11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

ARTIKEL SUPERB-TERAJU

Dr. Norashikin Mat Zain dan Najib Razali, pensyarah dari FKKSA telah berjaya memenangi geran Skim Permulaan

Usahawan Bumiputera (SUPERB) bernilai sehingga RM 500,000 berdasarkan idea yang kreatif dan inovatif. Pemilihan

telah dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan SUPERB yang dianggotai sekumpulan panel usahawan yang berjaya dalam

bidang perniagaan masing-masing. Sesi akhir program SUPERB 2017 Siri Pertama ini telah diadakan pada 12 dan 13 Mei

2017 anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di Aloft Hotel, KL Sentral.

UMP RAIH TEMPAT KETIGA DALAM PERTANDINGAN CHEM-E-CAR KE-12 PERINGKAT

KEBANGSAAN

UMP telah terpilih menjadi tuan rumah bagi pertandingan Chem-E-Car kali ke-12 peringkat kebangsaan anjuran

bersama Institution of Engineers Malaysia (IEM) dan FKKSA. Pertandingan yang mempertandingkan inovasi kereta yang

menggunakan sumber tenaga yang berasal daripada tindak balas bahan kimia ini telah menarik penyertaan seramai 72

kumpulan daripada 30 buah universiti dari dalam dan luar negara. Bersesuaian dengan tema pada tahun ini Innovation,

Reaction & Regeneration wakil UMP dari kumpulan Chem Rover di bawah seliaan Profesor Madya Dr. Jolius Gimbun telah

membuat inovasi kepada kereta ciptaan mereka dan berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori Car Challenge dan

tempat ketujuh bagi kategori e-Poster yang telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 1,000 dan plak.

208

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!