23.02.2019 Views

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SKSS 2019

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

MESYUARAT AGUNG PIBG SKSS KALI KE-35 2019

2.0 UCAPAN YDP PIBG (EN. KHALID B. LAMBAK)

2.1 Tuan YDP mengalu-alukan ajk guru sebagai pengerusi majlis, Guru Besar, para

pentadbir sekolah, sahabat-sahabat seperjuangan beliau yang hadir pada hari tersebut

dan semua ajk pibg, ibubapa yang hadir seterusnya kepada guru-guru Sekolah

Kebangsaan Sri Serdang. Beliau berasa bersyukur kerana dapat bertemu dalam majlis

pada hari tersebut.

2.2 Beliau memperkenalkan barisan pentadbir Sekolah Kebangsaan Sri Serdang

seorang demi seorang di hadapan hadirin.

2.3 Beliau juga bersyukur dan berterima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan ajk- ajk

lain kerana dapat menghadirkan diri pada hari tersebut dengan komitmen yang

tinggi demi sama-sama bersatu dan nekad bersama Guru Besar dan para pentadbir

dalam merancang program-program yang telah dan akan dilaksanakan.

2.4 Beliau berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada guru-guru kerana telah

mendidik dan memberi komitmen yang tinggi kepada anak-anak sehingga berjaya.

2.5 Beliau telah terlibat dalam PIBG selama 16 tahun, banyak pengalaman yang telah

beliau lalui. Beliau berharap agar AJK PIBG baharu yang akan dilantik dapat

berkhidmat dengan cemerlang.

2.6 Di akhir ucapan, beliau mengharapkan agar:

‣ Jadikan mesyuarat PIBG ini sebagai platform untuk ibubapa menyampaikan apa

yang tidak puas hati terhadap permasalahan anak-anak.

‣ Harap ibu bapa dapat memberi kerjasama dalam membimbing anak-anak ke arah

pencapaian yang cemerlang.

‣ Ibu bapa dapat memahami perasaan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sri Serdang

dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak dan lebih memberi

sokongan.

‣ Fokus kepada anak-anak dan beri semangat kepada anak-anak supaya mereka

lebih minat kepada belajar.

‣ Ibu bapa membantu dengan memberi ilmu-ilmu yang bernas kepada anak-anak.

‣ Memupuk semangat ukhwah di antara guru-guru dan pihak sekolah.

2.7 Pada akhir ucapan, YDP mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat

memberi sumbangan dan membantu untuk menaik taraf kemudahan sekolah.

2.8 Akhir sekali, beliau memohon maaf sekiranya selama beliau memegang jawatan

YDP selama ini terdapat banyak kelemahan dan kekurangan.

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG SESI 2017

3.1 Pn Nurul Huda bt. Abdul Hamid telah mencadangkan agar minit Mesyuarat Agung

sesi 2017 disahkan dan cadangan telah disokong oleh En. Khalid b. Abd Karim.

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit pada mesyuarat kali ini.

16

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!