11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

FAKULTI PENGURUSAN INDUSTRI (FPI)

Fakulti Pengurusan Industri (FPI) ditubuhkan pada bulan Julai 2014 dan menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan

Projek dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Industri dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda

Kejuruteraan Perniagaan dengan Kepujian (Dengan Kerjasama Reutlingen University, Jerman).

ABEST 21 ACCREDITATION

Pada 5 Oktober 2016 yang lalu, FPI telah diaudit oleh ABEST 21 Peer-Review Team bagi program Sarjana Pentadbiran

Perniagaan (MBA) Mod Kerja Kursus. Lawatan tersebut bertujuan untuk membuat penilaian terhadap pengurusan

tertinggi UMP, pihak pengurusan fakulti, para pensyarah MBA, para pelajar dan alumni yang terlibat secara langsung

dalam Self-Check Report yang dinyatakan. Pada 8 Mac 2017, pihak fakulti menerima pengiktirafan sijil akreditasi dan

diumumkan sebagai pemenang Anugerah Amalan Baik Bagi Pendidikan Bersepadu Pengurusan dan Teknologi oleh

ABEST21 di Tokyo, Jepun. Kini, bagi penambahbaikan berterusan, pihak fakulti sedang menyiapkan dokumen Kaizen

untuk dihantar kepada ABEST21.

PELAJAR KEJURUTERAAN PERNIAGAAN KE HSR REUTLINGEN, JERMAN

Pada September 2017 yang lalu, buat pertama kalinya UMP menghantar 10 orang pelajar ambilan pertama program Dwi

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perniagaan ke ESB Business School, Reutligen University, Germany. Pelajar-pelajar

tersebut akan meneruskan baki dua tahun pengajian di Jerman sehingga tamat pengajian. Di samping itu, enam orang

pelajar program tersebut juga turut mengikuti program Summer School di sana selama dua minggu. Walaupun pelajarpelajar

ini tidak meneruskan pengajian di Jerman, mereka turut diberikan peluang mendapat pengalaman belajar dalam

tempoh yang singkat di sana. Pelajar-pelajar tersebut diharap dapat meningkatkan kepelbagaian budaya, perkongsian

ilmu dan juga pengalaman bersama-sama dengan pelajar Jerman di sana.

242

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!