05.03.2019 Views

buku program pibg 24 2019 (Repaired)

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

10.17 Usul 17: En. Mohd Fouzi bin Makhtar

1) Lantai kantin terlalu licin terutama ketika basah.

2) Memohon penjelasan padang sekolah yang terbengkalai proses baik pulihnya.

3) Memohon kaunter jualan buku dapat dibesarkan.

Penjelasan:

1. Pengerusi mesyuarat meminta supaya murid lebih berhati-hati ketika berada di kantin.

2. Guru besar memaklumkan beliau telah berusaha meletakkan 30 lori “hard soil” tetapi belum

sempat siap padang tersebut telah digunakan untuk bermain kerana pagar juga telah rosak dan

kontraktor enggan meneruskan kerja baikpulih kerana tidak menerima bayaran akibat kerosakan

tersebut yang menyebabkan syarikatnya dianggap tidak menyempurnakan tugas.

3. Guru besar mencadangkan supaya ibu bapa datang membeli keperluan di kedai buku pada

waktu yang sesuai (bukan waktu puncak).

10.18 Usul 18: En. Dzulhazmi bin Rosli

1) Mencadangkan pengasingan barisan murid lelaki dan perempuan di kantin.

2) Mencadangkan pihak sekolah turut melantik pengawas daripada kelas lain, bukan hanya kelas

pertama dan kedua sahaja.

Penjelasan:

1. Cadangan ini sukar untuk dilaksanakan.

2. Prestasi disiplin murid kelas selain kelas pertama dan kedua tidak membolehkan mereka dilantik

sebagai pengawas kerana ramai antara mereka yang bermasalah terutamanya datang lewat.

10.19 Usul 19: En. Mohd Azmizan bin Zainon

1) Mencadangkan pemasangan alat CCTV untuk keselamatan murid.

Penjelasan: Pengerusi memaklumkan yang kawasan sekolah telah pun dilengkapi dengan

beberapa buah CCTV.

10.20 Usul 20: En. Manshor bin Maturidi

1) Mencadangkan pihak sekolah menambah lampu di wakaf menunggu kerana keadaan agak

gelap terutamanya pada waktu pagi.

Penjelasan: Guru besar memaklumkan yang lebih banyak lampu akan dipasang dengan usaha ahli

jawatankuasa PIBG iaitu En. Zulkefli bin Asri.

10.21 Usul 21: En. Ahmad bin Faisal

1) Memperbaiki sistem lalu lintas di hadapan sekolah pada waktu puncak.

2) Mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan dan permainan tidak

bermanfaat di luar sekolah.

Penjelasan:

1) Pengerusi mesyuarat melontarkan semula pertanyaan kepada ahli mesyuarat sekiranya ada

cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan di hadapan sekolah.

2) Aktiviti penjualan yang berlaku di luar pagar sekolah berada di luar bidang kuasa pihak

sekolah.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!