Wadah 2014_Portal

07.04.2019 Views

WADAH EDISI 2014 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- (iii) Analisis Data Soal Selidik Ujian Pra / Pasca Pelajaran Skala 1- sangat lemah Skala 2- lemah Skala 3- sederhana Skala 4- baik Skala 5- cemerlang Rumusan Pendekatan ‘Pen-Tun-Cad’ dilihat sebagai satu bimbingan yang bersifat ‘buddy sistem’ yang dapat membantu guru pelatih meningkatkan kemahiran berfikir dan memberi kesedaran kepada mereka bahawa GP perlu ada persediaan minda, bermaklumat dan mempunyai pengetahuan am yang luas. GP yang dapat menguasai KB dan punyai ilmu pengetahuan yang luas pasti akan dapat menghubungkait dan menggabungjalinkan isi pelajaran dengan maklumat tambahan. Muridmurid akan mendapat banyak manfaat dan akan menggalak mereka untuk cintakan ilmu Rujukan Black, P. & Harrison, C (2001) Self- and peerassesment and taking responsibility: the science student’s role in formative assessment. School Science Review 83 (302), 43-49 Cazden, C. B. (1988). Classroom discourse: the language of teaching and learning. Portsmouth: Heinemann Educational Books. Glickman, C.D., Gordon, S.P & Ross-Gordon, J . M ( 2 0 1 1 ) . S u p e r v i s i o n a n d I n s t r u c t i o n a l L e a d e r s h i p : A pengetahuan. Saya berpuashati kerana GP kini dapat menjalankan pdp dengan lebih kualiti, dinamik, menarik perhatian murd dan mengaplikasikan kemahiran berfikir kreatif dan kritis. GP secara spontan dilihat sudah dapat membina soalan yang boleh merangsang KB murid pemulihan serta mempunyai idea yang banyak apabila menerangkan tentang sesuatu isu. Kita tidak mengharapkan murid-murid pemulihan dapat berfikir pada aras tinggi tetapi memadailah berfikir pada aras yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Development Approach. 4th Edit. Boston: Allyn and Bacon. Mohd Nasruddin Basar & Siti Halimah Md Yassin, (2012) Kemahiran Berfikir.Kritis. Kreatif Inovatif.Freemind Horizons Sdn Bhd. Roselan Baki. (2001). Interaksi lisan dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu daripada perspektif guru. Tesis Ph. D., Universiti Kebangsaan Malaysia. Tonny Windura (2011) Peta Minda Langkah Demi Langkah . PTS Professional. 56

WADAH EDISI 2014 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Penggunaan eL@IPGKPT Dalam Meningkat Penglibatan Interaktif Pelajar-Pelajar EDU3106 Mustaffar bin Abd Majid, Nor’ Azah binti Ahmad Safran, Shamsiah binti Md Nasir Abstrak Kajian tindakan ini bertujuan untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran melalui penglibatan secara interaktif pelajar. Kajian tindakan ini melibatkan tiga orang pensyarah di sebuah Institut Pendidikan Guru bagi kursus EDU3106 (Budaya dan Pembelajaran) yang merupakan salah satu kursus teras dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Kajian ini berfokus kepada penggunaan eL@IPGKPT yang dibangunkan bagi tujuan meningkatkan penglibatan pelajar secara interaktif yang merangkumi interaksi operasi, interaksi maklumat dan interaksi konsep yang bersifat hirarki berasaskan Model Hierarchical Model for Instructional Interaction (HMII) yang selari dengan keperluan pembelajaran abad ke-21. Responden kajian merupakan guru pelatih semester lima yang terdiri daripada tiga kumpulan pengkhususan Matematik, Sains dan Reka Bentuk Teknologi. Pengumpulan data dilakukan secara triangulasi kaedah iaitu melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan eL@IPGKPT adalah efektif dalam meningkatkan penglibatan pelajar secara interaktif semasa pengajaran dan pembelajaran. Kata Kunci: pengajaran, e-pembelajaran, penglibatan, interaktif, eL@IPGKPT Pengenalan Konteks Kajian/Latar Belakang Kajian Salah satu anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, Anjakan 4 iaitu mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Anjakan ini sangat k r i t i k a l k e r a n a k a j i a n a n t a r a b a n g s a menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Kualiti sistem tidak boleh melangkaui kualiti guru. Walaupun terdapat guru yang cemerlang dalam sistem pendidikan Malaysia, kajian AKEPT 2011 mendapati bahawa hanya 50% pengajaran disampaikan dengan berkesan. Hal ini bermakna penyampaian mata pelajaran tidak melibatkan murid secukupnya, dan cara mengajarnya lebih pasif serta berbentuk syarahan. Mata pelajaran yang disampaikan lebih berfokus kepada pemahaman kandungan yang tidak mendalam dan tidak memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi. Statistik ini juga menunjukkan cabaran besar yang akan dihadapi kerana lebih kurang 60% guru pada hari ini akan terus mengajar bagi tempoh 20 tahun lagi. Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elitis apabila pengambilan dibuat hanya dalam kalangan graduan 30% terbaik dalam negara. Guru pelatih akan menerima latihan yang sebaik mungkin dari mula mereka mengikuti program latihan hingga mereka bersara. IPG berdepan dengan cabaran untuk meningkatkan kualiti latihan keguruan untuk mengalas anjakan tersebut. Para pengkaji (Frank, 1990; Fulton, 1989; G o o d l a d , 1 9 9 0 ; H a n d l e r , 1 9 9 3 ) mengungkapkan bahawa guru lazimnya akan mengajar sebagaimana mereka pernah diajar. Pengalaman pembelajaran diperoleh semasa latihan perguruan menjadi sebahagian daripada pengalaman yang mempengaruhi sikap dan tindakan mereka sebagai guru. 57

WADAH EDISI 2014

Penggunaan eL@IPGKPT Dalam Meningkat Penglibatan Interaktif

Pelajar-Pelajar EDU3106

Mustaffar bin Abd Majid, Nor’ Azah binti Ahmad Safran, Shamsiah binti Md Nasir

Abstrak

Kajian tindakan ini bertujuan untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran melalui

penglibatan secara interaktif pelajar. Kajian tindakan ini melibatkan tiga orang pensyarah di

sebuah Institut Pendidikan Guru bagi kursus EDU3106 (Budaya dan Pembelajaran) yang

merupakan salah satu kursus teras dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Kajian

ini berfokus kepada penggunaan eL@IPGKPT yang dibangunkan bagi tujuan meningkatkan

penglibatan pelajar secara interaktif yang merangkumi interaksi operasi, interaksi maklumat dan

interaksi konsep yang bersifat hirarki berasaskan Model Hierarchical Model for Instructional

Interaction (HMII) yang selari dengan keperluan pembelajaran abad ke-21. Responden kajian

merupakan guru pelatih semester lima yang terdiri daripada tiga kumpulan pengkhususan

Matematik, Sains dan Reka Bentuk Teknologi. Pengumpulan data dilakukan secara triangulasi

kaedah iaitu melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan

penggunaan eL@IPGKPT adalah efektif dalam meningkatkan penglibatan pelajar secara interaktif

semasa pengajaran dan pembelajaran.

Kata Kunci: pengajaran, e-pembelajaran, penglibatan, interaktif, eL@IPGKPT

Pengenalan

Konteks Kajian/Latar Belakang Kajian

Salah satu anjakan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2015, Anjakan 4

iaitu mentransformasi profesion keguruan

menjadi profesion pilihan. Anjakan ini sangat

k r i t i k a l k e r a n a k a j i a n a n t a r a b a n g s a

menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan

faktor berasaskan sekolah yang paling

signifikan dalam menentukan keberhasilan

murid. Kualiti sistem tidak boleh melangkaui

kualiti guru. Walaupun terdapat guru yang

cemerlang dalam sistem pendidikan Malaysia,

kajian AKEPT 2011 mendapati bahawa hanya

50% pengajaran disampaikan dengan

berkesan. Hal ini bermakna penyampaian

mata pelajaran tidak melibatkan murid

secukupnya, dan cara mengajarnya lebih pasif

serta berbentuk syarahan. Mata pelajaran

yang disampaikan lebih berfokus kepada

pemahaman kandungan yang tidak mendalam

dan tidak memberi tumpuan kepada

kemahiran berfikir aras tinggi. Statistik ini juga

menunjukkan cabaran besar yang akan

dihadapi kerana lebih kurang 60% guru pada

hari ini akan terus mengajar bagi tempoh 20

tahun lagi.

Profesion keguruan akan menjadi lebih

berprestij dan elitis apabila pengambilan

dibuat hanya dalam kalangan graduan 30%

terbaik dalam negara. Guru pelatih akan

menerima latihan yang sebaik mungkin dari

mula mereka mengikuti program latihan

hingga mereka bersara. IPG berdepan dengan

cabaran untuk meningkatkan kualiti latihan

keguruan untuk mengalas anjakan tersebut.

Para pengkaji (Frank, 1990; Fulton, 1989;

G o o d l a d , 1 9 9 0 ; H a n d l e r , 1 9 9 3 )

mengungkapkan bahawa guru lazimnya akan

mengajar sebagaimana mereka pernah diajar.

Pengalaman pembelajaran diperoleh semasa

latihan perguruan menjadi sebahagian

daripada pengalaman yang mempengaruhi

sikap dan tindakan mereka sebagai guru.

57

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!