11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

SINGGAH SAHUR RAMADAN CERRM-GERAKAN BELIA 4B CERIAKAN

GOLONGAN ASNAF

Menyedari akan peranan dan sumbangan universiti dalam proses pembentukan sesebuah masyarakat, CERRM dengan

kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kuantan telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Singgah

Sahur Ramadan 2017 khusus bagi menyelami nasib golongan asnaf di sekitar daerah Kuantan pada 17 Jun 2017.

Program yang melibatkan hampir seramai 30 orang sukarelawan terdiri daripada staf CERRM, pelajar dan ahli Gerakan

Belia 4B Malaysia Kawasan Kuantan telah berjaya menyerahkan sumbangan kepada 18 keluarga yang dikenal pasti

kurang berkemampuan di sekitar kawasan Kuantan. Sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian seperti beras,

bihun, biskut, gula, teh dan juga wang tunai.

CERRM RAIH PENGHARGAAN DALAM PENYELIDIKAN DI MUCET 2017

Menyedari akan kepentingan pendedahan dan kemajuan dalam penyelidikan, CERRM telah mengambil langkah

menghantar empat orang pelajar pascasiswazah di bawah seliaan pusat kecemerlangan ini ke Malaysian Technical

Universities Conference On Engineering & Technology 2017 (MUCET 2017) yang berlangsung dari 6 hingga 7 Disember

2017 di Parkroyal Hotel, Pulau Pinang. Lebih manis lagi percubaan pertama CERRM menghantar pelajar pascasiswazah

ke persidangan ini membuahkan hasil apabila meraih dua anugerah khas iaitu Best Paper Award (Civil Engineering) dan

juga Best of The Best Paper Award melalui penyelidikan bertajuk Investigation of Salt Intrusion Study in the Belat Estuary

oleh Nur Syuhaida Adnan; pelajar sarjana di bawah seliaan Dr. Jacqueline Isabella Gisen. Kejayaan meraih anugerah

tersebut telah membuktikan kualiti penyelidikan di CERRM dan UMP khususnya telah berjaya menarik perhatian umum

sekaligus menaikkan nama dan imej UMP dalam kalangan universiti terkemuka di negara ini.

258

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!