11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

FAKULTI SISTEM KOMPUTER &

KEJURUTERAAN PERISIAN (FSKKP)

Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) telah ditubuhkan pada 16 Februari 2002 untuk menghasilkan

graduan yang berilmu, berkemahiran tinggi dan berdaya saing dalam bidang kejuruteraan perisian, sistem dan

rangkaian komputer. Pada peringkat awal penubuhan FSKKP, fakulti menawarkan dua bidang pengajian iaitu

Kejuruteraan Perisian dan Rangkaian Komputer. Kini, FSKKP menawarkan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

(Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Komputer & Rangkaian) dengan

Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Teknologi Grafik & Multimedia) dengan Kepujian.

Fakulti juga telah memulakan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan meliputi bidang seperti Sistem Maklumat,

Kejuruteraan Perisian, Sistem Komputer, Sistem Komunikasi, Grafik dan Teknologi Multimedia untuk menghasilkan

teknologi yang relevan dengan keperluan industri semasa.

THE 5 TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOFTWARE ENGINEERING & COMPUTER

SYSTEMS (ICSECS’17)

UMP melalui FSKKP bersama dengan Bayan University, Iraq telah menganjurkan satu persidangan peringkat

antarabangsa iaitu The 5 th International Conference on Software Engineering & Computer Systems (ICSECS’17). Persidangan

dwi tahunan ini adalah landasan kepada para penyelidik untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka dan

berkongsi pengalaman serta bertukar-tukar pendapat mengenai aplikasi, metalogi dan teknologi terbaru kejuruteraan

perisian serta sistem komputer. Perbincangan, rumusan dan cadangan yang dibuat dalam persidangan ini diharap akan

dapat menyumbang kepada dunia ICT secara amnya. Sebanyak 116 kertas kerja diterima untuk dibentangkan sepanjang

persidangan selama dua hari ini merangkumi lima bidang iaitu Software Engineering, Network Systems & Security, Soft

Computing & Intelligent Systems Technology, Multimedia Computing & Computer Vision dan Information System.

Keseluruhannya, persidangan ini berjaya menarik penyertaan daripada luar negara iaitu daripada Ukraine, Russia dan

Saudi Arabia. Di samping itu juga, fakulti turut menerima sambutan yang baik dari segi penajaan di mana beberapa

syarikat telah memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan atau peralatan seperti Conference Event

Management Systems (CEMS) dan Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC). Diharapkan

persidangan ini menjadi platform untuk mempromosi UMP khususnya FSKKP ke seluruh dunia selain menyumbang ke

arah pencapaian KPI universiti umumnya.

214

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!