11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN (PEKA)

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI ASEAN RIAU, INDONESIA DAN PERKONGSIAN ILMU DI KOLEJ

RAHMAN PUTRA, UTM SKUDAI PADA 18 HINGGA 22 OKTOBER 2017

Seramai 21 orang staf Bahagian Perumahan dan 11 orang wakil Perwakilan Pelajar Kolej Kediaman (PEKA) 1 hingga 5 telah

menghadiri Program Khidmat Komuniti ASEAN di Riau Indonesia dan Perkongsian Ilmu di Kolej Rahman Putra, Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai. Program yang diadakan selama empat hari ini melibatkan lawatan ke Universitas Maritim Raja Ali

Haji (UMRAH), Politeknik Negeri Batam dan Kolej Kediaman Rahman Putra di Universiti Teknologi Malaysia Skudai.

PEKA SELECTION CAMP 2016

Institut Kefeloan UMP menganjurkan program PEKA Selection Camp 2016 di Kem Bina Negara Besut, Terengganu pada 20

hingga 23 Oktober 2016. Seramai 66 pelajar yang terdiri daripada perwakilan kolej kediaman seluruh UMP telah pun

menyertai program tersebut. Program yang berlangsung sepanjang tiga hari tersebut diterajui oleh pengetua Kolej

Kediaman 5, Dr. Siti Rabiatull Aishah Idris sebagai penasihat program dan Muhammad Fauzi Ali sebagai Pengarah Program.

Matlamat utama program adalah bertujuan untuk memilih ahli PEKA 5 yang baharu dan secara tidak langsung dapat

mendedahkan calon-calon kepada aspek kepimpinan dan kenegaraan yang diberikan melalui modul yang disediakan oleh

Biro Tatanegara. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan mencetuskan perkongsian ilmu

dan idea di antara ahli PEKA daripada kolej kediaman yang berlainan.

Program ini telah disertakan sama slot wacana minda yang disampaikan oleh Muhamad Nizam Mustafa Hilmi, Tenaga

Penggerak BTN. Sebanyak enam slot Penjanaan Keilmuan Peningkatan Kesedaran (PKPK) dilaksanakan bersama barisan

fasilitator khas yang dikendalikan oleh Tuan Mohd Khairul Azhar Awam selaku penyelaras program tersebut. Kandungan

objektif modul program:

1. Memberi maklumat yang baik mengenai Perlembagaan Persekutuan dan isu semasa.

2. Melahirkan sifat kepimpinan pelajar-pelajar.

3. Memupuk semangat kerjasama di antara kumpulan.

148

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!