11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

LAWATAN KERJA RASMI KE PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN

NEGERI PAHANG

Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala di antara UMP dan Kerajaan Negeri Pahang, CERRM telah

mengambil inisiatif dengan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Dalam lawatan tersebut, Pengarah CERRM memaklumkan kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang

(Pembangunan), Dato' Suhaimi Mohd Yunus bahawa CERRM sedang dalam proses permohonan bagi mendapatkan

geran antarabangsa negara Jepun melalui Japan International Cooperation Agency (JICA). Profesor Madya Dr. Muzamir

Hasan turut memaklumkan bahawa rakan kolaborasi iaitu Profesor Dr. Masayuki Hyodo (Yamaguchi University), Presiden

Shigeyoshi Takahashi dan Sachiaki Kagaya (Asahi Techno Co. Ltd. Japan) bersama dua wakil dari Japan Development

Institute (JDI) iaitu agensi perunding bagi Japan International Cooperation Agency (JICA); yang mana

bertanggungjawab bagi geran peruntukan dari JICA yang disumbangkan oleh kerajaan Jepun; merancang untuk

melawat Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang pada 9 Ogos 2017 (Rabu) bagi membincangkan

berkenaan projek penyelidikan yang bakal dilaksanakan di negeri Pahang.

Menurut beliau, tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi gambaran sebenar situasi yang dihadapi di Pahang

terutamanya masalah banjir dan kawasan-kawasan pembinaan (contohnya jambatan, empangan, cofferdam, caisson dan

lain-lain) dan kawasan-kawasan kediaman bagi tujuan pembangunan yang digenangi air (aras air dalam tanah yang

tinggi) yang dihadapi penduduk tempatan. Ini adalah kerana pihak UMP dan Yamaguchi University sedang berusaha

untuk memohon peruntukan dari pihak JICA dengan sokongan dari pihak JDI untuk mengkaji dan menyelesaikan

masalah yang dinyatakan di atas dengan mengaplikasikan teknologi yang telah diperkenalkan oleh Asahitechno Co. Ltd.

Japan sebagai satu kajian kes di Pahang.

256

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!