Wadah 2014_Portal

07.04.2019 Views

WADAH EDISI 2014 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Maklumat yang dikeluarkan, daripada 671 penagih yang pertama kali dikesan adalah terdiri dari pelajar sekolah berumur 14 hingga 18 tahun. Senario ini memperlihatkan bahawa penyalahgunaan dadah yang melibatkan golongan pelajar bukan perkara yang baru tetapi masih berlanjutan sehingga ke hari ini. Bagi menjamin kesejahteraan negara pada masa hadapan, adalah penting untuk melahirkan pelajar yang bebas daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Sehubungan itu Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah merupakan langkah proaktif ke arah pencegahan awalan pelajarpelajar sekolah daripada keterlibatan dalam penyalahgunaan bahan. Pernyataan Masalah Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) merupakan satu agenda utama negara ke arah Sekolah Bebas Dadah. Satu daripada strategi untuk meningkatkan kesedaran mengenai dadah serta membina pertahanan dalam diri remaja untuk tidak mencuba dadah ialah melalui program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah-sekolah. Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah merupakan asas kepada pencegahan penyalahgunaan dadah dan dilaksanakan merentas tiga komponen utama iaitu Kurikulum, Kokurikulum dan Latihan Guru. Pencegahan awalan turut menitikberatkan aspek latihan guru kerana semakin tinggi tahap latihan yang diterima oleh guru semakin tinggi tahap pengetahuan dan kesediaan guru dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai pendidik. Gregson (2003) menyatakan bahawa aktiviti pendidikan dalam kurikulum perlu melengkapkan guru pelatih dan guru terlatih dengan ilmu pengetahuan yang boleh menjadikan mereka fleksibel dan beraneka kebolehan dalam konteks pendidikan kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang ‘menyeluruh’ (wholesome individual). Objektif Kajian Kajian ini merupakan satu tinjauan persepsi siswa pendidik dari aspek pengetahuan dan kesediaan terhadap pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) khususnya di sekolah rendah. Kajian ini juga bertujuan untuk membekalkan maklumat kepada pelaksana dan penggubal kurikulum sebagai langkah ke arah peningkatan mutu kurikulum program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). Objektif yang hendak dicapai adalah seperti berikut: i. Mengenal pasti tahap pengetahuan siswa pendidik mengenai pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) khususnya di sekolah rendah . ii. Mengenal pasti tahap kesediaan siswa pendidik mengenai pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) khususnya di sekolah rendah . iii. Mengenal pasti perbezaan antara siswa pendidik lelaki dan perempuan terhadap p e n g e t a h u a n , k e s e d i a a n d a n keberkesanan impak pelaksanaan program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah rendah. iv. Mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dengan kesediaan siswa p e n d i d i k t e r h a d a p p e l a k s a n a a n Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah rendah. v. Mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dengan keberkesanan impak p e l a k s a n a a n p ro g r a m P e n d i d i k a n Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah rendah. vi. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah rendah. 80

WADAH EDISI 2014 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan kaedah survei atau kaedah tinjauan bagi mendapatkan data primer. Kaedah soal selidik digunakan dalam kajian ini kerana proses untuk mendapat data daripada guru-guru adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan kaedah lain (Mohd. Majid Konting, 1994). Melalui kaedah tinjauan, kedua-dua kaedah kuantitatif dan kualitatif boleh digabungkan bagi mendapatkan data primer. Kaedah kuantitatif dilakukan iaitu dengan menggunakan kaedah tinjauan (soal selidik). Manakala bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dan lebih jelas, kaedah kualitatif iaitu melalui soalan-soalan terbuka turut dilakukan terhadap peserta dan informan kajian. Di samping itu, kaedah pemerhatian turut dilakukan bagi mendapatkan gambaran yang lebih mendalam. Manakala untuk mendapatkan sumber sekunder, kajian perpustakaan dijalankan dan bahan diperolehi daripada buku, jurnal, artikel, kertas persidangan dan lain-lain. Kajian Rintis Bagi tujuan kajian ini, pengkaji menjalankan kajian rintis terhadap borang soal selidik yang digunakan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen kajian yang digunakan. Hasil dari kajian rintis, Nilai yang diperolehi menunjukkan kebolehpercayaan istrumen kajian ini adalah tinggi. Analisis Alpha C ro n b a c h m e n u n j u k k a n n i l a i p e k a l i kebolehpercayaan dalam setiap item yang dikelompokkan adalah seperti dalam Jadual 1 yang berikut : Dapatan Kajian Taburan Responden Mengikut Jantina Jadual 2 menunjukkan taburan responden mengikut jantina. Responden lelaki seramai 20 orang ( 50 %) manakala responden perempuan seramai 20orang (50% ). Ini menunjukkan tiada perbezaan diantara Frekuensi responden lelaki dan Frekuensi responden perempuan . Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar Dari segi pengalaman mengajar pula, responden yang pengalaman mengajar kurang dari 1 tahun seramai 28 orang (70%), responden yang pengalaman mengajar antara 1 hingga 4 tahun seramai 4 orang (10%), responden yang pengalaman mengajar antara 5 hingga 10 tahun ialah seramai 0 orang (0%) manakala responden yang menyatakan lainlain pengalaman mengajar ialah seramai 8 orang (20%). Ini menunjukkan responden yang pengalaman mengajar antara 0 hingga 1 tahun adalah yang paling ramai berbanding responden dalam kategori pengalaman mengajar yang lain. Maklumat mengenai Frekuensi dan peratus responden mengikut pengalaman mengajar dapat ditunjukkan dalam Jadual 3. Jadual 1 : Nilai Kebolehpercayaan Alat Ukur Kajian 81

WADAH EDISI 2014

Maklumat yang dikeluarkan, daripada 671

penagih yang pertama kali dikesan adalah

terdiri dari pelajar sekolah berumur 14 hingga

18 tahun. Senario ini memperlihatkan bahawa

penyalahgunaan dadah yang melibatkan

golongan pelajar bukan perkara yang baru

tetapi masih berlanjutan sehingga ke hari ini.

Bagi menjamin kesejahteraan negara pada

masa hadapan, adalah penting untuk

melahirkan pelajar yang bebas daripada

terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Sehubungan itu Program Pendidikan

Pencegahan Dadah (PPDa) yang dilaksanakan

di sekolah-sekolah merupakan langkah

proaktif ke arah pencegahan awalan pelajarpelajar

sekolah daripada keterlibatan dalam

penyalahgunaan bahan.

Pernyataan Masalah

Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

merupakan satu agenda utama negara ke arah

Sekolah Bebas Dadah. Satu daripada strategi

untuk meningkatkan kesedaran mengenai

dadah serta membina pertahanan dalam diri

remaja untuk tidak mencuba dadah ialah

melalui program Pendidikan Pencegahan

Dadah (PPDa) di sekolah-sekolah. Pendidikan

Pencegahan Dadah di sekolah merupakan

asas kepada pencegahan penyalahgunaan

dadah dan dilaksanakan merentas tiga

komponen utama iaitu Kurikulum, Kokurikulum

dan Latihan Guru. Pencegahan

awalan turut menitikberatkan aspek latihan

guru kerana semakin tinggi tahap latihan yang

diterima oleh guru semakin tinggi tahap

pengetahuan dan kesediaan guru dalam

melaksanakan peranan dan tanggungjawab

sebagai pendidik. Gregson (2003) menyatakan

bahawa aktiviti pendidikan dalam kurikulum

perlu melengkapkan guru pelatih dan guru

terlatih dengan ilmu pengetahuan yang boleh

menjadikan mereka fleksibel dan beraneka

kebolehan dalam konteks pendidikan

kebangsaan yang ingin melahirkan individu

yang ‘menyeluruh’ (wholesome individual).

Objektif Kajian

Kajian ini merupakan satu tinjauan persepsi

siswa pendidik dari aspek pengetahuan dan

kesediaan terhadap pelaksanaan Program

Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

khususnya di sekolah rendah. Kajian ini juga

bertujuan untuk membekalkan maklumat

kepada pelaksana dan penggubal kurikulum

sebagai langkah ke arah peningkatan mutu

kurikulum program Pendidikan Pencegahan

Dadah (PPDa).

Objektif yang hendak dicapai adalah seperti

berikut:

i. Mengenal pasti tahap pengetahuan siswa

pendidik mengenai pelaksanaan Program

Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

khususnya di sekolah rendah .

ii.

Mengenal pasti tahap kesediaan siswa

pendidik mengenai pelaksanaan Program

Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

khususnya di sekolah rendah .

iii. Mengenal pasti perbezaan antara siswa

pendidik lelaki dan perempuan terhadap

p e n g e t a h u a n , k e s e d i a a n d a n

keberkesanan impak pelaksanaan program

Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di

sekolah rendah.

iv.

Mengenal pasti hubungan antara

pengetahuan dengan kesediaan siswa

p e n d i d i k t e r h a d a p p e l a k s a n a a n

Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di

sekolah rendah.

v. Mengenal pasti hubungan antara

pengetahuan dengan keberkesanan impak

p e l a k s a n a a n p ro g r a m P e n d i d i k a n

Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah

rendah.

vi. Mengenal pasti faktor-faktor yang

mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan

program Pendidikan Pencegahan Dadah

(PPDa) di sekolah rendah.

80

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!