05.03.2019 Views

buku program pibg 24 2019 (Repaired)

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Ucapan Yang Dipertua PIBG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dan setinggi ucapan terima kasih kerana diberi

kesempatan untuk merakamkan ucapan di dalam buku program Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-24 ini.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi - tinggi penghargaan kepada

Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman, Guru Besar dan guru – guru sekolah ini

kerana telah banyak membantu saya dalam menjayakan apa jua program dan juga akiviti – aktiviti

yang dirancang secara kerjasama sepanjang tahun 2018 yang lalu.

Secara keseluruhannya saya melihat tahun 2018 merupakan tahun yang padat dengan aktivitiaktiviti

yang melibatkan kerjasama yang padu dan jitu antara pihak PIBG dan pihak pentadbiran sekolah

ini. Kesemua perancangan telah dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama yang diberikan

oleh kedua belah pihak. Menjadi harapan saya agar ianya dapat diteruskan lagi untuk tahun yang akan

datang.

Dengan ini juga, saya menyerahkan segalanya semula kepada ibu bapa untuk melihat, menilai

dan mengkaji semula perjalanan pentadbiran persatuan ini sepanjang tahun yang lalu. Mulai tahun

2012, pemilihan jawatankuasa hanya akan dilaksanakan secara dwi-tahunan, ini adalah untuk

membolehkan ahli jawatankuasa yang telah dilantik meneruskan kesinambungan dalam melaksanakan

segala perancangan yang telah dirancang. Jalankan tugas anda dengan ikhlas demi anak-anak kita.

Teruskanlah usaha anda untuk memantapkan dan menaikkan lagi nama sekolah ini agar menjadi

sekolah yang dikenali serata tempat. Kepada ibu bapa, diharapkan sentiasa terus memberikan

sokongan kepada AJK PIBG yang dilantik dalam melaksanakan dan membantu pihak sekolah untuk

mencapai visi dan misi sekolah.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya

sepanjang perlantikan saya sebagai Yang Dipertua PIBG sekolah ini, terdapat sebarang kesalahan dan

kelemahan yang telah saya lakukan. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T sebagai

Tuhan yang mengaturkan segalanya dan segala yang buruk itu datang daripada kelemahan saya

sendiri sebagai manusia biasa. Terima kasih.

Selamat bersidang.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!