11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

kepada para penyelidik, pelajar pascasiswazah serta pihak industri dalam bidang kejuruteraan pembuatan bersamasama

membentangkan hasil penyelidikan masing-masing. Dengan platform ini, APCOMS-iMEC 2017 telah memulakan

proses untuk mendapatkan penemuan baharu dan daripada penemuan tersebut diharapkan akan terhasil produk dan

perkhidmatan untuk pasaran sama ada pada peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

KOLABORASI DENGAN INDUSTRI

NDA DENGAN MUEHLBAUER TECHNOLOGIES SDN. BHD.

Satu majlis menandatangani NDA di antara UMP dan Muehlbauer Technologies Sdn. Bhd. telah berlangsung pada 2 Mac

2017 di FKP UMP Kampus Pekan. NDA ini akan memudahcara penerokaan pelbagai bidang kerjasama oleh kedua-dua

belah pihak terutamanya penyelidikan dan pembangunan serta penempatan pelajar latihan industri. Syarikat

Muehlbauer Technologies Sdn. Bhd. berpangkalan di Melaka telah ditubuhkan pada tahun 1981 dan merupakan sebuah

one-stop-shop technology partner bagi kad pintar, e-passport, RFID serta industri solar. Selain itu, Muehlbauer juga

menghasilkan komponen ketepatan tinggi dalam bidang micro-chip die sorting, pita pembawa, automasi, penandaan

dan sistem kebolehkesanan. Muehlbauer juga telah sudi berkongsi pengalaman dan kepakaran melalui ceramah industri

yang telah berlangsung pada 1 Mac 2017 di Dewan Kuliah 1, FKP. Pada hari yang sama juga pihak Meuhlbauer telah

menemu duga pelajar-pelajar tahun akhir bagi mendapatkan pekerjaan di syarikat tersebut dan pelajar tahun tiga untuk

menjalankan latihan industri serta memohon penajaan pengajian daripada Meuhlbauer terutamanya kepada para

pelajar Dwi-Ijazah. Kunjungan kali ini adalah merupakan kunjungan buat kali ketiga oleh Muehlbauer. Melalui kerjasama

ini, ia telah memberikan manfaat kepada semua pelajar UMP umumnya dan khususnya kepada para pelajar FKP.

235

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!