02.03.2019 Views

MINIT MESYUARAT PIBG 4_2018-2019

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SKPP5 (1)

BIL ( 4 ) 2018/2019

TARIKH : 26 Januari 2019 (Sabtu)

MASA : 09.00 pagi – 12.40 tengah hari

TEMPAT : Bilik Mesyuarat SKPP5 (1)

PK 11/3 PENGURUSAN MESYUARAT

KEHADIRAN :

1. DR. AMER HAMZAH BIN JANTAN YDP

2. CIK NORHASIMAH BINTI MAT YASIM SETIAUSAHA

3. EN. MOHD KHAIRUL BIN PUASA BENDAHARI

4. DR. B.T. HANG TUAH BIN BAHARUDDIN JURU AUDIT

5. EN. KU SALLEH BIN KU SALIM PENOLONG SETIAUSAHA

6. PN. A‟INIAH BINTI KAMARUDIN AJK IBU BAPA

7. EN. ZULKIFLI BIN MOHD SALEH AJK IBU BAPA

8. EN AZHAM BIN ISHAK AJK IBU BAPA

9. EN. NASSAR BIN NORDIN AJK IBU BAPA

10. EN. MUHAMMAD ASYRAF BIN MUSTAFA AJK IBU BAPA

11. EN. ASLAMRUZAINI BIN MOHD RASOUL AJK GURU

12. PN. NORIHAN BINTI TAJUDIN AJK GURU

13. PN. NORIZAN BINTI AHMAD AJK GURU

14. PN. ROHAIDA BINTI YAAKOB AJK GURU

15. CIK RAHMAWATI BINTI MOHD SHARIFF AJK GURU

16. PN. ZAINAWATI BINTI MANAN AJK GURU

17. PN. SITI NURHIDAYAH SYAHIDA BT MOHD HAMDAN AJK GURU

TURUT HADIR:

1. EN. ZULKIPLE BIN HUSSEIN PENASIHAT

2. PN. HASNAH BINTI ISNON EXCO

3. PN. NURHASLINA BINTI MOHD HANIP EXCO

4. PN. SAMSIAH BINTI YUSOF EXCO

5. EN. MOHD HAKIMI BIN ALI PENYELARAS KAFA SKPP5(1)

TIDAK HADIR DENGAN MAKLUM:

1. EN. MOHD ZAID BIN MOHD GHAZALI NYDP

2. PN. IKA SULISTIYAWATI BINTI SUTOPO JURU AUDIT

3. PN. HARTINI BINTI ABDUL GHANI PENOLONG BENDAHARI

4. PN. LAILA BINTI CHE LONG AJK IBU BAPA

5. EN. MOHD KHAIRY BIN KAMARUDDIN AJK GURU

1

PK 11/3 PENGURUSAN MESYUARAT

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah dan mengalualukan

kehadiran ahli mesyuarat. Pengerusi memaklumkan bahawa

mesyuarat kali ini bertujuan membincangkan Mesyuarat Agung PIBG 2019

serta program KAFA sekolah.

Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU

2.1 Mesyuarat mengesahkan minit mesyuarat lalu tanpa pindaan. Minit

mesyuarat telah dicadang untuk disahkan oleh Dr. B.T Hang Tuah dan

disokong oleh semua ahli.

Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 En Zulkiple selaku guru besar memaklumkan sekolah masih tegas

menangani isu murid lewat ke sekolah dan menetapkan KPI kehadiran

sebanyak 95% untuk tahun 2019.

Makluman

3.2 Cadangan pembelian billboard sekolah masih ditangguhkan kerana

dilihat masih tidak perlu.

Makluman

3.3 Sumbangan PIBG

Encik Khairul, selaku Bendahari PIBG, memaklumkan bahawa jumlah

sumbangan PIBG yang diterima daripada ibu bapa setakat November

2018 ialah RM34,936.50.

Makluman

3.4 Pengerusi mencadangkan jumlah sumbangan PIBG bagi tahun 2019

dikekalkan sebanyak RM50.00. Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara.

Makluman

3.5 Kedudukan Kewangan Bersama PIBG dan KAFA:

Jumlah sumbangan KAFA Jan-Nov 2018 : RM 36,423.00

Perbelanjaan KAFA Jan - Dis 2018 : RM 23,740.00

Baki kewangan KAFA Jan 2019 : RM 12,563.00

Jumlah kutipan PIBG Jan- Dis 2018 : RM 34,936.50

Perbelanjaan PIBG Jan– Dis 2018 : RM 45,390.95

Baki kewangan PIBG Jan 2019 : RM 9,067.17

2

4. AGENDA MENSYUARAT AGUNG PIBG SKPP5(1) KALI KE-7 2019

PK 11/3 PENGURUSAN MESYUARAT

4.1 Tarikh Mesyuarat Agung PIBG SKPP5(1) Kali ke-7 ialah pada 9 Mac 2019

(Sabtu).

Makluman

4.2 Agenda mesyuarat Agung PIBG Kali ke-7

Ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG

Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung PIBG ke-6

Perkara-perkara Berbangkit

Membentang dan menerima laporan tahunan 2018/2019

Membentang dan menerima laporan kewangan berakhir

Disember 2018

Membahaskan usul daripada ahli

Hal-hal lain

Ucapan penangguhan

4.3 Ahli mesyuarat bersetuju untuk menjemput Datuk Dr. Aminuddin Hassim,

Presiden Perbadanan Putrajaya sebagai VIP dan perasmi Mesyuarat

Agung PIBG. Rasional utama untuk menjemput beliau adalah untuk

membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan

sekolah.

Tindakan: Setiausaha dan Encik Nassar

4.4 Dr. Tuah mencadangkan untuk memaparkan tayangan montaj tentang

laporan dan kegiatan yang melibatkan murid dan PIBG. Tayangan boleh

dipapar bagi mengisi masa semasa ibu bapa mengambil tempat duduk.

Tindakan: AJK Mesyuarat Agung

4.5 Puan A‟iniah mencadangkan untuk mewajibkan kehadiran guru-guru

KAFA semasa Mesyuarat Agung PIBG kerana program KAFA turut

melibatkan murid dan ibu bapa sekolah SKKPP5(1).

Tindakan: Setiausaha

5. SUMBANGAN KAFA

5.1 Encik Mohd Hakimi selaku penyelaras KAFA menjelaskan sumbangan

KAFA yang diterima telah digunakan untuk menjalankan program untuk

murid –murid KAFA, sumbangan kepada guru KAFA dan juga sekolah.

Makluman

5.2 Encik Mohd Hakimi juga menjelaskan sumbangan yang diterima adalah

daripada murid (RM10 seorang x 10 bulan). Sumbangan dimasukkan ke

dalam akaun KAFA.

3

PK 11/3 PENGURUSAN MESYUARAT

Gaji semasa yang diterima oleh setiap guru KAFA adalah berjumlah

RM1400, iaitu diterima dari pihak zakat (RM500) dan pihak JAWI (RM900).

Makluman

5.3 Kerani KAFA

Encik Zulkiple menjelaskan pihak KAFA akan melantik seorang kerani KAFA

bagi menguruskan fail dan kewangan KAFA. Bayaran yang telah

diluluskan oleh pihak JAWI adalah sebanyak RM500 sebulan.

Oleh itu, Encik Zulkiple mencadangkan PIBG untuk menyumbangkan

bayaran tambahan RM300 sebulan kepada kerani yang dilantik. Jika

dipersetujui bayaran akan dibuat bermula Februari 2019. Cadangan

dipersetujui ahli mesyuarat.

Tindakan: Bendahari

5.4 Encik Nassar memohon untuk guru KAFA/ wakil dari pihak KAFA untuk turut

membentangkan penyata kewangan dan perbelanjaan KAFA bagi

menjelaskan kedudukan kewangan semasa KAFA. Oleh itu beliau

mencadangkan agar Ketua Guru KAFA (Ustazah Kamarina) untuk hadir

pada mesyuarat yang akan datang. Semua ahli mesyuarat bersetuju.

Tindakan: Setiausaha

5.5 Jumlah sumbangan PIBG kepada guru KAFA

Puan A„iniah mencadangkan PIBG menyumbangkan sebanyak RM300 x

1 guru KAFA setahun. Sumbangan akan dibayar apabila permohonan

dibuat oleh KAFA. Semua ahli mesyuarat bersetuju.

Tindakan: Bendahari

5.6 Puan A‟iniah turut mencadangkan untuk melantik AJK PIBG dalam

kalangan guru KAFA. Encik Zulkiple menjelaskan cadangan itu tidak perlu

memandangkan sekolah telah mempunyai pengerusi KAFA (Guru Besar)

dan penyelaras KAFA (Encik Mohd Hakimi).

Makluman

5.7 Encik Khairul selaku bendahari PIBG mencadangkan mengasingkan

akaun KAFA daripada akaun PIBG bagi memudahkan pengurusan

kewangan. Dr Amer selaku YDP PIBG memaklumkan tindakan itu tidak

perlu.

Makluman

6. PROGRAM PEMBANGUNAN SEKOLAH

6.1 Penyelenggaran elektrik

Encik Mohd Hakimi memaklumkan sumbangan RM500 diperlukan untuk

penyelenggaraan jana kuasa elektrik sekolah. Dr Amer mencadangkan

sumbangan RM500.00 diluluskan. Ahli mesyuarat bersetuju.

Tindakan: Bendahari

4

PK 11/3 PENGURUSAN MESYUARAT

6.2 Baik pulih Pagar D

Encik Zulkiple memaklumkan proses baik pulih pagar D masih belum

mendapat kelulusan daripada pihak Perbadanan. Anggaran kos baik

pulih pagar ialah RM9000. Dr Amer memohon Encik Nassar untuk

menyemak status permohonan sekolah dengan pihak Perbadanan

Putrajaya.

Tindakan: Encik Nassar

6.3 Dr. Amer turut mencadangkan supaya separuh kos baikpulih pagar

ditanggung oleh PIBG dan separuh lagi disumbangkan oleh kantin

sekolah. Ahli mesyuarat bersetuju.

Tindakan: Bendahari

6.4 Water Cooler

Encik Khairul mencadangkan agar penyelenggaran “water cooler”

sekolah diuruskan sendiri oleh pihak sekolah memandangkan kos

penyelenggaraan oleh pihak luar yang agak mahal iaitu RM300.

Encik Khairul juga menyatakan untuk menambah bilangan “water

cooler”, pihak sekolah perlu memastikan lokasi yang dipilih mempunyai

saliran paip untuk air keluar/ masuk dan sistem pendawaian elektrik yang

baik.

Dr Tuah mencadangkan PIBG menambah dua lagi water cooler di

sekolah. Ahli mesyuarat mencadangkan supaya “water cooler” tersebut

diletakkan di dataran terbuka dan tingkat atas sekolah kerana ia sering

menjadi tumpuan murid-murid.

Dr Amer memohon persetujuan ahli mesyuarat supaya PIBG

menyumbangkan dua buah “water cooler” termasuk kos yang diperlukan

untuk penyediaan saliran air keluar/masuk serta kos pendawaian elektrik.

Ahli mesyuarat bersetuju.

Tindakan: Bendahari

6.5 Gril

Encik Zulkiple memaklumkan sebanyak RM500 diperlukan untuk

menjelaskan kos memasang grill di grand stand sekolah. Dr Amer

mencadangkan PIBG meluluskan sumbangan RM500.00 untuk kos

memasang grill di grand stand. Ahli mesyuarat bersetuju.

Tindakan: Bendahari

6.6 Sekolah dalam taman

Encik Zulkiple juga memaklumkan kos pembelian pokok untuk projek

sekolah dalam taman ialah sebanyak RM680.00 dan memerlukan

sumbangan dari PIBG.

Tindakan: Bendahari

5

PK 11/3 PENGURUSAN MESYUARAT

6.7 Ruang tambahan kantin

Berikutan bilangan murid sekolah yang semakin meningkat saban tahun,

ruangan tambahan kantin perlu diadakan. Khemah bersaiz 20x20 kaki

diperlukan untuk mewujudkan ruangan tambahan di kantin. 10 buah

meja makan telah dimohon daripada JPWPP tetapi masih belum

mendapat maklum balas.

Dr Amer mencadangkan agar PIBG membuka sumbangan wakaf

daripada ibu bapa untuk menyelesaikan isu tersebut. Puan A‟iniah

diminta untuk menghebahkan kepada ibu bapa.

Tindakan: Puan A’iniah

6.8 Pagar sekolah

Saiz ruang di antara pagar sekolah yang agak besar menyebabkan

sesetengah murid yang bersaiz kecil senang mencelah keluar. Encik

Zulkiple mencadangkan agar ruang tersebut ditutup menggunakan besi

tambahan.

Tindakan: Guru Besar

6.9 Tambah baik pondok pengawal

Encik Zulkiple menyatakan ruang dalam pondok pengawal selalu terkena

tempias air dan dimasuki air apabila hujan lebat. Awning/ bumbung

tambahan diperlukan.

Encik Zulkiple juga memaklumkan besi/divider tambahan diperlukan di

antara pondok jaga dan laluan kereta di hadapan pondok jaga supaya

tidak membahayakan anak-anak yang selalu menunggu ibu bapa di situ.

Tindakan: Guru Besar

7. HAL- HAL LAIN

7.1 Kejohanan Piala Serdang Junior 2019(Serdang Junior Cup 2019)

Encik Aslamruzaini menyatakan Piala Serdang akan berlangsung tidak

lama lagi. Kategori yang akan bertanding ialah B10 (bawah 10 tahun)

dan B8 (bawah 8 tahun). Yuran pendaftaran untuk setiap kategori ialah

RM250. Oleh itu pihak pengurus ingin memohon sumbangan daripada

PIBG untuk menampung yuran pendaftaran.

Dr. Amer memohon pengurus untuk menyegerakan kertas kerja

memohon sumbangan. Dr. Amer mencadangkan meluluskan

sumbangan sebanyak RM300.00 untuk bayaran pendaftaran. Bayaran

deposit RM200.00 akan Ahli mesyuarat bersetuju.

Tindakan: Bendahari

6

PK 11/3 PENGURUSAN MESYUARAT

7.2 Majlis Permuafakatan Tahun 6 2019

Dr. Amer memaklumkan program majlis Permuafakan Tahun 6 akan

diadakan pada 12 Februari akan datang. Kertas kerja telah diserahkan

oleh penyelaras program dan sumbangan PIBG diperlukan untuk

menampung kos makan minum ibu bapa semasa program itu nanti.

Dr. Amer mencadang meluluskan sumbangan sebanyak RM1240.00 untuk

Majlis Permuafakatan Tahun 6 2019. Ahli mesyuarat bersetuju.

Tindakan: Bendahari

7.3 Laluan Jalan Sehala

Dr. B. T. Hang Tuah membentangkan dua usul untuk mewujudkan laluan

sehala bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di luar sekolah. Usul

tersebut ialah:

1. Pelan 1 – Jalan sehala menuruni bukit

2. Pelan 2 – Jalan sehala menaiki bukit

*Rujuk lampiran

Ahli mesyuarat bersetuju agar usul yang sama dibentangkan kepada

pihak Perbadanan Putrajaya dan Majlis Perwakilan Penduduk. Pihak

sekolah dan PIBG akan menerima mana-mana keputusan yang

diputuskan oleh pihak berkenaan.

Tindakan: Dr. B. T. Hang Tuah, makluman

7.4 Aduan Kantin

Encik Zulkiple menyatakan Guru Besar ambil maklum dengan setiap

aduan yang dibuat berkenaan kantin. Aduan perlulah diemelkan

kepada sekolah atau guru besar dan tidak dibahaskan melalui aplikasi

Telegram. Aduan ibu bapa juga telah dijawab dan dipanjangkan

kepada unit HEM untuk tindakan lanjut.

Encik Zulkiple menjelaskan aduan yang menyatakan kantin menjual leher

ayam kepada murid adalah tidak benar. Leher ayam itu diberikan secara

percuma sebagai tambahan terutama kepada murid yang tidak

membeli lauk. Pihak kantin diminta supaya tidak memberi leher ayam

percuma lagi untuk mengelakkan salah faham ibu bapa.

Encik Zulkiple juga memaklumkan bahawa pemantauan oleh unit HEM

bagi memantau penjualan makanan yang tidak dibenarkan di kantin

(seperti keropok lekor). Ibu bapa digalakkan untuk menyediakan bekal

makanan dan minuman yang lebih sihat kepada anak-anak.

Kontrak kantin bersama sekolah ialah 2 +1 tahun dan kontrak akan tamat

pada Ogos 2019 nanti. Kontrak kantin akan dibuka semula kepada

penender baharu.

Tindakan: Makluman

7

PK 11/3 PENGURUSAN MESYUARAT

7.5 Mesin pengkomposan (composting machine)

Dr. B. T. Hang Tuah memaklumkan bahawa pihak UPM telah mereka cipta

mesin pengkomposan yang boleh mengitar semula sisa makanan. Mesin

tersebut boleh digunakan oleh pihak sekolah dan murid untuk mengitar

semula sisa makanan dan hasilnya boleh dijadikan baja.

Tindakan: Ketua Panitia Sains, Ketua Panitia RBT, Setiausaha

7.6 Hiasan Tangga

Encik Zulkiple memaklumkan bahasa hiasan tangga menggunakan nota

pendidikan adalah tidak dibenarkan. Ia bagi menghormati adab

menuntut ilmu dan tidak boleh diletakkan di kaki.

Makluman

7.7 Sumbangan tenaga kerja

Dr. B. T. Hang Tuah menawarkan tenaga kerja dan kerjasama daripada

pihak UPM untuk mencantikkan kawasan sekolah dan dataran terbuka.

Dr. B. T Hang Tuah memohon kertas kerja dan cadangan daripada pihak

sekolah untuk menyatakan kawasan yang boleh diceriakan.

Tindakan: Penyelaras PPDA dan 3K

7.8 Kelab Kebudayaan

Encik Azham menyatakan hasrat untuk menyumbangkan tenaga

sebagai sukarelawan tenaga pengajar ukulele kepada murid-murid.

Encik Asyraf juga turut menyokong dan menyatakan beliau sudi

menyumbangkan tenaga pakar untuk melatih kumpulan dikir barat atau

mana-mana kumpulan yang memerlukan jurulatih.

Tindakan: Pengerusi Kelab Kebudayaan

7.9 Sumbangan kanopi

Encik Muhammad Asyraf menyatakan beliau akan cuba untuk mencari

sponsor untuk mendapatkan sebuat kanopi berukuran 20 x 20 kaki untuk

diletakkan di kantin atau kawasan sekolah.

Tindakan: Encik Muhammad Asyraf

7.10 Jalan Sehala

Puan Haslina selaku Penolong Kanan HEM sekolah menyampaikan

ucapan terima kasih beliau kepada semua ahli mesyuarat dan sangat

bersetuju dengan cadangan jalan sehala yang dibentangkan oleh Dr. B.

T Hang Tuah.

Makluman

8

PK 11/3 PENGURUSAN MESYUARAT

7.11 Tong kitar semula

Cik Norhasimah mencadangkan pihak sekolah memohon tong kitar

semula daripada pihak Perbadanan untuk diletakkan di kawasan

sekolah. Ahli mesyuarat bersetuju.

Tindakan: Setiausaha PIBG

7.12 Encik Ku Salleh memohon pihak PIBG untuk mencadangkan aktiviti fokus

(contoh: mengecat, berkebun, dll) untuk program gotong-royong

perdana yang akan datang. Dr. Amer memaklumkan yang aktiviti

gotong-royong akan dibincangkan kemudian.

Makluman

7.13 Encik Zulkiple memaklumkan bahawa sebanyak 150 set meja dan kerusi

untuk peperiksaan sekolah akan dimohon daripada pihak Perbadanan

Putrajaya. Permohonan perlu dibuat bagi mengatasi masalah ketiadaan

meja dan kerusi peperiksaan di dewan dan bagi mengelak beban murid

mengangkat meja kerusi dari kelas ke dewan semasa UPSR, UPSRA dan

UPKK.

Encik Nassar mencadangkan pihak sekolah menghantar kertas kerja

untuk memohon dari Majlis Agama Islam.

Tindakan: Guru Besar

7.14 Encik Zulkiple memaklumkan dalam penstrukturan baharu pekerja

pembersihan, sekolah hanya mempunyai 4 orang pekerja pembersihan

bagi menanggung beban kerja yang agak banyak. Encik Zulkiple

memaklumkan bahawa pengurangan pekerja oleh KPM adalah untuk

menggalakkan penglibatan dari ibu bapa dan murid.

Makluman

7.15 Puan Norizan mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG kerana

dapat bekerjasama dengan baik untuk membangunkan sekolah.

Makluman

7.16 Puan Norihan mencadangkan agar pihak sekolah membuka kedua-dua

pintu Pagar A pada waktu puncak bagi mengelakkan murid bertembung

dengan kereta. Puan Norihan mencadangkan satu laluan dibuka untuk

kereta dan satu lagi laluan untuk murid masuk ke sekolah. Encik Zulkiple

memaklumkan cadangan tersebut tidak dapat dilaksana atas sebab

keselamatan murid.

Makluman

9

PK 11/3 PENGURUSAN MESYUARAT

8. UCAPAN PENANGGUHAN

8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua AJK dan ahli

yang hadir kerana bersama-sama berusaha menjadikan sekolah sebagai

tempat yang terbaik untuk anak-anak didik SKPP5(1). Pengerusi

menangguhkan mesyuarat pada pukul 12.40 petang dengan tasbih

kaffarah dan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

NORHASIMAH BINTI MAT YASIM,

SETIAUSAHA PIBG,

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA

PRESINT 5(1)

DR AMER HAMZAH BIN JANTAN,

YDP PIBG,

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA

PRESINT 5(1)

10

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!