10.04.2019 Views

Buku Program PETAH 2019

PETAH: Seni Pengucapan Alaf Baharu

PETAH: Seni Pengucapan Alaf Baharu

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

L O G O P E TAH

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

Hak Cipta @ Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

2

Kata Alu-aluan

Tuan Shaari bin Osman

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

(Operasi Pendidikan)

Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera

Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, saya mengucapkan tahniah kepada

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) kerana berjaya menganjurkan

program PETAH untuk kali kedua. Program ini dapat memperkasakan kemahiran

berbahasa dan komunikasi, yang turut menyumbang kepada pembentukan kemenjadian

murid seperti yang digariskan dalam Anjakan 2 Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2025 dan Pendidikan Alaf Ke-21.

Pada hemat saya, penganjuran PETAH dapat membantu ke arah memartabatkan

penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Hal ini menyentuh Perkara 152

dalam Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia

ialah bahasa Melayu. Oleh sebab itu, dapat dikatakan bahawa program selama dua hari

yang terbuka kepada murid-murid sekolah rendah ini mampu membentuk kemahiran

berbahasa dan berkomunikasi dalam kalangan mereka. Dua komponen PETAH, iaitu

bimbingan seni pengucapan awam Studio PETAH dan pertandingan Bintang PETAH selari

dengan aspirasi kemenjadian murid.

Saya juga dimaklumkan bahawa PETAH dianjurkan bertujuan memupuk sifat

kepimpinan, keberanian dan keyakinan murid-murid apabila berucap di khalayak,

sesuai dengan transformasi seni penyampaian informasi alaf baharu yang memerlukan

kreativiti. Hal ini berkait rapat dengan keterampilan murid dalam berkomunikasi

terutama dari aspek kelancaran berbahasa aras tinggi, atribut diri, dan personaliti.

Oleh sebab itu, dapat dikatakan bahawa IPGKIK telah mengambil peranan secara

proaktif melalui penganjuran PETAH untuk melahirkan murid-murid yang petah

berbicara dalam menyampaikan informasi. Kesungguhan penganjuran PETAH 2019

secara berkolaboratif dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, Bahagian Sumber dan

Teknologi Pendidikan dan beberapa pihak lain membuktikan usaha membangunkan

potensi kebahasaan murid agar berkemahiran tinggi, kreatif dan berfikiran kritis

memenuhi tuntutan revolusi Industri 4.0.

Akhir kata, semoga kerja buat dan matlamat dalam membangunkan potensi muridmurid

berkemahiran komunikasi dan berbahasa Melayu dengan lancar akan menjadi

kenyataan melalui program PETAH ini.

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

Terima kasih.

3

Kata Alu-aluan

Dr. Hjh. Rusmini binti Ku Ahmad

Rektor

Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera

Syabas kepada warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) atas penganjuran

PETAH pada tahun ini. Saya yakin bahawa IPGKIK amat komited dan berkemampuan

menganjurkan PETAH peringkat kebangsaan ini berdasarkan peningkatan bilangan sekolah

dan peserta yang menyertainya pada tahun ini. Penganjuran PETAH 2018 menjadi kayu

pengukur dan ternyata mampu membentuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasi dalam

kalangan murid sekolah rendah.

PETAH merupakan program yang berimpak tinggi untuk meningkatkan penguasaan

kemahiran berbahasa dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. PETAH juga menjurus

kepada seni pengucapan awam yang mengembangkan sesuatu isu dengan menggunakan

kreativiti dan teknologi sebagai nilai tambah bermakna. Sesi perbengkelan dalam Studio

PETAH bermatlamat untuk membangunkan dan mengembangkan idea serta membina

pemikiran yang terarah dalam usaha meningkatkan kemahiran berkomunikasi secara efektif

kepada murid yang terlibat.

PETAH juga selaras dengan usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan

berkesan dalam kalangan murid-murid pada peringkat rendah. Penganjuran kali ini

diharapkan dapat membentuk nilai-nilai kesantunan berbahasa yang tinggi, dan seterusnya

membentuk kemenjadian murid dalam pengucapan awam dan berbahasa Melayu yang

lancar.

Sekalung penghargaan juga kepada pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, IPGKIK atas usaha

gigih dalam menerbitkan modul PETAH yang digunakan dalam sesi perbengkelan. Modul ini

boleh dijadikan panduan dan rujukan oleh lain-lain pihak yang berminat dengan seni

pengucapan alaf baharu ini dan secara tidak langsung dapat menyebarluaskan idea murni ini.

Akhir kalam, saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia,

Dewan Bahasa dan Pustaka dan Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan sebagai rakan

kolaboratif utama dalam penganjuran PETAH ini. Semoga program PETAH ini akan diteruskan

dan dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Terima kasih.

4

Kata Alu-aluan

Dr. Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali

Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera

Setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

(IPGKIK), khususnya para pensyarah dan siswa guru yang telah bertungkus-lumus

memastikan kejayaan penganjuran program PETAH 2019 ini. Penganjuran program

sebesar ini pastinya memerlukan perancangan awal dan kerjasama seluruh warga IPGKIK.

Bagi pihak IPGKIK juga, saya merakamkan rasa terima kasih kepada murid-murid, guruguru

dan pihak sekolah yang menyertai program PETAH 2019 ini. IPGKIK merancang dan

melaksanakan PETAH dengan hasrat memberikan sumbangan bagi membentuk

kemenjadian murid dalam berkomunikasi dan berbahasa Melayu. Sebagai pihak yang

turut terlibat dalam memperkasakan sistem pendidikan negara, IPGKIK amat berharap

agar PETAH dapat meningkatkan profisien murid yang terlibat dalam berbahasa.

Transformasi seni penyampaian informasi alaf baharu yang memerlukan kreativiti

menjadi fokus penganjuran PETAH. IPGKIK berharap dapat melahirkan murid-murid yang

petah dan memanfaatkan kreativiti ketika menyampaikan maklumat. Oleh sebab itu,

program PETAH telah direka bentuk dengan mengambil kira dua fasa utama iaitu

bimbingan seni pengucapan awam, dan diakhiri dengan pertandingan Bintang PETAH.

Tidak diragui lagi bahawa program selama dua hari ini mampu membentuk kemahiran

berbahasa dan berkomunikasi murid-murid. Transformasi penyampaian juga selari

dengan aspirasi sistem pendidikan negara, iaitu memenuhi tuntutan alaf baharu. Murid

yang dapat berkomunikasi dan berbahasa dengan baik dikatakan telah menguasai

kemahiran interpersonal dan intrapersonal. Melalui program PETAH, IPGKIK berharap

dapat melahirkan murid-murid yang mempunyai unsur-unsur tersebut.

Akhirnya, ucapan terima kasih kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Bahagian

Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan beberapa pihak

lain yang sudi menjadi rakan kolaboratif demi kejayaan penganjuran PETAH 2019 ini.

Hasrat murni yang dijalin bersama ini tidak lain dan tidak bukan ialah untuk

mengupayakan transformasi seni penyampaian informasi alaf baharu demi

membangunkan potensi komunikasi dan kebahasaan murid agar berkemahiran tinggi,

kreatif dan berfikiran kritis.

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

Terima kasih.

5

PENGENALAN

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

PETAH bermula susulan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) dijadikan hab

perdebatan dan pengucapan awam oleh Pertubuhan Alumni Debat IPG Malaysia (ADIM).

Maka pada tahun 2018, para akademik Jabatan Pengajian Melayu menerajui produk

baharu IPGKIK ini khusus dalam memberi latihan pelbagai bentuk seni pengucapan awam

alaf baharu kepada murid sekolah rendah. Antara lain aktiviti ini bertujuan untuk

melahirkan pemidato dan memupuk bakat pengendalian majlis. Manakala pembangunan

insan guru secara holistik dalam bidang kebahasaan dipupuk dalam kalangan siswa guru

IPGKIK yang bertindak sebagai fasilitator.

Penganjuran PETAH memberikan konsep baharu dalam pengucapan awam bersesuaian

dengan trend masa kini. Buat julung kalinya PETAH dikendalikan menerusi komponen

Studio PETAH dan Bintang PETAH. Dalam Studio PETAH, peserta didedahkan dengan

kemahiran dalam seni bercerita (Bual Cerita), pembentangan (Bicara Tuntas) dan

pengacaraan (Bicara Interaktif). Manakala dalam Bintang PETAH, peserta

mempersembahkan kemahiran yang telah dipelajari dalam bentuk pertandingan mengikut

kategori masing-masing. Semua kategori ini berbeza format dengan lain-lain

pertandingan kerana diubah suai agar lebih dinamik dan ke arah revolusi industri 4.0.

PETAH menjadi platform membentuk kemenjadian murid dalam berkomunikasi seperti

yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kemenjadian ini termasuklah

kelancaran berbahasa beraras tinggi, atribut diri, keterampilan, personaliti di samping

memupuk sifat kepemimpinan, keberanian dan keyakinan diri khususnya sewaktu berucap

di khalayak ramai.

OB JEKTIF

1. Pembentukan konsep baharu dalam komponen pengucapan awam bagi

meningkatkan kemahiran komunikasi, integrasi teknologi dan atribut diri.

2. Meningkatkan kemahiran berbahasa yang baik dalam kalangan murid sekolah

rendah dan siswa guru yang berperanan sebagai fasilitator.

3. Memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa

kebangsaan.

4. Merealisasikan kemenjadian murid melalui program kebahasaan agar

berketerampilan, berkemahiran tinggi, kreatif dan berfikiran kritis.

6

KOM PONEN PETA H

PETAH

Seni Pengucapan Awam

Studio PETAH

Akademi pembangunan

pengucapan awam PETAH

Bintang PETAH

Pertandingan Bicara Tuntas,

Bual Cerita dan Bicara Interaktif

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

7

IMBAUAN PETAH 2018

Bicara Interaktif / Bual Cerita / Bicara Tuntas

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

8

Penyampaian hadiah & keratan akhbar

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

9

PENCAPAIAN PETAH

Karnival Inovasi dan Kreativiti Pendidikan IPGKIK 2018

3 - 5 Julai 2018 — IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Pingat Emas Kategori Pensyarah (Pengajaran dan Pembelajaran)

PETAH: Seni Pengucapan Alaf Baharu

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

Konvensyen Kebangsaan Kali Ke-2, Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

1 - 3 Oktober 2018 — Universiti Kebangsaan Malaysia

Anugerah Kertas Kerja Terbaik - Kemenjadian Murid Melalui Program PETAH,

Wacana Ilmu Kali Ke-5 IPGKIK 2018

1 November 2018 — IPG Kampus Ilmu Khas,

Pembentangan dua kajian:

Seni Pengucapan Awam Bahasa Melayu Alaf Baharu

1. Persepsi Murid Sekolah Rendah Terhadap Program Studio Petah IPGKIK

2. Kemenjadian Murid Melalui Program PETAH,

Seni Pengucapan Awam Bahasa Melayu Alaf Baharu

10

Web Rasmi PETAH

http://petahilmukhas.ipgkik.edu.my

Facebook PETAH

https://www.facebook.com/pg/ipgkik.edu.my

Instagram PETAH

https://www.instagram.com/petahilmukhas/

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

11

PETAH 201 9 PERINGKAT KEBANGSAAN

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

Penganjuran PETAH kali kedua peringkat kebangsaan ini memperkenalkan konsep

baharu dalam komponen pengucapan awam. Konsep tersebut mengikut trend dan gaya

masa kini bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi, integrasi teknologi dan atribut

diri. Melalui PETAH, murid diberikan bimbingan melalui bengkel yang dikendalikan

oleh siswa guru dan pensyarah dalam Studio PETAH. Pada hari berikutnya, murid

bertanding untuk merebut gelaran Bintang PETAH.

Kategori Studio PETAH 2019

i. Bual Cerita (tiga orang murid)

Penyampaian idea percakapan atau buah fikiran yang menyeluruh dan sempurna

tentang sesuatu cereka. Cereka yang dipilih dan disampaikan mengandungi

perkembangan plot yang lengkap, gaya bercerita dan mengaplikasikan teknik yang

menarik. Penyampaian cerita tersebut turut disokong oleh props dan efek bunyi

yang dilaksanakan secara langsung.

ii. Bicara Tuntas Interaktif (seorang murid)

Penghujahan idea atau buah fikiran yang menyeluruh dan sempurna berdasarkan

topik/bahan yang dibicarakan. Pengaliran maklumat secara interaktif dan

berterusan dengan mengaplikasikan teknologi. Murid bebas mencipta identiti

personaliti mengikut situasi dan acara.

Sasaran dan Pelaksanaan

Kumpulan sasaran PETAH ialah murid sekolah rendah seluruh negara.

Pelaksanaannya selama dua hari dan dijalankan di IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras,

Kuala Lumpur.

e-PETAH

Pada tahun ini diperkenalkan pertandingan pengucapan awam e-PETAH dalam kalangan

siswa guru IPGKIK bagi membina amalan baik dan memupuk nilai profesional sebagai

bakal guru. Selain itu, pengucapan yang menyentuh isu pendidikan ini melatih siswa

guru merealisasikan amalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengucapan.

e-PETAH selari dengan gaya terkini yang menjurus kepada pengucapan awam

menggunakan platform Instagram. Wadah digital ini menjadi daya penarik golongan

muda untuk mengembangkan potensi pengucapan awam mengikut trend semasa.

12

Pemenang setiap kategori Bual Cerita, Bicara Tuntas Interaktif dan e-PETAH

akan menerima hadiah yang berikut:

JOHAN

Trofi

Wang Tunai RM500

Sijil Penghargaan

NAIB JOHAN

TEMPAT KETIGA

DUA HADIAH

PENGHARGAAN

BINTANG PETAH

Trofi

Wang Tunai RM300

Sijil Penghargaan

Trofi

Wang Tunai 150

Sijil Penghargaan

Plak

Sijil Penghargaan

Trofi

Sijil Penghargaan

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

13

JADUAL PROGRAM PETAH 2019

PERINGKAT KEBANGSAAN

10 -11 April 2019

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

14

Atur Cara Majlis Perasmian Penutupan

PETAH 201 9

Masa

Tempat: Dewan Dato’ Razali Ismail

02.00 |

02.30 |

04.30 |

Warga IPGKIK, guru pengiring, peserta dan para hadirin

mengambil tempat

Perarakan masuk tetamu jemputan

Nyanyian Koir IPG Kampus Ilmu Khas

Lagu Negaraku

Lagu Maju dan Sejahtera

Lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia

Bacaan Doa - Saudara Mohammad Ezwan bin Mohd Alikusbari

Persembahan Multimedia

Perarakan masuk calon Bintang PETAH 2019

Persembahan PETAH 2019

Ucapan Penaung Jawatankuasa Induk PETAH 2019

Dr. Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali

Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Ucapan Perasmian Penutupan PETAH 2019

Tuan Shaari bin Osman

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

(Operasi Pendidikan)

Kementerian Pendidikan Malaysia

Penyampaian Hadiah

Bersurai

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

15

PENYERTAAN PETAH 2019

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

1. SK Bandar Baru Rawang, Jalan Persiaran Pelangi, Rawang, Selangor.

2. SK Ampang, Jalan Merbau, Kampung Melayu Ampang, Selangor.

3. SK Seksyen 24, Jalan Petola 24/8, Shah Alam, Selangor.

4. SK Segamat Makmur, Jalan 2/60 A, Taman Desa Segamat, Kuala Lumpur.

5. SK Rantau Panjang, Jalan Genting, Klang, Selangor.

6. SK Jalan Empat, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor.

7. SK Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor.

8. SK Desa Tun Hussein Onn, Jalan Jelatek, Kuala Lumpur.

9. SK Taman Seri Rampai Setapak, Kuala Lumpur.

10. SK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur.

11. SK Bandar Bukit Mahkota, Jalan BM 5/12, Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.

12. SK Sungai Tua Baharu, Batu Caves, Selangor.

13. SK Rasa, Rasa, Hulu Selangor.

14. SK Kantan Permai, Persiaran TKP, Taman Kantan Permai, Kajang, Selangor.

15. SK Seri Sekamat, Kajang, Selangor.

16. SK Kampung Cheras Baharu, Jalan 32 B, Kg. Cheras Baharu, Kuala Lumpur.

17. SK Segambut, Kuala Lumpur.

18. SK St. John 1, Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

19. SK Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor.

20. SK Convent Kajang, Jln Gereja, Kajang, Selangor.

21. SK Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor.

22. SK (P) Sultan Ibrahim Jalan Abd. Rahman Andak, Johor Bahru, Johor.

23. SK Toh Johan, Trong, Perak.

24. SK Bukit Beruntung, Jalan Melati, Rawang, Selangor.

25. SK Taman Kepong, Jln Kelicap, Kepong Baru, Kuala Lumpur.

26. SK Seri Tasik, Jln Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

27. SK Taman Midah 2, Jalan Midah 12, Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur.

28. SK Kampung Jambu, Jln Rambutan, Taiping, Perak.

29. SK Taman Tun Dr Ismail (2), Jln. Abang Hj Openg, Kuala Lumpur.

30. SK Taman Seri Gombak 2, Batu Caves, Selangor.

31. SK Bandar Tun Hussein Onn (2), Jalan Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur.

32. SK (2) Gombak, KM 8, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, Selangor.

33. SRA Integrasi Sg Chincin, KM 11.5, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, Selangor.

34. SK Convent Bukit 1 Bukit Nanas, Jln Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

35. SK KLIA, Taman Mawar, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

36. SK Jalan Gurney 2, Jalan Gurney 1, Kuala Lumpur.

37. SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor.

38. SK Wangsa Melawati, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur.

39. SK Bangsar, Jln Pantai Baru, Kuala Lumpur.

40. SK Sungai Kantan, Jln Padang Tembak, Kajang, Selangor.

41. SK Taman Melawati 2, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

42. SK Taman Puteri, Batu 9, Jalan Hulu Langat, Cheras, Selangor.

43. SK Taman Dato’ Harun (Satu), KM 12, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor.

44. SK Taman Tun Dr. Ismail (1), Jalan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

45. SK Telok Gadong, Jalan Yadi, Klang, Selangor.

46. SK Seri Murni, Taman Seri Murni, Batu Caves, Kuala Lumpur.

47. SK Taman Bukit Subang, PJ, Kuala Lumpur.

48. SK Seri Bintang Utara, Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur.

49. SK Menjalara, Bandar Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur.

50. SK Sungai Pelek, Sepang, Selangor.

16

JAWATANKUASA PETAH 2019

Jawatankuasa Induk

Penaung:

Penasihat:

Pengerusi:

Pengurus:

Pengerusi:

Pengurus:

Setiausaha & Jemputan:

Bendahari:

Sambutan & Protokol:

Pengurusan Majlis:

Persiapan Dewan & Tempat:

Pengacaraan/Buku Program/:

Teks Ucapan

Publisiti & Media:

Multimedia:

Hadiah, Cenderamata & Sijil:

Siar Raya & Teknikal:

Persembahan:

Bahasa Isyarat:

Jamuan:

Dokumentasi/Pelaporan:

Peralatan & Bahan:

Komuniti Pembelajaran Profesional

(PLC) Bual Cerita:

Komuniti Pembelajaran Profesional

(PLC) Bicara Tuntas Interaktif:

Komuniti Pembelajaran Profesional

(PLC) e-PETAH:

Dr. Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali

Pengarah

Dr. Norherani binti Moning

Timbalan Pengarah

En. Thahir bin Nuruddin

Ketua Jabatan Pengajian Melayu

Pn. Norani binti Abd. Rahim

Pensyarah Cemerlang

Jawatankuasa Pelaksana

En. Thahir bin Nuruddin

Pn. Norani binti Abd. Rahim

Dr. Noor Hayati binti Che Mat

Pn. Fadilah binti Idris

En. Amat Tarop bin Sumo

Ketua Jabatan dan Ketua Unit

En. Hasizan bin Dahalal

Pn. Ummi Hani binti Mohamed Zaid

Dr. Isnariah binti Idris

Pn. Norani binti Abd. Rahim

Pn. Aliza binti Adnan

Pn. Haslina binti Hassan

Hj. Shahariman bin Ahmad

Pn. Norliza binti Ahmad Kamal

Pn. Nurulhuda binti Abd. Kader

En. Kalaichelvan a/l Alagan

En. Yusri bin Hussain

Pn. Anita Sapura binti Shaari

En. Abu Bakar bin Ahmad

Pn. Nor Alizah binti Alias

En. Alfon bin Mardi

Pn. Nor Alizah binti Alias (Ketua)

Pn. Ummi Hani binti Mohamed Zaid

Pn. Norliza binti Ahmad Kamal

Pn. Fadilah binti Idris

Dr. Noor Hayati binti Che Mat (Ketua)

En. Thahir bin Nuruddin

Hj. Shahariman bin Ahmad

En. Abu Bakar bin Ahmad

En. Hasizan bin Dahalal

En. Amat Tarop bin Sumo

Pn. Norani binti Abd. Rahim(Ketua)

Dr. Isnariah binti Idris

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

Fasilitator:

Persembahan:

Bahasa Isyarat:

Pembaca Doa:

Siswa Guru Semester 2 Elektif Bahasa Melayu

Siswa Guru Pendidikan Muzik

Siswa Guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Saudara Mohammad Ezwan bin Mohd Alikusbari

Pengacara Majlis Penutupan: Saudara Zulfakhri bin Mos

Saudara Zulaikha binti Zulkifle

17

RAKAN KOLABORATIF

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan

18

P ENGHARGAAN

Kementerian Pendidikan Malaysia

Institut Pendidikan Guru Malaysia

Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,

Kementerian Pendidikan Malaysia

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Sekolah-sekolah yang terlibat

Murid-murid dan guru pengiring yang mengambil bahagian

Koperasi IPG Kampus Ilmu Khas

Warga IPG Kampus Ilmu Khas

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

19

PETAH : S e n i P e n g u c a p a n A l a f B a h a r u

Media Sosial PETAH

1. Laman Web - http://petahilmukhas.ipgkik.edu.my

2. Facebook - https://www.facebook.com/ipgkik.edu.my/

3. Instagram - https://www.instagram.com/petahilmukhas/

20

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!