11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

FURTHER STUDY TALK DI GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE (GMI), BANGI

Program Further Study Talk telah diadakan di Auditorium German-Malaysian Institute (GMI) Bangi pada pagi 17 Mac 2017

dan dihadiri oleh seramai lebih dari 60 orang pelajar German-Malaysian Institute (GMI). Tujuan program ini adalah untuk

menyampaikan maklumat serta dialog bersama pelajar berkaitan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah

pertama serta program dalam bidang sesuai yang ditawarkan oleh UMP.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTANAH HAJJAH KALSOM, SEKOLAH KLUSTER FKP

HARUMKAN NAMA UMP

Hasil jaringan strategik FKP dengan sekolah kluster membuahkan hasil apabila pasukan Dex-rac Racing dari Sekolah

Menengah Sultanah Hajjah Kalsom dinobatkan johan keseluruhan setelah mengalahkan pasukan-pasukan dari seluruh

Malaysia dengan meraih anugerah 3 rd Place in Knock-out Race, Best Engineered Car Award dan Fastest Car Award dalam

pertandingan F1 in Schools Malaysia National Finals 2017 yang diadakan di Politeknik Port Dickson pada 12 November

2017. Dengan kejayaan ini, pasukan Dex-rac Racing yang terdiri daripada empat pelajar iaitu Nur Alia Natasha Amizi, Nur

Sabrina Riduan, Ainul Jannah Hasim, Ahmad Faris Zikri Rozanudin serta guru pengiring Hasfasuriazal Hasman layak

menyertai pertandingan peringkat antarabangs F1 in Schools Technology Challenge World Final 2018 yang akan diadakan

pada tahun 2018. Sekolah ini telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan F1 in Schools Peringkat Zon Timur setiap

tahun mulai tahun 2012 sehingga tahun 2017 termasuk berjaya menjadi johan keseluruhan pertandingan peringkat

kebangsaan ini untuk tiga tahun berturut-turut. Hubungan strategik dengan sekolah kluster ini turut membabitkan

penawaran perkhidmatan kepakaran staf fakulti serta berjaya menonjolkan identiti UMP di persada antarabangsa.

236

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!