11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

LATIHAN INDUSTRI DI LUAR NEGARA

Sepanjang tahun 2017, pihak fakulti telah bekerjasama dengan institusi akademik dan industri luar negara untuk

melibatkan pelajar menjalani latihan industri di peringkat antarabangsa. Objektif utama ialah untuk mendedahkan

pelajar kepada persekitaran kerja yang konduksi yang berkaitan dengan kursus mereka serta menyesuaikan diri dengan

persekitaran luar negara. Seramai tiga orang pelajar telah berjaya menamatkan latihan industri di luar negara sepanjang

tahun 2017 iaitu Nurul Syazwani Mohd Zamri ke Fakulti Sains Farmaseutikal, Prince of Songkhla University Thailand, Lim

Yee Peng ke Fakulti Sains, Prince of Songkhla University Thailand dan Chong Siok Geok ke Fakulti Sains, Prince of

Songkla University Thailand.

THE 1 ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON APPLIED & INDUSTRIAL MATHEMATICS AND

STATISTICS (ICoAIMS) 2017

FIST berjaya menganjurkan persidangan antarabangsa iaitu 1 st International Conference on Applied & Industrial

Mathematics and Statistics (ICoAIMS) 2017 yang telah dilaksanakan pada 8 hingga 10 Ogos 2017 bertempat di Hotel

Vistana, Kuantan, Pahang. Tema persidangan ini ialah Bridging Mathematics & Industry. ICoAIMS 2017 ada pengajuran

bersama FIST, Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Society For Industrial And Applied Mathematics (SIAM),

Malaysian Mathematical Sciences Society (PERSAMA) and Malaysian Institute of Statistics (ISM). Pemilihan tema ini

adalah selaras dengan usaha untuk mencerminkan kewujudan matematik dalam perspektif industri. Ia bertujuan untuk

menjadi platform bagi para penyelidik dan profesional daripada seluruh dunia untuk berkongsi idea dan pengalaman

penyelidikan, khususnya dalam bidang-bidang berikut; Aplikasi Kejuruteraan & Perindustrian, Matematik Gunaan,

Matematik Komputasi, Statistik, Penyelidikan Operasi, Pendidikan Matematik dan lain-lain disiplin yang berkaitan.

Sebanyak 200 abstrak telah diterima untuk seminar ini serta seramai 193 orang peserta termasuk pembentang telah

hadir pada seminar ini. Para perwakilan mewakili universiti awam dan swasta di Malaysia, Indonesia, Bangladesh,

Filipina, India, Kazakhstan, Nigeria, Pakistan, Arab Saudi, Korea Selatan, Sri Lanka, Sudan, Turki, Oman, Iran dan Thailand.

222

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!