Wadah 2014_Portal

07.04.2019 Views

WADAH EDISI 2014 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Kalangan Guru Pelatih Nor’ Azah Bt Ahmad Safran, Shamsiah Bt Md Nasir Abstrak Kemahiran berfikir adalah asas kepada proses pendidikan. Keupayaan seseorang guru menguasai kemahiran berfikir aras tinggi boleh mempengaruhi cara dan keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru pelatih. Tahap kemahiran berfikir aras tinggi tersebut diukur menggunakan item respons terbuka yang merupakan tugasan kerja kursus yang mengandungi unsur-unsur kemahiran berfikir aras tinggi. Kerja kursus tersebut disemak dan dinilai berdasarkan rubrik pemarkahan Freedman. Sampel kajian terdiri daripada 117 orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru pelatih adalah pada tahap sederhana (min = 28.33). Kajian ini juga mendapati wujud hubungan yang signifikan antara kemahiran berfikir aras tinggi dengan pencapaian guru pelatih. Ujian ANOVA pula menunjukkan bahawa terdapat perbezaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru pelatih mengikut pengkhususan. Guru pelatih seharusnya meningkatkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi sebagai persediaan menjadi guru yang akan memupuk kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid-murid di sekolah. Kata kunci : Kemahiran berfikir aras tinggi, guru pelatih, item respons terbuka Pengenalan Dalam era awal abad ke 20, pendidikan berfokus kepada pemerolehan kemahiran asas: membaca, menulis dan mengira. Kebanyakan sekolah tidak mengajar kemahiran membaca dan berfikir secara kritikal atau untuk menyelesaikan masalah yang kompleks. Buku teks dipenuhi dengan fakta yang memerlukan para pelajar menghafal dan keupayaan mereka diuji dengan mengingati fakta-fakta ini. Peranan utama guru hanyalah menyampaikan maklumat kepada para pelajarnya (Bransford, Brown, & Cocking, 2000). Namun dalam abad ke 21 kini, pengajaran dan pentaksiran tidak lagi berfokus kepada kemahiran asas sematamata tetapi lebih kepada kemahiran berfikir, kemahiran hidup dan kerjaya dan nilai. Dalam memenuhi tuntutan pendidikan masa kini, Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif. Bagi memenuhi keperluan tersebut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperkenalkan pada tahun 2011 dan akan diperbaharui dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu akan dilancar pada 2017 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012) 70

WADAH EDISI 2014 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Terdapat pelbagai definisi kemahiran berfikir yang dikemukakan oleh tokoh pemikir tentang maksud sebenar kemahiran berfikir. Pendapat tokoh pemikiran seperti Mayer (1977), Edward de Bono (1978), Chaffee (1988) dan John Barell (1991) mengaitkan kemahiran berfikir dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Oleh itu, kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Secara umumnya, mengikut Taksonomi Bloom (Anderson & Krathwohl, 2001), KBAT merujuk kepada empat aras teratas kemahiran berfikir iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta, manakala aras paling bawah adalah merujuk kepada kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) iaitu memahami dan menghafal. Ini bermakna, kurikulum yang digubal dengan memasukkan unsur-unsur KBAT merupakan satu inisiatif supaya pelajar tidak lagi menghafal untuk menghadapi peperiksaan tetapi dapat menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Empat tahap pemikiran aras tinggi dalam Taksonomi Bloom adalah tahap yang menjadi tanggungjawab guru dalam pengajaran dan seterusnya dapat meningkatkan keupayaan pemikiran aras tinggi para pelajar. Lewis dan Smith (1993) berpendapat KBAT berlaku ketika seseorang individu menerima maklumat baharu, memproses maklumat tersebut, membuat penilaian seterusnya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang bukan lazim. Seterusnya Tomei (2005) menyatakan KBAT melibatkan kemahiran kognitif yang lebih tinggi iaitu kemahiran m e n g a n a l i s i s , s i n t e s i s , m e n i l a i d a n menghasilkan sesuatu idea yang baharu. Bagi memupuk kemahiran berfikir aras tinggi, ianya amat berkait dengan item dan penyoalan yang digunakan oleh guru-guru dalam membuat pentaksiran. Item dan penyoalan boleh membantu pelajar membuat pertimbangan, menjalankan idea baru, mengembangkan proses berfikir secara kritis dan kreatif, menguji kebolehan serta menilai pencapaian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Quellmalz (1985) menghuraikan bahawa murid akan menggunakan KBAT seperti menganalisis, banding beza, merumus, mentafsir, menilai dan menjana idea apabila diberikan sesuatu tugasan untuk diselesaikan. Guru pula boleh menilai pelajar berdasarkan hasil tugasan atau jawapan peperiksaan mereka yang dapat mengukur kemahiran analitikal, pengetahuan dan kefahaman (Stiggins, 2005). Di Institut Pendidikan Guru, pentaksiran dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu peperiksaan dan kerja kursus. Bagi tujuan kertas kerja ini, tumpuan akan diberikan kepada pentaksiran berasaskan kerja kursus. Pembinaan ilmu semasa pelaksanaan kerja kursus yang memberi penekanan kepada kemahiran berfikir telah bermula sejak tahun 1993 lagi (Bahagian Pendidikan Guru, 1993). Pada masa kini, pelaksanaan kerja kursus diperluaskan dengan unsur-unsur KBAT mulai tahun 2012 dan dikemaskini pada tahun 2014 (IPGM, 2014). Bagi mencapai hasrat melatih golongan guru yang berkebolehan berfikir pada aras tinggi, pelajar harus berfikir pada aras pemprosesan kognitif yang lebih tinggi semasa pelaksanaan kerja kursus. Untuk tujuan itu, sekurang-kurangnya 80% daripada tugasan harus mempunyai unsur KBAT (IPGM, 2014). Aspek-aspek berkaitan kemahiran berfikir yang diberi penekanan semasa pelaksanaan kerja kursus meliputi: 1. menekankan proses membina kemahiran pembelajaran kendiri (Independent learning) dan kemahiran pembelajaran sepanjang hidup (Life-long Learning) yang bersifat ansur maju; 71

WADAH EDISI 2014

Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Terdapat pelbagai definisi kemahiran berfikir

yang dikemukakan oleh tokoh pemikir tentang

maksud sebenar kemahiran berfikir. Pendapat

tokoh pemikiran seperti Mayer (1977), Edward

de Bono (1978), Chaffee (1988) dan John

Barell (1991) mengaitkan kemahiran berfikir

dengan proses menggunakan minda untuk

membuat keputusan dan menyelesaikan

masalah. Oleh itu, kemahiran berfikir aras

tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan

pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam

membuat penaakulan dan refleksi bagi

menyelesaikan masalah, membuat keputusan,

berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).

Secara umumnya, mengikut Taksonomi

Bloom (Anderson & Krathwohl, 2001), KBAT

merujuk kepada empat aras teratas kemahiran

berfikir iaitu mengaplikasi, menganalisis,

menilai dan mencipta, manakala aras paling

bawah adalah merujuk kepada kemahiran

berfikir aras rendah (KBAR) iaitu memahami

dan menghafal. Ini bermakna, kurikulum yang

digubal dengan memasukkan unsur-unsur

KBAT merupakan satu inisiatif supaya pelajar

tidak lagi menghafal untuk menghadapi

peperiksaan tetapi dapat menggunakan

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Empat tahap pemikiran aras tinggi dalam

Taksonomi Bloom adalah tahap yang menjadi

tanggungjawab guru dalam pengajaran dan

seterusnya dapat meningkatkan keupayaan

pemikiran aras tinggi para pelajar. Lewis dan

Smith (1993) berpendapat KBAT berlaku

ketika seseorang individu menerima maklumat

baharu, memproses maklumat tersebut,

membuat penilaian seterusnya membuat

keputusan dan menyelesaikan masalah yang

bukan lazim. Seterusnya Tomei (2005)

menyatakan KBAT melibatkan kemahiran

kognitif yang lebih tinggi iaitu kemahiran

m e n g a n a l i s i s , s i n t e s i s , m e n i l a i d a n

menghasilkan sesuatu idea yang baharu.

Bagi memupuk kemahiran berfikir aras

tinggi, ianya amat berkait dengan item dan

penyoalan yang digunakan oleh guru-guru

dalam membuat pentaksiran. Item dan

penyoalan boleh membantu pelajar membuat

pertimbangan, menjalankan idea baru,

mengembangkan proses berfikir secara kritis

dan kreatif, menguji kebolehan serta menilai

pencapaian (Pusat Perkembangan Kurikulum,

2001). Quellmalz (1985) menghuraikan

bahawa murid akan menggunakan KBAT

seperti menganalisis, banding beza, merumus,

mentafsir, menilai dan menjana idea apabila

diberikan sesuatu tugasan untuk diselesaikan.

Guru pula boleh menilai pelajar berdasarkan

hasil tugasan atau jawapan peperiksaan

mereka yang dapat mengukur kemahiran

analitikal, pengetahuan dan kefahaman

(Stiggins, 2005).

Di Institut Pendidikan Guru, pentaksiran

dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu

peperiksaan dan kerja kursus. Bagi tujuan

kertas kerja ini, tumpuan akan diberikan

kepada pentaksiran berasaskan kerja kursus.

Pembinaan ilmu semasa pelaksanaan kerja

kursus yang memberi penekanan kepada

kemahiran berfikir telah bermula sejak tahun

1993 lagi (Bahagian Pendidikan Guru, 1993).

Pada masa kini, pelaksanaan kerja kursus

diperluaskan dengan unsur-unsur KBAT mulai

tahun 2012 dan dikemaskini pada tahun 2014

(IPGM, 2014). Bagi mencapai hasrat melatih

golongan guru yang berkebolehan berfikir

pada aras tinggi, pelajar harus berfikir pada

aras pemprosesan kognitif yang lebih tinggi

semasa pelaksanaan kerja kursus. Untuk tujuan

itu, sekurang-kurangnya 80% daripada

tugasan harus mempunyai unsur KBAT (IPGM,

2014).

Aspek-aspek berkaitan kemahiran berfikir

yang diberi penekanan semasa pelaksanaan

kerja kursus meliputi:

1. menekankan proses membina kemahiran

pembelajaran kendiri (Independent

learning) dan kemahiran pembelajaran

sepanjang hidup (Life-long Learning) yang

bersifat ansur maju;

71

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!