11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA &

SUMBER ASLI (FKKSA)

Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) ditubuhkan pada 15 Februari 2002. FKKSA menawarkan tiga program

akademik iaitu Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Kimia, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia

dengan Kepujian dan Diploma Kejuruteraan Kimia (Loji Proses). Program-program ini adalah berasaskan kepada

kemahiran dan aplikasi, menitikberatkan kepada kombinasi teori, kemahiran praktikal dan proses pembelajaran dalam

megenal pasti masalah dan cabaran di industri. Pengajian ini merangkumi separation process, chemical reaction

engineering, process engineering, system control dan environmental engineering.

PELAJAR PHD UMP, ASHWIN MENANG ASIA-PACIFIC 3 MINUTE THESIS

Ashwin Charles Benedict, pelajar PhD dari FKKSA, UMP telah dinobatkan sebagai pemenang untuk Pertandingan Asia-

Pacific 3 Minute Thesis. Dalam pertandingan tersebut, Ashwin telah berjaya mengalahkan 55 peserta lain dari Australia,

New Zealand dan Asia pada 29 September 2017. Ashwin juga dipilih sebagai pemenang untuk People’s Choice Award

dalam pertandingan akhir yang diadakan di University of Queensland dan membawa pulang geran perjalanan

penyelidikan yang bernilai $1,000. Terdahulu, beliau telah memenangi tempat pertama bagi kategori kejuruteraan dan

dianugerahkan Best of the Best di dalam pertandingan yang sama pada peringkat kebangsaan yang telah diadakan di

Universiti Sains Malaysia (USM) pada bulan Mei yang lalu. Kemenangan ini telah melayakkan Ashwin untuk mewakili

Malaysia di Asia-Pacific 3 Minute Thesis yang diadakan di Brisbane, Australia. Selain itu, tesis beliau yang berjudul

Catalyzing Change: Light at the end of the Tunne berjaya menarik perhatian juri sehingga beliau dihadiahkan $5,000 geran

perjalanan penyelidikan serta pembiayaan dan kemasukan ke Final Labs Falling Walls 2017 serta penyertaan persidangan

di Berlin.

205

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!