05.03.2019 Views

buku program pibg 24 2019 (Repaired)

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

9.5.2 Aktiviti yang dirancang adalah seperti Miftah As-Sudur, Program Terapi Jiwa

dan Budaya Jepun (Senaman Taiso)

9.6 Program Huffaz bersama Darul Quran melibatkan murid Tahun 1 hingga 6 yang berminat.

Sasaran pihak sekolah adalah untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang murid yang

mampu menghafal 30 juzuk Al-Quran.

9.7 Program DLP (Dual Language Programme) yang disokong oleh EES (English Environment in

School) bertujuan menggalakkan persekitaran bahasa Inggeris.

9.8 Pelaksanaan Pembelajaran Koperatif bersama RITE (MCII) yang menggalakkan

pembelajaran abad ke-21.

9.9 English Komunikasi Class akan diadakan dan terbuka kepada semua murid yang berminat

dan mereka boleh mengisi borang untuk menyertai kelas ini.

9.10 Program Global School Leaders Malaysia bersama GSL Malaysia. Ilmu yang diperolehi

barisan pentadbir sekolah melalui program ini akan dikongsikan bersama warga sekolah.

9.11 Program pengajaran bahasa Inggeris dengan kerjasama Universiti Lim Kok Wing selama

setahun. Mereka menaja pembelajaran laman web berbayar untuk murid sekolah ini yang

terlibat.

9.12 Program Makanlah dan program Mari Berkebun bersama MCII yang ditaja sepenuhnya oleh

pihak mereka.

9.13 Program Kangaroo Math Competition yang dikelolakan oleh En. Shahrizal. Bayaran

penyertaan dikenakan kepada murid berminat tetapi masih ramai ibu bapa yang tidak maklum

tentang program ini.

9.14 Program American Mathematics Olympiads dan bayaran sebanyak RM60 dikenakan. Murid

yang menyertai tahun lepas telah berjaya mendapat tempat ke 400 dalam dunia.

9.15 Program ASMO (Asean Science Mathematics Olympiad)

9.16 Program Young Writers yang berpeangkalan di United Kingdom.

9.17 Program Science To Action bersama FKA UiTM Shah Alam. Murid sekolah ini telah mendapat

geran daripada UiTM sebanyak RM154,000.00.

9.18 Program STEM bersama Micro Concept Tech (FKA UiTM)

9.19 Program The Button (I Can Speak English)

9.20 Program Imam Muda yang memberi peluang kepada murid untuk membaca khutbah, menjadi

imam dan sebagainya.

9.21 Program Nilam Extreme

9.22 Lawatan sambil belajar ke tempat yang jarang dapat dikunjungi orang awam seperti Istana

Alam Shah.

Tindakan: Makluman Ibu Bapa

10

MEMBAHASKAN USUL

Usul Khas

10.1 Usul 1: Pihak Sekolah

1) Rambut murid mestilah dipotong mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak sekolah iaitu dengan ukuran panjang no.3 sahaja

dibenarkan

Penjelasan: Guru besar meluluskan ketetapan panjang rambut murid yang dibenarkan adalah pada

tahap nombor tiga dan jawatankuasa PIBG diberi kebenaran untuk mengadakan aktiviti menggunting

rambut murid bagi ibu bapa yang enggan berbuat demikian dengan membuat surat kebenaran waris

untuk menggunting rambut murid. Oleh itu semua ibu bapa hendaklah mematuhi peraturan berambut

pendek seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Keputusan: Semua ahli mesyuarat bersetuju secara sebulat suara untuk melaksanakan usul seperti

yang disebut dengan memotong rambut mengikut ukuran panjang no.3 sahaja.

2) Pembinaan surau dan kelas Program Pendidikan Kelas Integrasi Pendidikan Khas.

Penjelasan: Guru besar meluluskan usul pembinaan surau (cetusan idea ketua kampung) dan kelas

pendidikan khas. Hal ini juga menjadi sebab pada pemilihan guru Pendidikan Khas dan guru

Pendidikan Islam dalam ahli jawatankuasa guru yang baru.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!