05.03.2019 Views

buku program pibg 24 2019 (Repaired)

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

10.22 Usul 22: En. Mohd Fauzi bin Che Abd dan En. Sazali bin Saleh

1) Memohon pemantauan penjualan makanan di kantin sekolah

2) Memastikan bekas makanan di kantin ditutup untuk mengelakkan keracunan.

Penjelasan: Kantin akan dipantau secara besar-besaran. Timbalan Menteri Pendidikan ketika

mengunjungi sekolah ini telah memuji harga jualan di kantin yang murah dan kualiti makanan yang

dijual kepada guru dan murid adalah sama.

10.23 Usul 23: Sazali bin Saleh

1) Mencadangkan agar pihak sekolah mewajibkan setiap murid memiliki buku komunikasi

supaya maklumat penting dapat disampaikan.

2) Memohon agar dapat diwujudkan “WhatApp Group” antara guru dengan ibu bapa supaya

dapat memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat.

Penjelasan:

1. Buku komunikasi sememangnya ada untuk setiap murid dan akan disemak oleh guru.

2. “Whatsapp Group” pernah diwujudkan tetapi guru besar sendiri keluar bersama-sama guru lain

kerana adalah lebih baik sekiranya “group” tersebut diwujudkan hanya untuk memaklumkan

perkara penting, bukan perkara yang tidak perlu.

10.24 Usul 24: Pn. Nor Hasniwati bin Muhamad Hassan

1) Mencadangkan agar penutup longkang dipasang di longkang hadapan kelas dan kantin.

Penjelasan: YDP memaklumkan penutup longkang sememangnya akan dipasang di tempat yang

tertentu.

10.25 Usul 25: Pn. Nor Saadiah binti Zainuddin

1) Menaik taraf tandas perempuan Blok B kerana didapati ada simen melekat.

Penjelasan: YDP memaklumkan pihak PIBG akan melihat semula keadaan tandas yang dikatakan

untuk melihat tindakan yang boleh diambil.

KOKURIKULUM

10.26 Usul 26: Pn. Siti Mastura binti Mat Zan

1) Mencadangkan pihak sekolah memberi kebebasan kepada murid memilih aktiviti kokurikulum

yang ingin disertai

2) Mencadangkan agar pihak sekolah dapat mewujudkan sukan ragbi.

Penjelasan:

1) Guru yang telah ditugaskan untuk membimbing satu-satu aktiviti kokurikulum mungkin akan

mengalami ketidakseimbangan ahli sekiranya murid diberi pilihan untuk memilih sendiri aktiviti

kokurikulum.

2) Sukan yang telah diwujudkan juga masih tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada ibu

bapa. Contohnya, ada yang tidak membenarkan anak mewakili sekolah.

11 HAL – HAL LAIN

11.1 En. Mohd Hanafi bin Yusoff mencadangkan pemantauan murid tahun 1, 2 dan 3 (sesi petang)

oleh pihak sekolah dan PIBG.

11.1.1 Murid digalakkan bersalaman dengan guru sebelum pulang dan ini satu nilai yang

baik. Namun, menyebabkan murid keluar lewat sehingga hampir pukul 7 kerana ada

seramai 664 orang murid pada sesi petang.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!