11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

HARI KUALITI DAN INOVASI UMP 2017

Sambutan Hari Kualiti & Inovasi UMP telah diadakan pada 19 Mei 2017 dan mengisyaratkan kepekaan pihak pengurusan

universiti ini terhadap kepentingan pembudayaan perkhidmatan yang cemerlang bersandarkan nilai-nilai teras UMP.

Penggabungan elemen kualiti dan Inovasi merupakan prasyarat kecemerlangan perkhidmatan awam dewasa ini, sejajar

dengan seruan dan saranan kerajaan.

Pelbagai kategori pengiktirafan dan penghargaan yang telah diwujudkan sempena sambutan Majlis Hari Kualiti & Inovasi

merupakan petunjuk nyata bahawa pihak pengurusan sentiasa komited memberi galakan kepada warga UMP dalam

memberikan sumbangan terbaik dalam ruang kepakaran dan kemahiran mereka ke arah kecemerlangan prestasi secara

berterusan. Majlis Hari Kualiti dan Inovasi telah memberikan pengiktirafan kepada kejayaan sesuatu aktiviti yang diperoleh

secara seimbang yang berasaskan kepada tanggungjawab sebenar warga UMP dalam konteks kreativiti, teknologi dan

inovasi dalam pembangunan pendidikan.

RASIONAL PELAKSANAAN

i. Menunjukkan komitmen pihak pengurusan kepada penerapan budaya pengurusan kualiti secara berterusan untuk

memulakan pembudayaan inovasi dalam kalangan staf;

ii. Menarik perhatian dan minat staf tentang pentingnya penekanan kualiti di dalam urusan penyampaian perkhidmatan

dari semasa ke semasa;

iii. Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja yang diamalkan; dan

iv. Kriteria-kriteria yang diguna pakai untuk penilaian adalah lebih kepada melihat hasil/faedah yang diperoleh di atas

sesuatu perubahan atau penyelarasan yang dibuat oleh PTJ demi menjaga kepentingan mutu dan kualiti

penyampaian perkhidmatan.

HADIAH DAN ANUGERAH

• Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang (AKPC)

• Anugerah Tokoh Masyarakat (APC)

• Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC)

• Anugerah Kecemerlangan Industri & Masyarakat (AKIM)

• Anugerah Kecemerlangan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (AKKP)

• Anugerah Sukan

• Hadiah ICT (K-Portal)

• Hadiah Penerbitan

• Hadiah Persekitaran Berkualiti (QE/5S)

186

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!