05.03.2019 Views

buku program pibg 24 2019 (Repaired)

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

10.10 Usul 10: Pn. Jossy binti John

1) Mencadangkan supaya laluan lelaki dan perempuan dipisahkan untuk mengelakkan tolak

menolak.

Penjelasan: Pengerusi mesyuarat menjelaskan adalah sukar untuk memisahkan laluan murid lelaki

dengan murid perempuan kerana mereka bergerak dalam barisan dan ini akan melambatkan lagi

pergerakan murid keluar dari pagar. Kes berpegangan tangan antara murid lelaki dan perempuan

ketika waktu pulang juga belum pernah berlaku.

10.11 Usul 11: En. Zairizam bin M Rohani

1) Ibu bapa berkumpul di hadapan pagar sekolah sehingga menyebabkan kesesakan di laluan

keluar murid.

Penjelasan: Pengerusi mesyuarat memaklumkan semua ibu bapa menunggu di hadapan pagar

untuk tujuan yang sama iaitu menjemput anak pulang dari sekolah dan belum pernah ada yang

sekadar bersantai.

10.12 sul 12: Pn. Maznah binti Abd Ghani

1) Mencadangkan waktu pulang murid sesi petang dibuat secara berperingkat, didahului oleh

murid Tahun 1 dan seterusnya.

Penjelasan: Guru besar telah meminta murid tahun 1 dibenarkan pulang pada pukul 6:30 dengan

kelas 1 Intelek dan 1 Harapan dilepaskan dahulu kerana kelas mereka berada di tingkat bawah.

10.13 Usul 13: En. Rizal bin Bakar

1) Memohon ibu bapa yang menghantar anak menghormati sesama sendiri dengan

memperlahankan kenderaan, ketika hari biasa atau hari hujan untuk mengelakkan

kemalangan.

Penjelasan: Pengerusi mesyuarat meminta tolak ansur ibu bapa semasa waktu murid pulang kerana

semua datang dengan tujuan untuk menjemput anak pulang dari sekolah.

10.14 Usul 14: En. Mohd Salmi bin Saad

1) Mencadangkan pihak sekolah membenarkan murid turun di pintu pagar utama ketika hujan.

Penjelasan: Kawasan sekolah ini tempat keluar masuk kereta, jika tidak berhati-hati kemalangan

mungkin berlaku kerana pernah berlaku perlanggaran antara kereta guru. Bilangan guru yang ramai

juga menjadi faktor. Cadangan ini mungkin boleh dipertimbangkan selepas jalan diturap.

10.15 Usul 15: En. Zairizam bin M Rohani

1) Memohon kekerapan cucian tandas agar tidak berbau dan sentiasa bersih.

Penjelasan: Pengerusi mesyuarat memaklumkan ketika beliau menjalankan pemeriksaan tandas

tidak berbau busuk seperti yang dikatakan.

10.16 Usul 16: En. Shafrizan bin Sharuddin

1) Mencadangkan pihak sekolah membaik pulih pagar di padang dan fasiliti padang futsal.

2) Mencadangkan pertambahan petugas di pagar pada waktu murid pulang.

Penjelasan: Guru besar memaklumkan usaha membaikpulih telah dijalankan pada 2016 selepas

mendapat peruntukan daripada Datuk Nasarruddin tetapi belum sempat dipasang, pagar tersebut

telah dirosakkan. Untuk petugas di pagar, guru besar menyatakan bahawa ada guru yang telah

ditugaskan untuk menjaga pagar setiap kali murid pulang daripada sekolah.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!