23.02.2019 Views

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SKSS 2019

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

MESYUARAT AGUNG PIBG SKSS KALI KE-35 2019

5.5.24 En Inderjit Singh Gahil menyatakan Surat Pekeliling Kementerian

Pelajaran Malaysia: KP(BPSH-SPDK)201/005.01JIId.4(6) bertarikh 27.4.2011 tidak

disenaraikan dalam buku peraturan sekolah.

‣ Pn. Asmaheram menyatakan buku peraturan sekolah akan dikemas kini dari

semasa ke semasa mengikut keperluan.

5.5.25 Pn Azian bt Harun mencadangkan agar diwujudkan kumpulan

WhatsApp bagi setiap kelas. Ini adalah untuk memudahkan urusan dan

penyebaran maklumat kepada ibu bapa.

‣ Menurut YDP PIBG mewujudkan ‘WhatsApp group’ kelas ini adalah budi bicara

guru kelas itu sendiri. Namun jika ada kumpulan WhatsApp ini, diminta ibu bapa

membincangkan perkara yang perlu sahaja.

5.5.26 Pn Rosmanizam bt. Md Dali mencadangkan agar pihak sekolah

menguatkuasakan larangan menjaja di luar pagar sekolah.

‣ Sememangnya pihak sekolah sudah berbincang dengan MPSJ agar memantau

penjaja yang berjaja di hadapan pagar sekolah.

5.5.27 Pn Rosmanizam bt Md Dali mencadangkan agar diberi vest yang

bersesuaian dengan saiz murid. Ini adalah berikutan penguatkuasaan

pemakaian vest yang oleh murid ketika keluar dari kelas semasa waktu PDP

berlangsung.

‣ Menurut YDP PIBG pemakaian vest ini adalah peraturan yang dikuatkuasakan

ketika murid ingin keluar dari kelas ke tandas pada waktu PDP. Vest yang dibekalkan

adalah standard saiz. Pihak sekolah akan cuba menambah baik dengan mencari vest

yang bersaiz kecil memandangkan vest yang ada kini adalah bersaiz standard dan

agak besar untuk murid tahap 1.

5.5.28 En Mohd Nor Hadi b. Abd Latif menyatakan usul agar waktu

persekolahan sama seperti tahun 2017.

‣ YDP PIBG menyatakan ini adalah dasar yang tidak boleh dipinda.

5.5.29 Pn Faridah bt Mohamad Amin dan Pn Isma bt Ismail mencadangkan

agar diadakan program motivasi atau ceramah untuk murid-murid terutamanya

yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Selain itu, dicadangkan juga diadakan

ceramah khas kepada ibu bapa bagi menjelaskan lagi KSSR.

‣ Menurut YDP PIBG aktiviti ini akan dilaksanakan pada tahun ini untuk tahun 6.

Perkara ini telahpun dipersetujui pada tahun lepas lagi.

5.5.30 En Mohd Fazly b. Mail mencadangkan agar diberikan penghargaan

kepada murid dalam bentuk sijil kepada murid yang mendapat semua A setiap

kali peperiksaan. Ini adalah sebagai galakan dan penghargaan.

‣ Guru Besar menyatakan penghargaan murid akan cuba dilaksanakan kepada

murid yang cemerlang.

23

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!