11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

UMP MENANG 2 EMAS, 1 PERAK DAN 1 GANGSA DALAM INTERVARSITY SPORTS EVENT 2017

Serama 20 pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA), UMP telah menyertai Intervarsity Sports Event 2017

bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Kejohanan sukan ini dianjurkan oleh American Institute

of Chemical Engineers (AiChE), UTM bermula dari 31 Mac hingga 3 April 2017 dengan mempertandingkan sembilan acara

iaitu ping pong, badminton, bola tampar, bola jaring, bola keranjang, futsal, sepak takraw, Dota 2 dan FIFA 2017.

Pada kejohanan kali ini, pasukan pelajar FKKSA, UMP telah berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan dengan

memenangi dua emas, satu perak dan satu gangsa. Manakala johan keseluruhan Intervarsity Sport Event 2017 telah

disandangkan oleh pasukan tuan rumah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pertandingan ini berjaya meningkatkan dan menyerlahkan bakat pelajar UMP yang sedia ada mahupun yang baharu.

Selain itu, para pelajar dapat bersaing secara sihat dan memenuhi satu daripada lapan teras iaitu teras sukan yang

diperkenalkan. Para pelajar bukan sahaja dapat bersaing dan menunjukkan kebolehan mereka malah mereka juga dapat

berkongsi idea dan bertukar pendapat dengan mengetahui perkembangan universiti-universiti di Malaysia mengenai

bidang akademik mahupun kokurikulum.

PROJEK CSR ‘RASA KASIH’ UMP BERSAMA ECO24 CO. LTD (JAPAN) MEMBERI KESEDARAN

KEPADA UMUM MENGENAI BAHAYA ASBESTOS

Projek CSR telah dijalankan bertempat di Sekolah Kebangsaan Indera Shahbandar, Pekan pada 11 November 2017

dengan penglibatan seramai 30 pelajar UMP (15 wakil pelajar daripada kelab CHEST, FKKSA dan 15 wakil pelajar

daripada kelab MECHAPRO, FKM). Bagi projek kali ini, mahasiswa dan mahasiswi diagihkan kepada tiga tugasan iaitu

salut atap asbestos, melukis mural, dan membersihkan perpustakaan di sekolah tersebut. Hasil kerjasama semua pihak,

program CSR Rasa Kasih UMP bersama ECO24 ini berlangsung dengan jayanya. Selain dapat memberi pendedahan

terhadap risiko partikel asbestos yang boleh menyebabkan penyakit seperti mesothelioma, kanser paru-paru dan

asbestosis, hubungan antara sukarelawan UMP serta pihak sekolah turut terjalin dengan eratnya.

209

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!