05.03.2019 Views

buku program pibg 24 2019 (Repaired)

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Usul pembinaan surau dan kelas pendidikan khas ini perlu diminitkan dalam mesyuarat PIBG supaya

dapat dipanjangkan pada pihak kementerian. Murid pendidikan khas semakin bertambah dari

semasa ke semasa dan hingga kini mencecah 64 orang dengan jumlah kelas sebanyak 9 buah dan

keadaan ini memperlihatkan keperluan untuk membuka lebih banyak kelas.

Keputusan: Semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara dan usul tidak perlu dibahaskan.

3) Memotong pokok dikawasan antara dewan terbuka dan pejalan kaki.

Penjelasan: Tn. Hj. Zulkifli mencadangkan supaya pokok di laluan ke pagar dipotong dan disimen

supaya murid boleh terus berjalan ke pagar untuk mengatasi kesesakan dan memastikan

keselamatan murid yang sering bertolak-tolak sewaktu pulang. Selain itu, pokok tersebut juga

menghalang pandangan dari luar pagar dan ini menyukarkan para ibu bapa untuk menyedari

kepulangan anak masing-masing dari sekolah. En. Mohd Yuswan bin Hamza tidak bersetuju dan

mencadangkan supaya pokok tersebut dikekalkan demi kehijauan dan sebagai sumber oksigen yang

memberikan persekitaran positif. Sayang jika dipotong kerana lanskap sekolah ini adalah dalam

keadaan baik.

Keputusan: Semua ahli mesyuarat bersetuju secara sebulat suara agar pokok tersebut dipotong.

10.2 Usul 2: Ahli jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) SK Kg. Idaman

1) Buku teks yang hilang perlu digantikan dengan buku juga atau dengan bayaran dua kali ganda

harga buku teks tersebut.

Penjelasan: Guru Besar menjelaskan ibu bapa perlu mengambil peranan dengan sentiasa

memastikan buku teks yang diberikan kepada anak mereka sentiasa mencukupi dan dijaga dengan

baik. Buku teks yang dibekalkan oleh kementerian adalah sangat terhad. Proses penggantian

sesebuah buku yang rosak amat rumit dan memerlukan masa yang panjang. Secara tidak langsung

ianya akan merugikan murid pada tahun semasa kerana tidak mempunyai buku teks untuk belajar.

Sekiranya ibu bapa tetap ingin membayar, bayaran tersebut perlulah bernilai dua kali ganda

berbanding harga buku teks yang hilang.

Keputusan: Semua ahli mesyuarat bersetuju secara sebulat suara untuk melaksanakan usul seperti

yang disebut dengan menggantikan buku teks juga jika murid menghilangkan atau merosakkan buku

teks yang diberikan oleh pihak sekolah.

KURIKULUM

10.3 Usul 3: Pn. Arina binti Razani dan Pn. Sarimah binti Ahmad

1) Mencadangkan agar kelas tambahan Bahasa Inggeris pada hari Sabtu selama 1 jam sahaja

dan dibuka kepada semua murid

Penjelasan: Guru besar memaklumkan pihak sekolah akan mengadakan kelas English Komunikasi

selama satu setengah jam (8:00-9:30 pagi). Walaupun keutamaan diberi pada kelas DLP, tetapi

murid lain juga boleh menyertai. Kelas tambahan untuk murid tahun 6 sememangnya diadakan oleh

pihak sekolah dan akan bermula pada awal Februari.

10.4 Usul 4: Pn. Nor Asmah binti Md Sagap

1) Mencadangkan Kursus pemantapan bahasa Inggeris utuk murid yang terlibat dengan Dual

Language Programme (DLP)

Penjelasan: Guru besar memaklumkan pagi tadi telah diadakan taklimat untuk ibu bapa tentang

DLP dan pelbagai aktiviti telah dirancang berfokus pada pemantapan bahasa Inggeris yang telah

dirancang seperti yang dapat dilihat dalam perancangan aktiviti tahunan sekolah.

10.5 Usul 5: Pn. Airin binti Azih

1) Masalah bebanan buku yang ditanggung murid.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!