11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN

(FKP)

Objektif utama penubuhan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) adalah untuk mengeluarkan tenaga profesional di

dalam bidang kejuruteraan pembuatan dan mekatronik serta melahirkan lebih ramai jurutera-jurutera berkompeten

tinggi yang dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak industri. Sejak penubuhan

FKP pada tahun 2008, FKP telah beroperasi di Kampus UMP Gambang. Pengambilan pelajar pertama telah dilakukan

pada sesi pengajian 2008/2009 dengan pelajar seramai 62 orang. Pada Februari 2012, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan

telah beroperasi di bangunan baru di UMP Kampus Pekan dan sehingga tahun 2017, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan

mempunyai kekuatan staf akademik & bukan akademik seramai 74 orang dan jumlah pelajar terkini seramai 727 orang.

KOLABORASI ANTARABANGSA

JOINT CONFERENCE OF (APCOMS 2017) 4TH ASIA PACIFIC CONFERENCE ON

MANUFACTURING SYSTEMS & (IMEC 2017) 3RD INTERNATIONAL MANUFACTURING

ENGINEERING CONFERENCE

Seminar Antarabangsa APCOMS-iMEC 2017 anjuran Fakulti Teknologi Industri, Institut Teknologi Bandung, Indonesia

dengan kerjasama FKP telah dilaksanakan pada 7 hingga 8 Disember 2017 di Hotel Eastparc, Yogkarta Indonesia dengan

tema bagi seminar ini adalah Taking The Factories To The Next Level. APCOMS-iMEC 2017 ini merupakan seminar anjuran

bersama UMP dan ITB untuk kali kedua. Pada kali pertama, FKP menjadi tuan rumah pada 2015 di Kuala Lumpur.

Seminar antarabangsa ini menyaksikan hampir 86 orang peserta dari dalam dan luar negara membentangkan hasil

penyelidikan mereka dalam bidang Manufacturing System, Manufacturing Automation, Manufacturing Processes dan

Materials. Daripada jumlah tersebut seramai 30 orang adalah peserta adalah staf dan para pelajar daripada UMP.

Keynote Speaker yang telah dijemput untuk APCOMS-iMEC 2017, Dr. Ir. Mesdin Simarmata dari Creative Economy

Agency (BERKAF) Indonesia yang membentangkan kertas kerja berkaitan Evolusi Industri, Profesor Dr. Zahari Taha dari

FKP membentangkan kertas kerja berkaitan cabaran dan perspektif penyelidikan bagi Industri 4.0 serta Profesor Dr. Shih-

Ming Wang, dari Chung Yuan Christian University, Taiwan yang membentangkan kertas kerja berkaitan dengan aplikasi

Industri 4.0 bagi industri konvensional. Pengetahuan dan penemuan baharu tidak boleh dihasilkan tanpa sebarang

aktiviti penyelidikan, pembangunan (R&D) dan mengkomersialkan. APCOMS-iMEC 2017 telah menyediakan platform

234

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!