05.03.2019 Views

buku program pibg 24 2019 (Repaired)

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Penjelasan: Guru besar memaklumkan pihak sekolah mempunyai inisiatif untuk mengurangkan

beban murid kerana ada hari tertentu yang telah ditetapkan, murid tidak perlu membawa buku. Pada

hari Selasa murid tidak perlu membawa buku bahasa Inggeris kerana hari tersebut adalah hari

bahasa Inggeris Komunikasi. Mereka akan dibawa masuk ke dalam makmal komputer dan belajar

menggunakan komputer. Pihak sekolah mempunyai sebanyak 80 buah notebook, 40 buah netbook,

lebih kurang 20 buah komputer meja dan sekolah juga dilengkapi dengan talian internet Unifi. Murid

juga tidak perlu membawa buku teks bahasa Melayu pada hari Khamis kerana hari tersebut adalah

hari ‘berbahasa”.

10.6 Usul 6: Pn. Zubaidah binti Mahmud

1) Mencadangkan program berbentuk motivasi dan aktiviti diperbanyakkan.

Penjelasan: YDP memaklumkan pihak sekolah telah menerima subsidi daripada NGO untuk

mengadakan dua program motivasi, satu dengan kerjasama Dr. Hj. Fadzilah Kamsah. Ibu bapa dan

murid tahun 6 diseru untuk hadir. Satu lagi program melibatkan murid tahun 3, 4 dan 5 yang dikenali

sebagai “Brain Booster” dalam tempoh setahun. Program ini adalah percuma dan sebanyak 10 orang

murid akan dipilih.

HAL EHWAL MURID

10.7 Usul 7: Pn. Nor Azuanee binti Mukhtar

1) Mewajibkan bayaran RM5.00 untuk setiap keluarga bagi tujuan keceriaan kelas yang perlu

dijelaskan semasa pembayaran yuran awal tahun.

2) Mencadangkan setiap keluarga menyumbang satu rim kertas A4 bagi tujuan cetakan bahan

untuk murid.

3) Mewujudkan kedai fotostat kerana harga fotostat di kedai buku agak mahal.

Penjelasan:

1. Ibu bapa di sekolah lain biasanya akan membantu pihak sekolah untuk menceriakan kelas anak

mereka, jika tidak semua tetapi sepuluh orang, lima orang atau seorang ibu bapa pasti akan terlibat.

Pihak sekolah juga ada melaksanakan pertandingan kelas terbersih dengan hadiah sebanyak

RM100. Guru besar bersetuju dengan cadangan usul ini tetapi keputusan terpulang kepada ibu bapa.

Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara dan sumbangan akan dikutip mengikut murid (RM5 per

kepala), bukan mengikut keluarga.

2. Guru besar kurang bersetuju dengan usul ini kerana pernah berlaku di sekolah lain, ibu bapa

membawa aduan ke kementerian dengan mempersoalkan sama ada pihak sekolah sudah kehabisan

wang sehingga perlu meminta sumbangan ibu bapa dan guru besarnya telah disiasat. Hal ini perlu

dielakkan daripada berlaku.

3. Guru besar tidak pasti sejauh mana harga fototstat di kedai buku yang dikatakan. Beliau turut

mencadangkan supaya ahli mesyuarat yang berminat membuka kedai fotostat dengn harga yang

murah berdekatan kawasan sekolah.

10.8 Usul 8: En. Abdullah bin Yaacob

1) Mempertimbangkan bilangan tanggungan ibu bapa dalam syarat kelayakan pemberian bantuan

kewangan awal persekolahan RM100.00

Penjelasan: Syarat dalam pekeliling bantuan kewangan awal persekolahan adalah pendapatan ibu

dan bapa yang digabungkan mestilah sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah. Tahun lepas

RM52,600.00, tetapi tahun ini meningkat pada RM100,600.00 dan seramai 816 orang murid bakal

menerima bantuan yang akan diagihkan pada hari Rabu, 14 Februari 2018.

10.9 Usul 9: En. Mohd Rashidi bin Mohd Amir

1) Mencadangkan agar pintu pagar utama sekolah dibuka ketika waktu pulang murid sesi petang

kerana murid bersesak-sesak di pagar kecil.

Penjelasan: Guru besar menyatakan bahawa pintu pagar utama memang perlu ditutup demi

menjaga keselamatan murid kerana kawasan tersebut adalah laluan para guru dan staf sekolah.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!