07.04.2019 Views

Wadah 2014_Portal

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pengaruh Ibubapa Kepada Anak-Anak Mengikut Model Pengaruh Ibu bapa Eccles

oleh

Pn Hjh Anisah Hashim

Pengenalan

Peranan golongan remaja tidak dapat dinafikan amat penting kerana mereka merupakan aset

berharga yang bakal mewarisi teraju kepimpinan negara dan memartabatkan bangsa. Oleh sebab

itu penumpuan ke arah usaha melahirkan remaja atau ‘modal insan’ yang berkualiti, berintegriti,

bersahsiah dan berwawasan wajar diberi keutamaan demi memastikan kesejahteraan bangsa dan

kemajuan negara pada masa hadapan dapat direalisasikan.

Realitinya kita sedang berhadapan

dengan suatu kenyataan yang pahit, bahawa

remaja Malaysia dewasa ini sedang

menghadapi ancaman kemerosotan moral

yang semakin meningkat malah dalam kes-kes

tertentu semakin parah akibat dari kelunturan

nilai-nilai murni. Kekhuatiran para pemimpin

dan ibu bapa di Malaysia tentang semakin

merosotnya adab dan kesopanan, budi

bahasa yang baik, sikap hormat dan

bertimbang rasa terhadap orang lain dalam

kalangan remaja mempunyai asas yang kukuh

kerana buktinya banyak dan tidak sukar

ditemui.

Banyak faktor yang dapat dikesan

menyebabkan wujudnya kecelaruan ini. Muhd

Mansur dan Siti Nordinar ( 1988 ) menegaskan

tentang kecelaruan yang bermula apabila

rumahtangga dan keluarga tidak memainkan

peranan yang wajar dalam pembentukan

watak anak-anak. Masa berkualiti banyak

dihabiskan di luar rumah.

Anak-anak yang menuntut pengisian,

belaian, kasih sayang, perhatian dan

bimbingan tidak merasakan limpahan rasa

keibuan dan kebapaan. Sebaliknya media

elektronik dan pengaruh persekitaran banyak

berperanan mengambilalih tugas mendidik

anak-anak.

Ibu bapa juga tidak mempunyai ilmu dan

keterampilan gaya keibubapaan yang

berkesan dalam mendidik anak-anak. Mereka

kurang memahami proses pertumbuhan

minda anak-anak, perkembangan psikik dan

emosi mereka dan hubungkaitnya dengan

tingkahlaku. Akibatnya wujud kelompangan di

hati dan minda anak-anak. Akhirnya anak-anak

1

membentuk minda, hati dan tingkahlaku

berasaskan pendedahan yang ada dan

pengaruh sekitar.

Keciciran di rumah ini dan pendedahan

kepada penghayatan nilai-nilai baik yang

terhad di luar menyebabkan para remaja

menjadi pengamal nilai-nilai negatif dan

akhirnya berlaku krisis nilai dalam diri serta

masyarakat. Sekolah contohnya lebih banyak

menumpukan kepada menyediakan anak-anak

untuk tujuan peperiksaan. Membangunkan

jiwa dan hati tidak diberikan fokus dan

keutamaan. Akhirnya pembentukan watak

yang holistik tidak berlaku. Berlakulah

‘keciciran’ kedua di kalangan anak-anak.

Amalan Keibubapaan

Amalan keibubapaan biasanya melibatkan

pihak ibu dan bapa. Ibu dan bapa masingmasing

memainkan peranan yang berbeza

terhadap perkembangan anak sama ada dari

segi perkembangan emosi, kognitif ,

tingkahlaku , mental ataupun perkembangan

sahsiah keseluruhannya.

Gaya asuhan telah didefinisikan oleh

Darling & Steinberg (1993) sebagai gabungan

sikap atau tingkahlaku dan hubungan emosi

yang digunakan oleh ibu bapa semasa

berinteraksi dengan anak-anaknya dalam

proses sosialisasi. Darling & Steinberg (1993)

menyatakan wujudnya dua aspek yang

berbeza dalam konsep keibubapaan, yakni

cara gaya keibubapaan global dan tingkahlaku

keibubapaan spesifik.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!