05.03.2019 Views

buku program pibg 24 2019 (Repaired)

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Ucapan Penasihat PIBG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam untuk junjungan Rasulullah SAW.

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana diberi peluang untuk kita berjumpa lagi di Mesyuarat Agung

Tahunan PIBG bagi Tahun 2019.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama

yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah dan Ahli Jawatankuasa PIBG dalam menjalankan aktiviti

dan program sepanjang tahun 2018 yang lalu dan seterusnya dapat mengadakan Mesyuarat Agung

Tahunan PIBG kali ke 24 ini.

Menjadi hasrat saya untuk melihat persatuan ini terus maju dan berdiri kukuh bersama-sama

pihak sekolah demi memastikan kemajuan dan kejayaan murid-murid sekolah ini tercapai. Prestasi

akademik anak-anak tuan puan berkait rapat dengan aktiviti – aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah dan

persatuan ini. Marilah kita bersama – sama memainkan peranan untuk mempertingkatkan mutu

pendidikan anak-anak kita. Jadikanlah persatuan ini sebagai jambatan penghubung antara pihak

sekolah dan ibu bapa, seterusnya mewujudkan suasana harmoni untuk murid-murid.

Pihak sekolah amat berharap agar tuan puan memberikan perhatian kepada pembelajaran

anak-anak semasa mereka berada di rumah. Silalah pantau akan perkembangan pelajaran, kerja

rumah dan latihan yang diberikan oleh guru. Mohon disemak buku-buku dan kerja-kerja yang diberikan

kepada mereka. Luangkan masa dan berilah bimbingan sebaik mungkin. Pihak sekolah juga memohon

jasa baik tuan untuk menyertai atau hadir ke sekolah jika dijemput untuk sebarang program anjuran

sekolah atau PIBG.

Saya juga memohon kerjasama dan sokongan tuan puan kepada PIBG khususnya bantuan dan

sumbangan kepada PIBG kerana melalui sokongan itu, PIBG akan lebih berkemampuan untuk membina

dan menyediakan prasarana yang selesa untuk anak-anak tuan puan yang bersekolah ini. Tahniah dan

terima kasih kepada PIBG yang sentiasa berusaha membantu sekolah untuk menyediakan kemudahankemudahan

demi untuk keselesaan anak tuan puan semua.

Dikesempatan ini juga saya memohon jutaan kemaafan atas apa jua kesilapan saya, kesilapan

guru-guru dan warga SKKI sepanjang sesi 2018 yang lalu, jika ada terkasar bahasa, layanan yang kurang

memuaskan, tersilap tutur kata dan bicara serta kurang kemesraan kami guru-guru khususnya kepada

tuan dan puan yang berurusan di sekolah ini.

Akhir sekali, sebagai penasihat persatuan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada

semua ibu bapa, guru-guru, pemimpin masyarakat serta orang perseorangan yang memahami halatuju

sekolah dan telah memberikan sokongan dalam apa jua bentuk sama ada dalam bentuk kewangan

mahupun tenaga, kepada PIBG sekolah ini dalam menjayakan segala program-program yang telah

dirancang. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa tuan puan semua. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

HAMIDI BIN SHARIFF,

Guru Besar,

SK Kampung Idaman, Pelabuhan Klang.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!