22.02.2019 Views

2-Update Shahrin - BUKU LAPORAN MESY. AGONG 2019 (TERKINI)

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KATA-KATA ALUAN GURU BESAR

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatnya, kita dapat bersamasama

berkumpaul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 37

2019. Kehadiran para ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya kepada pihak sekolah

sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah

berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah ini. SK Raja Muda SBT sentiasa

berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan

sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah baik dalam bidang akademik

mahupun kokurikulum. Semua kejayaan ini adalah hasil daripada kesepaduan muafakat bersama. Suntikan

semangat kejayaan dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan

usaha, kerjasama dan komitmen daripada kamu pihak amat penting untuk memastikan anak-anak dapat

menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai karenah dan cabaran. Oleh itu

sokongan dan sumbangan PIBG sekolah ini dari segi material mahupun idea-idea yang bernas, sokongan

moral yang merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana

sekolah telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah dalam

pelbagai bidang.

Pihak sekolah akan sentiasa menerima teguran, bimbingan, sokongan dan kerjasama daripada pihak

JPS,PPD, dan masyarakat setempat untuk meningkatkan lagi sekolah ini ke tahap yang lebih

membanggakan. Terima kasih kepada semua guru atas usaha gigih mereka dan penghargaan kepada AJK

PIBG 2018/2019 dan semua ibu bapa yang telah memberikan sokongan dalam menyumbangkan tenaga

dan buah fikiran dalam memajukan sekolah. Semoga komitmen yang ditunjukkan akan dapat mewujudkan

kerjasama yang berterusan antara sekolah dan masyarakat.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK

PIBG sesi 2018/2019, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung

PIBG SK Raja Muda SBT kali ke 37. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah,

Assalamualaikum wbth

(MOHD ROZALI BIN SENIK)

Sekolah Kebangsaan Raja Muda

Sekolah Berprestasi Tinggi

3

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!