11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN

(FTeK)

Fakulti Teknologi (FTek) ditubuhkan pada bulan September 2011 dengan menawarkan dua bidang utama iaitu

Pengurusan Teknologi dan Teknologi Kejuruteraan. FTeK merupakan fakulti pertama di Malaysia yang menawarkan

program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan program Sarjana Muda Pengurusan Projek. Program

Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan direka bentuk dengan fokus menjurus ke arah Sains yang

menjadikan ia berbeza dengan program lain. FTeK berperanan menerajui pembangunan modal insan dalam bidang

Pengurusan Teknologi dan Teknologi Kejuruteraan menerusi pendekatan kilang pembelajaran teaching factory. Selain

itu, objektif fakulti adalah untuk melatih dan menghasilkan graduan profesional yang kompeten. Dalam usaha untuk

mencapai matlamat ini fakulti menawarkan program akademik yang mencakupi elemen pengetahuan yang tinggi,

kemahiran teknikal/amali, pemikiran kritikal dan pendekatan saintifik, kemahiran komunikasi, Kemahiran

sosial/kebertanggungjawaban, pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran pengurusan dan keusahawanan,

profesionalisme serta kemahiran kepimpinan.

5 TH INTERNATIONAL YOUNG RESEARCHERS WORKSHOP ON RIVER BASIN ENVIRONMENT

AND MANAGEMENT

5 th International Young Researchers Workshop On River Basin Environment and Management telah diadakan pada 28 dan 29

Oktober 2017 bertempat di Swiss Garden Beach Resort, Kuantan. Program ini melibatkan penyertaan penyelidikpenyelidik

daripada beberapa buah negara seperti Malaysia, Jepun, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Nepal. Pengisian

utama program adalah untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan pengairan dan persekitaran serta kesannya

terhadap kehidupan dan alam sekitar. Ia telah dirasmikan oleh ialah Dato’ Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim, Ketua

Pengarah, Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

238

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!