11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

Antara fungsi utama CERRM adalah bagi memenuhi keperluan tenaga kepakaran tempatan dengan menyumbang

dalam mengeluarkan tenaga pakar yang dapat menyokong industri dalam bidang-bidang yang berkait secara langsung

dengan kejuruteraan awam dan sumber alam melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan.

Selain itu, CERRM turut diwujudkan bagi menggalakkan pemindahan teknologi melalui hubungan nasional dan

antarabangsa dengan program pertukaran staf, lawatan pakar/profesor, seminar, persidangan dan sebagainya. Sebagai

sebuah universiti awam yang terletak di bahagian timur Semenanjung Malaysia, UMP turut berperanan dalam memacu

perkembangan ekonomi dan teknologi wilayah setempat dengan CERRM turut mengambil bahagian aktif dalam aktiviti

perancangan ekonomi dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

PERANAN CERRM DALAM MEMACU PEMBANGUNAN NEGARA

Sejajar dengan hasrat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, aspek pembangunan infrastruktur

merupakan suatu elemen penting yang sangat dititikberatkan. Dengan mengambil pendekatan seperti mana yang

digariskan dalam RMK-8 dan RMK-9, CERRM telah berfungsi sebagai sebuah pusat rujukan yang memberikan khidmat

nasihat kepakaran berhubung sesuatu pembangunan bagi memastikan kelestarian alam sekitar kekal mapan dan

terpelihara.

CERRM juga telah mengambil inisiatif dengan merangka program-program dan aktiviti penyelidikan yang secara tidak

langsung menyokong setiap dasar yang diumumkan oleh kerajaan. Mengambil contoh Dasar Teknologi Hijau Negara

yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 24 Julai 2009,

CERRM telah memulakan penyelidikan berasaskan teknologi hijau yang seterusnya membawa kepada inovasi bahan

buangan kepada bahan penapis air bawah tanah yang sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada bahan kimia

selain mengeksploitasi bahan buangan yang secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah pengurusan sisa.

PERANAN CERRM DALAM KERJASAMA BERSAMA INDUSTRI DAN IMPAK

KEPADA GRADUAN

Dalam mencapai matlamat utama penubuhan CERRM untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang

kejuruteraan awam dan sumber alam yang ternama di peringkat nasional dan antarabangsa, CERRM mengambil

langkah proaktif untuk menjalinkan kerjasama bersama badan-badan kerajaan dan swasta dari dalam dan luar negara.

Mengambil kira aspek kebolehpasaran graduan, setiap hubungan kerjasama yang dijalinkan oleh CERRM bersama pihak

industri amat menitikberatkan aspek penglibatan siswazah.

CERRM bersama-sama rakan industri mengambil pendekatan mengetengahkan para siswazah dengan realiti pekerjaan

sebenar dengan memberi peluang kepada mereka melalui kaedah hands-on training bersama pihak industri selain

mengatur program-program yang akan diketuai sendiri oleh siswazah yang terlibat. Bagi memastikan siswazah

mendapat pendedahan dan manfaat yang sewajarnya daripada kerjasama bersama pihak industri, CERRM turut

membuka peluang kepada para siswazah untuk menjalani latihan industri khususnya di luar negara seperti di Korea dan

sebagainya bagi memantapkan kemahiran selain memberi pengalaman kepada mereka untuk berinteraksi dalam

suasana berbeza.

250

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!