11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Selain itu juga, CERRM turut mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bersama

pihak berkepentingan seperti Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Jabatan Pengairan &

Saliran (JPS) Malaysia, syarikat-syarikat swasta dari dalam dan luar negara dan sebagainya lagi bagi mengenalpasti

kriteria sebenar graduan yang diperlukan dalam industri ini. Bagi menyokong hasrat universiti dalam memastikan

kebolehpasaran graduan, CERRM juga turut menyediakan platform seperti sesi pembentangan kepada rakan industri

yang dikendalikan oleh para siswazah untuk mempromosikan diri, bakat dan pencapaian mereka dalam usaha menarik

minat industri.

PROGRAM PENGAJIAN YANG MENYOKONG INISIATIF PENUBUHAN PUSAT

Dalam memperkasa bidang Kejuruteraan Awam dan Pengurusan Sumber Alam, UMP memperkenalkan program

diploma dan ijazah kejuruteraan awam di bawah FKASA selain beberapa program di peringkat pascasiswazah.

Pengenalan program-program di peringkat pascasiswazah seperti Sarjana Sains (Pengurusan Alam Sekitar), Sarjana Sains

(Teknologi Alam Sekitar), Sarjana Kejuruteraan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Kejuruteraan (Pembinaan) dan Doktor

Falsafah. Pengenalan program-program pascasiswazah ini adalah sangat membantu dalam memacu perkembangan

penyelidikan di CERRM.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DI CERRM

1. Menjalankan penyelidikan dan perundingan kepada masyarakat dan industri berkaitan kejuruteraan awam dan

pengurusan alam sekitar;

2. Menawarkan ijazah lanjutan dengan kerjasama fakulti-fakulti;

3. Menjalankan penyelidikan multi-disiplin dengan kolaborasi antarabangsa;

4. Membangunkan sumber dan infrastruktur untuk penyelidikan, perkhidmatan dan latihan; dan

5. Menggalakkan rangkaian kerjasama tempatan, nasional dan antarabangsa dalam kalangan ahli akademik dan

profesional.

PUSAT KECEMERLANGAN PENGAJIAN TINGGI (HICoE)

Penubuhan Pusat Kecemerlangan, Centre of Excellence (CoE) adalah bertujuan untuk memacu Institusi Pengajian Tinggi

(IPT) agar sentiasa berdaya saing dalam pelbagai bidang penyelidikan, kepakaran dan perkhidmatan di peringkat

kebangsaan serta antarabangsa. Kepelbagaian CoE yang ditubuhkan juga merupakan antara usaha yang dijalankan

untuk membudayakan dan meningkatkan kualiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta perkhidmatan yang

ditawarkan oleh IPT secara amnya. Penarafan CoE di Institut Pengajian Tinggi sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian

Tinggi, Higher Institution Centres of Excellence (HICoE) adalah salah satu langkah strategik untuk melonjakkan HICoE yang

telah dinobatkan untuk menjadi peneraju dalam bidang nic masing-masing ke peringkat kebangsaan dan seterusnya

dipupuk dan dilonjakkan ke arah mencapai taraf antarabangsa. Selain itu, bidang nic HICoE tersebut juga akan

mendukung sembilan Sektor Keutamaan Negara. Dalam memastikan CERRM terus kekal relevan dan berdaya saing

selaras dengan matlamat penubuhannya; CERRM kini telah memulakan inisiatif bagi mendapatkan penarafan sebagai

sebuah HICoE yang berteraskan penyelidikan dan inovasi dengan fokus utama CERRM adalah penyelidikan dalam

bidang water security selain environment and clime change.

251

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!