23.02.2019 Views

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SKSS 2019

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

MESYUARAT AGUNG PIBG SKSS KALI KE-35 2019

5.5.10 Pn Roslina bt. Sa’aud, Pn Norhaliza bt Abu Bakar dan En Mohd

Hasrol b. Mat Nor mencadangkan agar pihak sekolah mengurangkan mata

pelajaran setiap hari (maksimum untuk 5 mata pelajaran sahaja). Minimumkan

subjek teras agar tidak membebankan.

‣ Guru Besar menegaskan ini adalah dasar KPM dan pihak sekolah tidak boleh

sewenang-wenangnya mengurangkan masa PDP. Masa PDP ditetapkan oleh KPM

dan sekiranya guru terlibat dengan aktiviti luar sekolah, guru akan meninggalkan

tugasan untuk murid atau menggantikan dengan kelas tambahan atau masa yang

sesuai agar tiada bahagian dalam silibus mata pelajaran yang tertinggal.

5.5.11 En. Mohd Azlin Shah b. Sawal, mencadangkan agar diadakan aktiviti

“Cinta akan Membaca” dengan menjemput perpustakaan bergerak.

‣ YDP PIBG memberikan maklum balas berhubung perkara ini dijalankan dalam

program NILAM. Murid yang membaca buku dan mencapai sasaran yang ditetapkan

akan diberi Sijil NIlam berdasarkan jumlah bintang yang dikumpul. Beliau menyatakan

program ini sudah lama berjalan.

5.5.12 En Sayyuddin b. Mohamad dan En Zaimi b. Abd Rahman mengusulkan

agar surat makluman setiap aktiviti perlu diedarkan awal kepada murid.

‣ Menurut Guru Besar, ini adalah amalan biasa yang dilakukan oleh pihak

sekolah. Namun begitu untuk sesetengah perkara yang tidak dijangka, biasanya pihak

sekolah akan membuat makluman melalui pesanan kumpulan WhatsApp guru kelas

atau melalui media sosial yang difikirkan sesuai. Namun untuk aktiviti yang ada dalam

perancangan awal pihak sekolah, surat akan dikeluarkan untuk pemberitahuan

sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 hari dari masa kejadian.

5.5.13 Pn Mahesvary a/p Chinniah, En Mohd Khairul Adzemi b. Kamarul

Ariffin, En Mohd Nor Hadi b. Abd Latif dan En Asy Syirazi b. Deraman

mencadangkan agar dibina bumbung di luar pagar sekolah untuk ibu bapa

berteduh ketika menunggu anak. Mereka juga mencadangkan agar pondok

menunggu yang sedia ada dibesarkan.

‣ YDP PIBG menerangkan pembinaan bumbung di luar pagar sekolah adalah

dalam bidang kuasa MPSJ. Pihak PIBG telah membuat permohonan pada tahun lalu

namun tiada respons positif yang diperoleh daripada pihak MPSJ. Pihak PIBG akan

cuba membuat permohonan lagi pada tahun ini.

5.5.14 Pn Suria bt. Mehat, En Mohd Fazdillah Bagat dan Pn Faridah bt

Mohd Amin mencadangkan agar guru-guru jangan mengamalkan sikap pilih

kasih kepada semua anak murid dalam pembelajaran, memberi perhatian dan

tumpuan kepada kelas-kelas belakang terutama murid yang lemah. Keselamatan

murid juga perlu ditingkatkan.

‣ Guru Besar menyatakan tiada diskriminasi semasa mengajar dan guru-guru

SKSS mengajar tanpa pilih kasih. Layanan semua guru adalah sama rata dan

sememangnya kita memberi penekanan kepada murid yang lemah. Namun, kaedah

20

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!