11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PROGRAM CORAL REEF CULTIVATION: PROJEK PENANAMAN TERUMBU KARANG

Pada 5 dan 6 April 2017, PEKA 5 dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor UMP telah mengadakan Program Coral Reef

Cultivation: Projek Penanaman Terumbu Karang bertempat di Pulau Kapas Terengganu. Program ini turut dimeriahkan

dengan kehadiran Pengetua Kolej iaitu Dr. Siti Rabiatull Aishah Idris dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan

Alumni (JHEPA), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin yang turut merasmikan program tersebut. Program ini merupakan

salah satu usaha ahli Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5 sebagai bagi memelihara dan prihatin tentang alam semula

jadi.

Program ini memberi pendedahan kepada para mahasiswa tentang pentingnya menjaga alam sekitar bukan sahaja di darat

malah di dasar laut. Di samping itu, program ini bukan sahaja dapat membantu mahasiswa meningkatkan pengetahuan

berkaitan hidupan laut, malah melatih mahasiswa untuk bersikap lebih terbuka dengan melakukan aktiviti khidmat komuniti

berasaskan laut. Ia secara tidak langsung dapat menyelamatkan ekosistem negara memandangkan alam flora dan fauna

yang semakin pupus kerana tidak dipelihara dan dipulihara dengan baik di samping mewujudkan satu ekosistem baharu di

persisiran pantai yang akan menambah baik landskap dan populasi ikan di kawasan terbabit untuk tempoh jangka masa

panjang.

WINGINEERS DRONE RACE 2017

Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5 dengan kerjasama Hobby Geng dan HOVERTECH, salah sebuah syarikat drone di

Malaysia telah menganjurkan WIngineers Drone Race 2017 bertempat di padang blok D dan I. Wingineers Drone Race 2017

merupakan salah satu aktiviti bagi Open Day PEKA, dan aktiviti ini terbuka kepada semua mahasiswa dan orang awam.

Seramai 14 peserta telah mendaftarkan diri bagi perlumbaan ini dan kesemua peserta terdiri daripada orang awam yang

sanggup turun padang bagi merebut peluang yang disediakan. Objektif utama Wingineers Drone Race 2017 adalah

menyediakan platform kepada para peserta untuk bersaing secara sihat dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Selain itu, melalui drone race juga pihak kolej kediaman dapat memberi ilmu pengetahuan baharu kepada mahasiswa, ini

kerana dunia drone masih samar dalam kalangan para pelajar. Secara keseluruhannya, aktiviti yang dijalankan amat

bermakna dan banyak memberi input kepada mahasiswa tentang dunia drone dan sedikit sebanyak berjaya menarik minat

para pelajar untuk lebih mengenali dan mendekati dunia drone secara lebih mendalam.

149

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!