11.02.2019 Views

Wadah Perhimpunan Sekolah Alaf Baharu

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Cabaran pendidikan abad Ke-21 perlu dilihat daripada perspektif yang lebih besar dan

diletakkan semula di landasan yang betul. Ini adalah antara usaha yang dijalankan

menuju ke arah merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan

perterjemahan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Salah satu

matlamat utama untuk mencapai apa yang dihasratkan oleh FPK adalah dengan

membangunkan insan yang seimbang dan sejahtera. Guru dan pentadbir perlu kreatif

menggunakan sumber yang ada dan boleh diperoleh melalui kerjasama pelbagai

pihak. Usaha untuk membimbing murid memerlukan kreativiti dan keberanian

melakukan pembaharuan khususnya terhadap strategi pelaksanaan.

Perhimpunan sekolah merupakan antara inisiatif Institut Pendidikan Guru Kampus

Ilmu Khas (IPGKIK) dalam menyokong perubahan dan keperluan pendidikan semasa.

Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) dibangunkan dengan matlamat membentuk

kemenjadian murid, di samping memberikan wajah baharu perhimpunan pada masa

kini. Modul komprehensif ini menjadi wadah alternatif dalam penerapan nilai-nilai

murni secara interaktif dan iteraktif kepada murid melalui aktiviti dan panduan yang

terancang. Pelibatan murid secara aktif dan kolaboratif menjadikan perhimpunan

sekolah semakin bermakna dan meninggalkan kesan positif kepada warga sekolah.

Selain M10MP, aktiviti seperti pidato, interaksi antara murid dan pentadbir, raikan

kecemerlangan, dan refleksi terhadap isu turut menjadi sebahagian evolusi

perhimpunan yang wajar dikongsi bersama-sama. Harapan disandarkan agar pihak

sekolah dapat merebut peluang dan kesempatan ini untuk meningkatkan kualiti

kemenjadian murid melalui aktiviti semasa perhimpunan di sekolah.

IPGKIK ditubuhkan pada tahun 1959 dengan nama Specialist Teachers’ Training

Institute (STTI). Pada tahun 1966 nama STTI telah bertukar kepada Maktab Perguruan

Ilmu Khas (MPIK), Institut Perguruan Ilmu Khas (2006) dan Institut Pendidikan Guru

Kampus Ilmu Khas (2010). Pelancaran 60 Tahun Kampus Ilmu Khas pada hari ini akan

melakarkan sejarah dalam perkembangan latihan keguruan di Malaysia. Latihan

keguruan ini menjadi nadi penting ke arah kecemerlangan pendidikan melalui wajahwajah

kejayaan dari tahun 1959 hingga 2019 berlandaskan amalan dan berakhlak

mulia, kreativiti dan inovatif, matang dalam pemikiran dan tindakan, berprestasi

tinggi, cekap berkomunikasi, dinamis, berwawasan dan berdisiplin.

IPGKIK tanpa jemu akan meneruskan langkah dengan penuh keazaman untuk

kesinambungan kecemerlangan legasi ini. Di sinilah lahirnya pendidik berpengaruh,

berjasa dan berbakti kepada anak bangsa dan negara dalam pelbagai bidang. Semoga

IPGKIK akan terus cemerlang dalam memperkasa dan memartabatkan bidang

perguruan di negara ini.

Selamat menyambut 60 tahun Kampus Ilmu Khas

YBrs. Dr. MOHD SUHAIMI BIN MOHAMED ALI

Pengarah,

IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!