11.04.2019 Views

Laporan Tahunan UMP 2017

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN TAHUNAN 2017

Memasyarakatkan Teknologi

LONJAKAN 3: KEUNGGULAN

PENYELIDIKAN DAN INOVASI

Fokus utama Lonjakan Strategik ketiga ini menumpukan usaha dalam 3 Key Performance Indicator iaitu Keupayaan

Penyelidikan melalui geran penyelidikan, Penerbitan dan Sitasi, dan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan (CoE) dan Libatsama

Aktiviti Perkomersialan dan Keusahawanan. Penekanan juga telah diberikan kepada sumbangan hasil penyelidikan UMP

kepada masyarakat berdasarkan tema UMP ‘Memasyarakatkan Teknologi’. Justeru Jabatan Penyelidikan & Inovasi telah

menyusun inisiatif yang mampan bagi memacu perkembangan penyelidikan universiti bagi melahirkan teknologi dan

inovasi yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.

KEUPAYAAN PENYELIDIKAN

Pada tahun 2017, UMP telah mencatat jumlah geran penyelidikan aktif sehingga Disember 2017 sebanyak RM 65,025,285.61

juta dengan bilangan 1,020 projek seperti graf di bawah. UMP telah dianugerahkan dengan projek Dana Prapengkomersilan

Technofund daripada pihak MOSTI dengan jumlah RM 1,895,000 juta melalui Pusat Kejuruteraan Automotif (AEC). Di dalam

projek ini, UMP bersama-sama pihak Malaysia Automotive Institute (MAI) dan PHN Industry Sdn. Bhd. membangunkan

teknologi dan mesin kelengkapan untuk industri pembuatan komponen automotif. Selain itu, pihak UMP juga telah

menerima sebanyak RM 5.6 juta bagi geran agensi lain. Lebih membanggakan, UMP juga telah berjaya meningkatkan

pembiayaan projek penyelidikan daripada geran antarabangsa dengan begitu signifikan iaitu sebanyak 50 peratus kepada

RM1.1 juta daripada RM561,077.46 pada tahun sebelumnya. Sehingga Disember 2017 juga, UMP telah berjaya menerima

pembiayaan geran industri dan penyelidikan kontrak berjumlah RM 21.5 juta. Di antara pembiayaan geran antarabangsa

yang diterima oleh UMP pada tahun 2017 adalah melalui geran Newton-Ungku Omar Mobility Fund iaitu kolaborasi

penyelidikan di antara UMP dengan Sheffield University, United Kingdom. Selain itu, UMP juga telah ditawarkan geran Marie

Skoldowska Currie Actions (MSCA)-Research Innovation & Staff Exchange (RISE) di bawah European Commission yang

melibatkan enam buah universiti pembiaya dana dan UMP merupakan salah satu daripada empat universiti yang terlibat

sebagai rakan kongsi bagi geran ini. Kerjasama penyelidikan di antara UMP dan universiti antarabangsa ini dilihat sebagai

langkah permulaan bagi UMP untuk mendapatkan peluang kerjasama antarabangsa pada masa akan datang.

Di samping geran-geran tersebut, UMP turut aktif mengendalikan projek perundingan dan khidmat teknikal kepada pihak

luar yang memerlukan. Sehingga bulan November 2017, sebanyak RM 3.6 juta telah berjaya dijana melalui aktiviti

perundingan dan khidmat teknikal tersebut yang digerakkan oleh pelbagai fakulti, Pusat Kecemerlangan Penyelidikan serta

UMP Holdings Sdn. Bhd.

116

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!