi Aceh (KOPERTIS), Universitas Muhammadiyah dan Universitas Abulyatama Aceh,

Indonesia. Objektif lawatan dan kerjasama ini dibuat adalah bagi membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti

penerbitan jurnal universiti-universiti berkenaan khususnya jurnal persidangan yang berimpak tinggi dan mengukuhkan

hubungan kerjasama penyelidikan dengan mengadakan program penyelidikan bersama bagi projek-projek

penyelidikan yang mempunyai potensi besar untuk dimajukan dan diketengahkan di UMP. Program dimulakan dengan

mesyuarat AEC bersama pihak KOPERTIS, pada 30 Oktober 2017. Selain itu, Timbalan Pengarah AEC, Haji Dr. Mohd

Shahrir Mohd Sani juga dijemput sebagai penceramah jemputan untuk Program Pemantapan Pelajar Universiti di

bawah seliaan pihak KOPERTIS.

264

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!